nuffnang

Memaparkan catatan dengan label bersenam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersenam. Papar semua catatan

Isnin, 3 Mac 2014

Aktiviti Petang

Saya suka sangat bila dapat jadi suri rumahtangga. Seronok tak terkata. Sebabnya saya tak suka keluar rumah.. Kalau boleh, nak berkurung 24jam. Tak mo keluar-keluar, kecuali dah bosan sangat. Tapi kalau hubby saya balik, ehh...rajin pula nak keluar. Kadang tak sempat-sempat orang tu masuk rumah, kita dah tunggu kat luar.

Alaa..bukan nak berjalan kemana pun. Dapat duduk kat luar satu family pun saya dah seronok. Memandangkan saya dah lama tak berjalan, saya ajak hubby keluar bawa Aniq pergi taman, jalan kaki je. Punyalah seronoknya walaupun kejap. Lepas tu balik rumah, berselfie pulak.hehe.. Sengal jap...

kesian betul si Aniq tu ye..mak dia pulak lebih2..hahaha..ampunnnn...


Dekat maghrib tu barulah masuk rumah. Masa tu baru rasa sakitnya pinggang.. rasa macam sengal-sengal je pinggang. Mula nak mengelat tak nak masak. Terfikirlah kenapa tetiba sakit pinggang? Bukan ada buat apa pun, jalan-jalan aje tadi.

Bila ingat balik, patot la. jenis orang suka duduk dalam rumah je. Tak bergerak sangat. Bila berjalan lebih sikit, mulalah sakit tu sakit ni. So, saya rasa nak kena mula balik jalan kaki keliling taman perumahan macam masa baru kawen dulu. Dulu masa mengandung, rasa nak berjalan, tengah malam pun pergi juga keliling taman.  Pastu nak rajin makan vco. Dah lama tinggal. Padahal tau dah badan tu tak berapa nak kuat.Cuma yang tak tau, sampai bila bertahan. Kang datang malas, tak mo dah keluar rumah..

Fuhh~ datanglah semangat rajin.. Buanglah penyakit malas oii, kalau nak sihat....