nuffnang

Ahad, 5 Januari 2014

Clumsy ~



 Ini bukan kerja saya ni. Ni kerja en suami yang sangat2 perihatin pasal wife dia. Saya tak ingat kenapa dia tolong update pasal ni. Mungkin sebab dulu saya rajin terhantuk kepala kat katil kot. Haha Tak tau la kenapa jadi macam tu. Nak bangun ke nak baring ke, mesti nak terhantuk juga. Apa lagi, orang tu tolong gelak ajela. Fuh...malu~

Dulu saya tak perasan yang saya ni clumsy. Tapi bila  my hubby suka sangat cakap saya clumsy,  barulah saya perasan. Bukan tak nak berubah, tapi susahnya. Saya ni memang kelam kabut je memanjang. Nak buat sesuatu tu, walau dah prepare baik2 pun lama2 jadi kelam kabut balik.  

Baru2 ni balik kampung, nak cepat sangat,  saya terpecahkan jug mak mertua saya. Sebelum tu saya rosakkan iron. Sebelum tu lagi pecahkan cawan. Dah macam budak2 dah pecahkan barang2. 

Disebabkan perangai saya yang clumsy ni jugalah sokmo je jadi malu. Masa keluar dari klinik,laju je saya keluar. Hubby masih lagi duduk selamba kat kerusi klinik. Saya pusing belakng, saya cakap kat dia " abang tak nak balik ke?". Dia balas, "ayang nak pergi mana?"  Dalam hati saya ,kenapa dia nak main2 pulak, udah le ramai yang memandang. Saya jawab, "nak balik lah, jom". Saya pun nak keluar. Hubby jerit, " ayang, kereta kita kat belakang ni je" hubby tunjuk pintu satu lagi. " eh, yeke?..hahahaha" saya gelak malu. Orang lain apa lagi, tengok drama kami suami isteri tu gelakkan saya.  Terpaksalah masuk balik dalam klinik dengan muka tebal. Dalam kereta, puas la kena kutuk. Saya buat muka tak tau je. hehe

Sebenarnya situasi macam ni dah banyak kali jadi. Ntah la, saya ni mungkin suka fikir banyak, tu kadang jadi lupa buat apa tadi. Bila lupa, laju je la nak buat menda lain. Dah tu malu. Awal2 kawen dulu selalu sangat kena macam ni dengan hubby. Pula, saya dengan dia masih belum kenal betul. Makin malu lah saya. Sampai merah2 muka. Hubby lagi suka menyakat.. Lagi merah muka saya, lagi dia suka.

Pernah juga kat rumah mak mertua,saya tengok tv, ntah kenapa saya jadi melatah.. Opocot mak kau lah, apa2 lah keluar. Tak lah teruk, tapi saya baru je lagi kawen, malu giler2 dengan mak mertua. Spontan saya gigit jari. Hah, hubby yang duduk kat sebelah apa lagi, gelak sakan tak ingat dunia. Malu punya pasal, tunduk je saya. Muka dah rasa berbahang dah. Bila dah rasa kurang malu, baru angkat muka sambil cubit2 hubby.

Sampai sekarang benda2 ni masih lagi terjadi. Baru2 ni pun ada, tapi melibatkan orang lain. Malu tak usah cakap lah, tapi lama2 saya dah pandai control malu tu. Tak adalah segan sangat. hehe.. Tapi malangnya saya still belum boleh control sifat clumsy ni. Sekian..~ Hehehehe

6 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

haha.. saya pun jadi macam ni kadang2.. mmg marahkan diri sendiri selepas tu..

nak kata sebab dua kali bersalin, 3x ubat bius, tapi orang lain lagi banyak kali bersalin, ok je tak ada mcm saya....

tapi, takpe, kita cuba lebih hati2 lepas ni.. amalkan baca selawat sambil pegang belakang tengkuk dan niat supaya elakkan kelupaan... satu lagi jom kerap baca Quran...

Rai Ourkizuna berkata...

hihihi..clumsy clumsy tu yg hubby rasa comel..

Azhafizah Md Nor berkata...

pasni kena cool je la..jangan gelabah lagi ye..

aisya berkata...

clumsy pun comel ape.. hehe.. tp kadang2 payah jugak kan.. :)

QasehnyaRania berkata...

merunsingkan juga kan.
in shaa Allah pelan pelan k

IntaNBerliaN berkata...

terbayang2 akak dgn situasi sya melatah dpn mak mentua tu.. dahla baru kawen kan.. kalau kak ina pun merah2 gak muka tahan malu.. :_)