nuffnang

Rabu, 3 Disember 2014

Aniq & motor

Aniq ni kalau nampak pak cik dia keluar rumah mesti nak ikut.  Ala, kalau mummy atau abah keluar pun sibuk juga dia nak mengikut. Saya selalu bila keluar depan rumah, ada hal sekejap² pun memang tak bagi Aniq keluar sama. Nanti dia lari sampai kat jalan, kadang² kita langsung tak perasan.

So apa saya buat, saya ajak hubby saya bawa kitorang naik motor jalan² round perumahan kitorang ni untuk pujuk dia. Ikutkan saya ni sebenarnya penakut naik motor. Trauma sangat jatuh motor dengan umy dulu tu. Tapi demi anak, gagahkan jugalah diri ni.

Aniq ni, kalau bawa dia jalan kaki mesti nak jalan sendiri. Tak nak bagi pegang dia langsung. Bila lepas, menonong je jalan tinggalkan mummy &  abah kat belakang. So, cara terbaik kita naik motor. Aniq suka sangat naik motor. Kalau orang baru naik, tak start lagi dia dah panjat. Tak kiralah cara apa pun, nak naik juga..

Aniq &  pak teh nya.. Jangan merempit tau!  


Bila dapat jalan² naik motor, dia diam je. Seronok sangat sampai terdiam kot!  Hehe.. Insya Allah, lepas balik tu dia akan jadi anak soleh.. Sebab dah layan dia kan.. Seronok tengok..  :) 

1 ulasan :

ziezah.com berkata...

bila rasa puas naik motor xde apa minta dah kan...