nuffnang

Isnin, 15 Disember 2014

Belum rezeki..

Baru² ni kan, sya ada cerita pasal kedai makan western yang tutup tu. Punya lah teringin, selalu sangat ingat nak pi makan situ. Tadi kebetulan pergi bandar, nampak kedai tu dah buka.. Eh, rasa nak lompat je.. Hehe..  *melampau sungguh mak orang ni* Jgn mara aa.

Dah alang² nampak, haruslah singgah makan kan.. Dah lama sangat mengidam ni. Tak bagi kang, kesian cacing² dalam perut ni.  Meleleh air liur kang.. Wakaka.. So, dah duduk sopan² tu cepat saya order lamb chop idaman hati.. Sekali waiter tu cakap lamb chop DAH HABIS!!  Ya Allah, dugaan apakah ini.. Huhu.. Melepas lagi.. Dia cakap yang tinggal chicken grill je.. Dah alang² sampai situ, tak kan xmakan. So, order juga chicken grill tu..

Sepanjang makan, saya tak adalah bersedih sebab lamb chop tak ada. Tapi tekak rasa loya. Mana tak nya, hampir tiap hari makan ayam, jadi jemu dah saya. Mentang² adik kerja pasar ayam.. Hari² kena makan ayam.. Orang rumah ni pulak masih tak jemu dengan ayam.. Rasa nak masak ayam, makan ayam semua pasal ayam ni jadi malas. Tapi dah rezeki depan mata, tak baik complain. Makan ajela..

Tapi ayam tu tetap tak habis walaupun portion nya tak besar mana pun. Yang bertambah cuma sos blackpaper.. Semangkuk besar dia bagi saya tambah, sampai habis saya bedal.. Sedap betul sos dia.. Nampaknya kena buat sendiri la.. Haih.. Malas sikit bab² banyak bahan ni.. Kalau setakat campak² je ok la..

Yg lain² tu sikit je makan, tapi sos tu habis tau.. 


Yang Aniq pulak, makan roti kaya bakar.. Eh ke roti bakar kaya.. Haha.. Boleh la ye mana² pun.. Janji ada roti yang dibakar lepas tu sapu dengan kaya.. Banyak juga Aniq makan. Sambung pulak dengan otak². Pedas otak² ni, tapi relek je Aniq makan. Dah banyak makan, baru rasa pedas.. Merah padam muka.. Kesian anak mummy.. Otak² ni agak mahal, 70sen sekeping. Biasa saya beli 60sen je.. Tp tak apalah, sesekali rasa.. Bukan selalu, Aniq suka pulak tu.. Ok la kan..

Ni yg Aniq makan. 2 keping, dia makan sorang

Orang² kat kedai makan ni dok tengok je saya snap² gambar.. Agaknya diorang fikir saya ni gila ambil gambar makanan kot.. Haha

3 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Samalah kita. Orang kat rumah ni pun tak jemu2 makan ayam. Jadi akak mogok tak nak masak ayam hari tu. Haha.. abis kalau tgk ayam pun rasa jemu..

Alahai.. tak ada rezeki lagi ya ... takpe..nati pegi awal sikit ya.. atau pun call dulu sblm pegi kedai tu?

Puan Kutu berkata...

kesian tak dpt makan lamb chop pujaan hati.dh takde rezeki lagilah tu

dok tgok apa..biasalah tu org ambil gambar makanan.nk masuk dlm blog.hehe..

Unknown berkata...

siann takde rezeki sya.. lain kali la yer.. lama xmakan otak2 tu