nuffnang

Selasa, 28 Januari 2014

Blackhead remover~

Nak tanya la, korang rajin tak buat facial treatment?? Tak kisah la buat kat salon ke, kat rumah ke? Saya dulu-dulu masa bujang, pernah la jugak buat. Dulu duduk kat KL, mudah la sebab mudah nak cari tempat-tempat macam ni. Ada pernah saya buat kat bizzy body tu, ya ammpuunnn...mahai gilo..  Ada ke buang blackhead & blackwhite semata, kena bayar sampai rm300!!!  Nak nangis rasa masa tu. Jahat dorang!!


Dah kawen mana nak buat tu semua, kat Muadzam ni saya tak tahu kat mana ada buat. Lagi pun saya dah ada pembantu untuk buat semua tu kat muka saya..hehe. Tak lain tak bukan cik abe saya yang tersayang tu la. Tapi dia bukan rajin sangat nak tolong urut-urut muka wife dia ni. Yang dia rajin cuma satu je, tolong picitkan blackhead and whitehead kat muka. Tak suruh pun dia memang nak buat, hari-hari pun tak apa.
Bila dah macam tu jadi tak best la pulak. Sakit muka dibuatnya. Bengkak and merah-merah la muka. 


Tapi orang tu suka. Dia pun rajin buat kat muka sendiri. Hahaha.. Dia rajin jaga hidung dia je. Part lain malas nak jaga. Kalau hidung tu hari-hari belek, tiap-tiap kali lepas mandi mesti buat. Ayyoo..Kalah I. Tapi iyela, nak buat kat muka sendiri, silakan. Tapi lepas tu muka saya pun jadi mangsa tu yang tak best. Tahan seminit dua je, lepas tu lari tak mo buat dah..Sakit ooo.. 




Ni besi blackhead remover hubby punya. Ni yang baru ni. Yang lama dah hilang. Sanggup dia beli yang baru tu.. Punyalah fanatiknya..hahaha . Mujur sekarang blackhead saya dah kurang. Dah jarang la saya jadi mangsanya..

4 ulasan :

MyCherita berkata...

salam ukhwah.. 1st time dtg singgah sini.. dari : http://thescreammer.blogspot.com/.. sumber BW : mialiana

Azhafizah Md Nor berkata...

pakai mask je selalunya :)

azizah :) berkata...

hehehe ada benda ni tapi tak pernah guna pulak..hehe

QasehnyaRania berkata...

sakit kot.. huhu