nuffnang

Selasa, 14 Januari 2014

Pokok kobis saya ~

Bulan lepas,saya ada beli kobis. Kobis tu dorang dah belah 2. Nak beli yang besar tu takut tak termakan. Beli jela yang tu.

Balik rumah, tengok ada tumbuh tunas kat kobis tu. Ada banyak juga, lebih kurang 5 macam tu. Saya tengok macam comey je, saya cabut lepas tu letak dalam cawan yang ada tisu basah. Tiap-tiap hari la saya jenguk kobis tu kot bercambah akar. Tapi hampeh tak ada pun.

Masa balik dari kampung, MIL bagi anak pokok cili dengan limau nipis. Teringat kat kobis tu, saya semai kobis kat tepi pokok cili. Saje-saje la nak mencuba,mana tau boleh besar.

Semalam saya baru menjenguk pokok-pokok tu semua. Tengok-tengok...taraaa.. Pokok kobis tu elok je kembang. Dah tumbuh akar pun. Haha.. Seronok tak terkata.. Semangat nak tanam lagi ni.. Memandangkan sayur pun mahal, sesuai sangat la nak menanam sekarang. Jimat duit..hehe

4 ulasan :

Rai Ourkizuna berkata...

bestnyaaaaa.. jelesnyaaaa.. tangan saya tak penahnya nak tumbuhh..

Pha Is berkata...

bagus.. ikuat saranan pak menteri.. x setuju harga sayur mahal, tanam sayur sendiri.. hehehe

Puan Kutu berkata...

bagus tak payah beli kobis kt kedai dah..kt kedai tu entah berapa banyak racun dia letak..sbb tu kobis boleh tahan berminggu2

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah
jimat dah utk sejenis sayur. semoga terus membesar ye wahai cik kubis.aamiin.

syok la boleh tanam tanam.
mcm ciksu x boleh dok umh bertingket tingket. huhu.