nuffnang

Isnin, 27 Januari 2014

Ratu Air Mata ~

Salam..Hi..korangg.. Lama juga saya menyepikan diri kan?? Kesian kawan-kawan yang jenguk kesini, tapi tak ada apa yang baru.. Bukan apa, buah hati saya dah semakin besar, dah semakin lasak. Terkejar-kejar saya nak buat itu ini. Bila dah penat, nak membebel kat blog pun tak de mood.

Bila tak menghadap pc, saya mesti la menghadap tv pulak. Salah satu program yang saya suka tengok ialah One born Every Minute.  Suka sangat tengok. Saya kalau tengok rancangan ni memang tak mo tengok rancangan lain dah. Yang lagi parah, tiap kali tengok mesti nak nangis. Kadang saya tengok yang ulangan, padahal saya dah tengok sebelum ni, tapi nak nangis jugak. *Memang ratu air mata betullah..*



Tiap kali tengok dorang menahan sakit nak lahirkan baby, saya teringat masa saya bersalinkan Aniq dulu. Saya tak la sakit mana, tapi saya faham perasaan ibu yang dah sampai masa yang nak lahirkan baby. Bila baby dorang dah lahir saya pun nangis sama. Kalau dalam episod tu ada 4 orang yang bersalin, 4 kali lah saya nangis..huhuhu~

Saya rasa perasaan bila dah jadi ibu tu sangat-sangat indah tak tergambar dengan kata-kata. Sampai sekarang saya tak pernah lupa setiap saat dari saya masuk wad bersalin, sampai  la keluar dari bilik bedah. Semua tu jadi memori yang boleh membuatkan perasaan saya sebak. Terlampau banyak emosi masa tu, takut, sedih, happy, gementar semua ada.

Apa-apa pun saya kalau boleh nak elak dari kena bedah lagi. Saya tekad nak bersalin normal pulak untuk anak yang akan datang. Walaupun doktor kat bilik bedah 10x lebih baik dari yang kat bilik bersalin biasa, tapi saya tak mo lah.. Serik sangat kena bedah. Masa nak masuk bilik bedah tu menangis aje saya. Sampai tekanan darah dah dekat 200..Fuhh..serik saya..


1 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Cubalah bersalin normal utk ank kedua nanti.. akak cuba juga aritu last2 kena operate juga. Redha jelah sebab dah masuk2 hari sakitnya. Anak ketiga ni kalau nak tambah lagi oun pasti dh kena operate...