nuffnang

Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

Ahad, 21 Disember 2014

Novel, blog & me..

Saya start menulis since saya umur belasan tahun. Dulu terpengaruh sangat dengan novel,  so berangan nak menulis novel. Seingat saya, dah ada 2 or 3 buah buku yang saya tulis dijadikan novel. Seronok sangat. Kalau ada idea, sampai ke pagi saya tak tidur.

Saya memang suka berangan. So, menulis mereka -  reka cerita ni sesuai sangat dengan saya.  Banyak sangat idea sampai ada orang nak bagi saya laptop sebab tengok semangat saya menulis guna pen je masa tu. Bukan sehelai dua sekali tulis., berhelai-helai.. Idea banyak kononnya.. Hehe..  Tapi nak dapat laptop kena menulis ikut isi yang dia bagi. Mana nak jadi idea macam tu. Akhirnya tak dapatlah laptop.. Kesian saya.. Sob.. Sob..

Sampai sekarang saya dah tak tahu mana pergi buku² yang saya tulis tu. Kawan² minta  nak buat kenangan katanya. Saya tak tahu lah cerita saya merapu tu betul sedap ke apa. Tapi memang ada peminat setia.. Hahaha.. Mula²  tak tahu pun, sekali ada seorang kakak bagi tahu saya kenapa saya tak sambung cerita yang tergantung tu? Cerita tu best katanya.. Aduhai, malu betul. Ni kes menulis banyak², lepas tu tertidur dengan buku yang terbuka. Orang pun baca. Malu sebenarnya  sebab saya tak suka orang baca apa saya tulis. Hehe

Sekarang semua tu dah tinggal kenangan je. Saya berhenti menulis dah terlalu lama. Rasanya dah 10 tahun kot. Skill mengarang pun dah tumpul. Sekarang merapu kat blog je..  Dulu ada blog, tapi baru tulis 2 entry saya lupa password..  Agak sedih la masa tu sebab saya dah semangat nak menulis semula.. . Lepas jumpa blog kak ina, barulah ada keberanian nak menulis semula.. Tapi dah nak kena asah balik.

Saya rasa style saya bercerita ni agak boring sebenarnya. Saya baca pun boring, tapi nak juga bebel panjang² sebab saya dah terbiasa dari dulu. Cikgu saya pernah baca novel yang saya tulis. Tak tidur malam dia baca. Punya lah panjang membebel kan.. Karangan saya pun pernah dapat best karangan masa exam. Tapi tu dulu. Sekarang hampeh..

Hubby saya pun minat nak menulis blog. Sebab tu bila saya bagi tau dia saya nak buat blog dia setuju je. Saya masih menunggu bila lah dia nak buat. Saya nak dia ada blog sendiri. Tak nak share. Nanti orang pening. Setakat ni dia masih happy dengan mini garden dia. So, rasanya lambat lagilah dia nak menulis no.. Ish³.. Tunggu kucing berjanggut kot.. Haha.. Jangan marah sayang..  :) 

Rabu, 9 April 2014

Cerita terbaru

Sudah hampir sebulan saya menyepikan diri, membiarkan blog langsung tak ada entry baru. Bukan kerana tak ada idea nak menulis, cuma sengaja nak memberi ruang untuk diri sendiri agar tak rasa terlampau terikat dengan blog. Walaupun blog ni langsung tak ada entry baru, tapi saya tahu masih ada yang sudi menjenguk dan meninggalkan komen pada entry yang dibaca. Terima kasih banyak- banyak saya ucapkan.

Memandangkan blog ini asalnya saya buat untuk anak saya, so saya rasa rugi bila saya tak update apa perkembangan dia. Dari saat-saat dia pandai tepuk tangan, melambai, memanjat dan melangkah 3,4 tapak. Sekarang masih belum terlambat untuk bercerita. Saya akan kongsikan segala perkembangan buah hati saya dalam diari online ini.

Sepanjang menyepi, ada kalanya terasa rindu nak up beberapa entry tentang kami sekeluarga, terutamanya kisah si kecil kami. Tapi seakan ada yang menghalang. Perasaan berdebar-debar bila saya dah mula nak menaip. Akhirnya entry langsung tak tertaip. Begitulah hampir setiap hari.

Sekarang perasaan sudah semakin tenang, saya dah boleh nak bercerita lagi. Lagipun penting untuk saya update blog sebab selain untuk tatapan anak-anak saya nanti ia juga untuk membuktikan pada hubby saya yang saya betul-betul minat nak menulis blog walaupun tidaklah sekerap dulu. Kiranya  bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam.. (^_^)

Isnin, 3 Mac 2014

Aktiviti Petang

Saya suka sangat bila dapat jadi suri rumahtangga. Seronok tak terkata. Sebabnya saya tak suka keluar rumah.. Kalau boleh, nak berkurung 24jam. Tak mo keluar-keluar, kecuali dah bosan sangat. Tapi kalau hubby saya balik, ehh...rajin pula nak keluar. Kadang tak sempat-sempat orang tu masuk rumah, kita dah tunggu kat luar.

Alaa..bukan nak berjalan kemana pun. Dapat duduk kat luar satu family pun saya dah seronok. Memandangkan saya dah lama tak berjalan, saya ajak hubby keluar bawa Aniq pergi taman, jalan kaki je. Punyalah seronoknya walaupun kejap. Lepas tu balik rumah, berselfie pulak.hehe.. Sengal jap...

kesian betul si Aniq tu ye..mak dia pulak lebih2..hahaha..ampunnnn...


Dekat maghrib tu barulah masuk rumah. Masa tu baru rasa sakitnya pinggang.. rasa macam sengal-sengal je pinggang. Mula nak mengelat tak nak masak. Terfikirlah kenapa tetiba sakit pinggang? Bukan ada buat apa pun, jalan-jalan aje tadi.

Bila ingat balik, patot la. jenis orang suka duduk dalam rumah je. Tak bergerak sangat. Bila berjalan lebih sikit, mulalah sakit tu sakit ni. So, saya rasa nak kena mula balik jalan kaki keliling taman perumahan macam masa baru kawen dulu. Dulu masa mengandung, rasa nak berjalan, tengah malam pun pergi juga keliling taman.  Pastu nak rajin makan vco. Dah lama tinggal. Padahal tau dah badan tu tak berapa nak kuat.Cuma yang tak tau, sampai bila bertahan. Kang datang malas, tak mo dah keluar rumah..

Fuhh~ datanglah semangat rajin.. Buanglah penyakit malas oii, kalau nak sihat....

mati dah pokok kobis..



Sedihnya..Pokok kobis yang saya tanam sebelum ni dah nak mati.. Makin hari makin layu je tengok. Daun dia dah tinggal 2 ni je.

Punca kenapa pokok ni mati, masa tahun baru cina baru ni la.. Kitorang balik kampung 5 hari. Terlupa nak letak pokok ni kat tempat teduh. Pula tak ada siapa pun tolong siram. Balik tu tengok dah kuning daun dia. 2, 3 hari tu saya siramkan juga tapi tak ada perubahan. Lepas tu pindah tempat teduh. Alhamdulillah, muncul pucuk baru.

Tapi lepas tu naik macam kulat pulak. Lepas pada tu terus tak ok dah. Sekarang akar dia kuat lagi, mungkin ada harapan lah. Tapi saya dah tak tau nak buat apa pun. Kulat tu tak mo hilang. redha aje la saya. Nampaknya, kemungkinan tak dapatla nak merasa kobis tanam sendiri.

Hubby saya nak tanam kacang panjang pulak. Benih dah beli, tapi tanamnya entah bila. Batas tak buat-buat lagi. Saya tak berapa suka kacang panjang. lambat-lambat tanam pun tak apa..hehehe