nuffnang

Isnin, 8 Disember 2014

Teringin Lamb Chop

Saya ni suka makan makanan western.  Kebanyakan yang western ni memang kena dengan tekak saya. Tak kisah lah pasta ke pizza ke apa kebanyakannya memang suka sangat.  Yang paling saya suka dah tentulah lamb chop atau pun steak &  yang seangkatan dengannya. Puncanya adalah sebab saya suka daging.  Terlampau suka.. Hehe

Saya dah  lama teringin nak makan lamb chop, last saya makan masa saya duduk di Serdang dulu.  Dah pindah duduk Muadzam ni lama tak makan, jadi teringat-ingat.. Kebetulan tiba² ada kedai baru buat masakan western.  Ya ampun, seronok tak terkata saya.  Bila makan kat situ, rasa heaven giler.. Ambil kau.. Bukan senang saya nak suka makanan kat kedai tau. Selalunya ada je problem. Tapi yang ni. Alhamdulillah, saya ok. Cuma ada sekali dua tukar chef, coleslaw dia rasa lain sikit. Tak kena sangat pada tekak saya.  Tapi bolehlah..

Sempatlah 4,5 kali makan kat sini. Yela, nak makan selalu tak boleh lah. Nak makan luar je memanjang. Lagi pun kena pergi bandar, my hubby cukup malas. Dengan nanti Aniq nak berlari dalam kedai, tak kuasa nak keluar selalu.  Lama tak makan, kali ni teringin lagi. Tapi kedai dah tak buka.!  Nak nangis saya.. Kenapa?  Kenapa?  Sampai hati bagi saya mengidam.. Hukhuk

Rasanya hampir sebulan dah kedai tu tutup.  Saya agak dia tak ada pekerja sebab nampak dia ada iklankan nak cari pekerja baru. Ikutkan hati, nak je saya kerja kat situ. Tapi hubby tak benarkan saya kerja.  My hubby tau, saya suka duduk rumah main dengan anak je. Karang kerja baru sekejap, dah bosan. Hehe.. Bagus la encik suami ni.. Sayang betul kat kita.. Haha

Disebabkan saya dah terlampau teringin, saya tekad nak masak sendiri. Tapi memandangkan kat Muadzam tak cukup bahan nak cari kenalah tunggu nanti² bila ketempat lain. Beli bahan siap² termasuk lamb tu. Pastu perap sendiri je. Buat banyak², bekukan. Nak masak nanti senang.. Tengoklah bila² tapi yang pasti bukan dalam masa terdekat ni. Harapnya  sementara tu kedai tu dapat buka semula lah.. Kesian kat saya.. Tak boleh tidur malam kalau datang teringin sangat tu..

Nah, saya belanja Korang tengok lamb chop ni.. Bukan gambar sya punya pun.. Encik Google punya.. Hehe.. Credit pd tuan punya gambar.. 

2 ulasan :

ziezah.com berkata...

aduhh mak... ini buat rasa teringin gak nak makan lamb chop/chicken chop ni..

QasehnyaRania berkata...

acaner dh buka ke belom kedai tu syaz?
kes ni sama mcm ciksu juga le ni.hihi.
sblm bsalin hri tu nk sgt mkn nasi paprik dgn sup ekor kedai yg selalu ciksu makan, skali masa pergi 2,3 sebelum raya dia tutup. ciksu dok ulang pergi sampai ke berap raya tetap x buka sudahnya masuk labour sampai terberanak pon x dpt juga.. hukhuk..