nuffnang

Memaparkan catatan dengan label adik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adik. Papar semua catatan

Ahad, 20 Disember 2015

Dah nak bedah..Esok..!

Assalamualaikum..


Maafkan saya ye korang, masih belum ada kesempatan nak blogwalking ke blog korang. Insya Allah, ada kesempatan, saya akan buat kunjungan balas ye.. Semoga korang memahami..

Ok, esok dah isnin, hubby dah kerja, saya pulak nak bawa adik-adik semua ke hospital sebab adik saya Asyraf tu nak bedah dah. Tarikh dah dapat sejak dari minggu lepas sebenarnya, tapi saya tak berani nak beritahu sesiapa sebab doktor sendiri tak confirm lagi tarikh tu. Alhamdulillah, baru adik saya bagi tau,esok akan bedah. Syukur! Tak terkata rasa happy sebab saya tahu yang adik saya dah tak sanggup duduk wad lagi dah. 

Tapi ada pulak benda yang memeningkan saya sekarang ni. Adik saya minta izin nak pindah kelas wad. Nak masuk wad kelas dua. Sebabnya, ada nurse yang suka berkasar yang buat dia dah tak tahan. Bukan aje dengan dia, tapi dengan orang lain pun sama. Lagi tambah stress, baru-baru ni handphone dia kena curi. Iyela, wad tu kan dah macam tempat public, dalam ramai-ramai manusia yang datang tu, ada  pulak yang sempat buat hal. kebetulan masa hari tu, adik saya tak ada pelawat, dia pun tidur. Umy saya tunggu kat luar, orang ni ambil kesempatan duduk kat katil adik saya. Orang katil sebelah sangkakan, dia ni kawan adik, sebab duduk kat situ. Rupanya nak mencuri. hurm,.. ujian sungguh!

Tak apalah, dah bukan rezeki. Tapi itulah antara punca kenapa adik nak tukar kelas wad tu.  Pada fikiran kitorang, kalau naik kelas tu nanti, layanan akan baik la sikit.Maaf la ye, ni bukan saya yang kata, memang di akui nurse sendiri. Sepupu hubby saya, sister, dia pun bagi tahu macam tu. Nak buat macam mana, ada orang memang layan kita berdasarkan duit aje. Pelik saya, bukan pesakit bayar cash pada nurse pun sampai nak lain-lain cara layanan. Satu lagi sebab nak pindah ialah, kalau kelas dua tu, dah tentu bukan semua orang dapat masuk kan? Orang yang kan family mestilah tak berani nak masuk. Lain la wad yang terbuka macam kelas 3. Jadi, kemungkinan kes-kes kecurian ni akan kurang la. kita pun akan rasa lebih tenang.

Tapi lepas saya rujuk pada yang berkenaan, rasanya macam berat rasa hati saya nak bagi adik saya pindah tu. Banyak benda yang nak kena fikir. Antaranya, nanti segala kos hospital yang adik saya nak tuntut dari pihak insurans cuma akan dibayar 1/3 je. So, rugi la. Alasan biasa yang insurans akan bagi adalah sebab tu kehendak sendiri, bukan keperluan. Jadi, tak perlulah insurans tanggung. Korang bayangkan lah, kalau kos tu nanti makan ribu-ribu, siapa nak bayar yang baki yang insurans tak nak tanggung tu? Kan dah rugi. So,mungkin tak jadi lah la nak pindah kelas. 

Apapun yang penting, harapannya esok pembedahan akan berjalan lancar. Ikut pada kata doktor, mungkin masa pembedahan tu sangat lama. Berjam-jam la masanya. Dan paling takut sebab berisiko. Kes adik saya ni kes besar, doktor dah standby 1 katil untuk dia dalam wad ICU. Bimbang apa-apa berlaku semasa bedah tu nanti. Allah, risau sangat saya. Tolong ye kawan-kawan, minta doakan pembedahan ni berjalan lancar tanpa ada komplikasi pun. 

ok la, next time saya story lagi ye. dari masa ke semasa, saya akan update cerita adik saya ni. Insya Allah, kalau ada rezeki, saya akan attach sekali gambar x-ray adik and terangkan apa masalah yang tengah adik saya hadapi skarang ni. Manalah tau, ada sesiapa yang terkena sama macam adik saya, and sangat perlukan rujukan..

Saje la nak hiburkan hati, nah! tengoklah gambar anak soleh saya ni cuba buat senaman kuatkan paru-paru..😃😃😃


Sabtu, 12 Disember 2015

Pembedahan Ditangguh..

Assalamualikum..

Semalam satu hari suntuk saya di hospital, tunggu adik saya Asyraf yang menunggu turn untuk masuk ke dewan bedah. Dia dah start  puasa dari tengah malam, sampai ke petang tapi dewan masih belum panggil sebab mulanya doktor pakar belum sampai. Ada 2 orang doktor, seorang dari Kuantan, seorang lagi dari Seremban. Jadi, sementara menunggu, dah ada pesakit yang dah masuk.

Ahkirnya lebih kurang pukul 2 petang, nurse datang, tukarkan pakaian dan terus ke wad bedah. Fuhh..penat saya kejar-kejar time ni. Dengan dukung anak soleh ,Aniq,sambil jalan laju-laju nak kejar nurse. Laju betul diorang jalan.. 😊.. Semuanya kena cepat kan..Biasalah tu.. Saya memahami..

masa persediaan nak ke dewan bedah


Tapi lebih kurang setengah jam, adik saya kat dalam, dah kena keluar. Rupanya salah panggil. Orang yang masuk mula-mula tu, belum keluar lagi.. Allahu Akbar.. Sedihnya rasa hati saya.  Nak buat macam mana, kenalah ikut. Kata nurse, mungkin kena tunggu 2 atau 3 jam lagi. 



Masuk semula ke wad, adik saya ni dah mengadu kelaparan sangat. Puncanya, semalam tu dia tak ada selera makan, Dia tak makan, kiranya dah lebih 24 jam dia tak makan. Si abang yang tak tahu tak boleh makan, suapkan adik saya ni buah anggur dgn delima. Tak banyak, tapi kan dah memang tak boleh. Dia makan 3 biji tak silap saya. Delima pun makan 3,4 butir aje gitu.

Tapi rupanya itulah punca tangguh pembedahan. Allah... Benda dah jadi, tak boleh nak buat apa. Sedih sangat saya. Masa tu barulah saya tahu, rupanya sebab makanan tu, bius yang nak dimasukkan tu tak lepas. Dah banyak kali cuba pun, tak lepas. Last doktor tanya ada makan ke?  Bila dah tau punca, terpaksalah tangguh bedah ke satu tarikh yang belum pasti lagi. 

Masalahnya, doktor yang nak buat bedah ni sangatlah busy. Nak dapat tarikh yang kosong bukanlah senang. Allah...Besar sungguh ujian. Tak apalah, kami redha + belajar dari kesilapan.  

Harapan saya, dapatlah adik saya ni bedah sebelum habis tahun ni. Tak sanggup tengok dia terbaring tak boleh buat apa-apa tu. Besi yang terpasang tu pun dah start menanah. Nurse terlampau sibuk, nurse pelatih dah bercuti, kadang-kadang diorang terlupa nak cuci. Jadi, sebagai nak memudahkan, saya cadangkan pada umy saya untuk belajar cara cuci dari nurse. Lepas ni, kami dah boleh buat sendiri. Bila dalam keadaan macam ni, pentingnya family untuk belajar buat sesuatu, jangan harapkan nurse. Hospital besar macam Kuantan ni, ramai pesakit. Kadang tak terlayan.

Sebelum balik, saya cuma pesan pada adik yang dia kena banyak sabar, istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Doa tu penting, supaya Allah permudahkan segala urusan. Tak ada apa boleh buat pun sekarang ni, selain dari menunggu.. Semoga Allah kurniakan setinggi-tinggi kesabaran buat family saya dalam menghadapi ujian ni.. Amiinn..

Jumaat, 11 Disember 2015

Dah dapat tarikh bedah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.. Atas kasih & rahmat-Nya yang tak pernah putus buat hamba-Nya. Sebelum ni kan saya pernah bcerita pasal adik bongsu saya yang accident kena langgar dengan kereta tu kan. Dah 3 minggu lebih dia kat hospital. Syukur, dalam minggu ni kitorang dah dapat tarikh untuk pembedahan adik saya. Bedah kali ni untuk masukkan 4 keping besi ke pinggul dia yang patah tu. Kos semua besi ni lebih kurang 10k. Tak termasuk kos untuk pembedahan.

Ikut pada kata doktor, pembedahan ni agak susah, hanya sesetengah pakar aje kat Kuantan yang sanggup nak buat. Ada seorang pakar aje yang sanggup buat untuk adik saya, tapi dia sangatlah sibuk. Alhamdulillah, walaupun sangat sibuk, dapatlah juga tarikh untuk adik saya menyelit. kami dapat tarikh 10/12/2015. Syukur juga duit dah dibayar dari pihak peguam yang menguruskan kes adik saya ni.

So, sepatutnya bedah tu semalam la kan,. hari ni kan dah 11 hari bulan, rupanya dah ditukar tarikh nya. Lewatkan 1 hari je. Makanya, hari ni lah adik saya akan dibedah. Pembedahan ni agak besar, jadi kami semua amatlah risau. Doa memang tak putus untuk adik semoga dapat kembali macam sebelum dia accident. Mungkin dia dah tak ada kemampuan sama macam dari sebelum accident, tapi kami harapkan sekurang-kurangnya dia boleh berjalan sendiri & mampu mengurus segalanya sendiri. 

Minta doa dari kawan-kawan sama ye.. Besar sangat harapan saya agar dapatlah kawan-kawan semua hadiahkan 1 kali Al-Fatehah untuk adik bongsu saya ni, Muhammad Al- Asyraf agar diberi kekuatan untuk melawan sakit & terus sihat.. 

Khamis, 4 Disember 2014

Adik Aniq..

Aniq belum nak jadi abang ye.. Tajuk tu macam tu sebab saya panggil Aniq ni adik ataupun baby. Sebenar nya tak tahulah kenapa panggil dia adik walau pun dia anak sulung. Saya pun pelik.. Haha

Hubby saya pernah tanya, kenapa panggil adik? Ntah, saya pun tak ada jawapan.  Habis tu nanti dah ada adik nak panggil apa pulak?  Saya kata nanti panggil lah abang pulak. Hehe.. Harap Aniq ok ajela ye.. Lagi pun ikut sepupu, Aniq dah dipanggil abang pun. Ada 3 adik sedara bawah dia. 2 orang sebaya Aniq, tapi lahir kemudian. Yg seorang lagi baru 5 bulan..

Pasal adik yang akan datang tu, nantilah difikirkan. Masih ada setahun setengah lagi untuk preparation nak ada orang baru. Bagi lah peluang Aniq nak bermanja juga. Lagi pun, saya tak nak terburu-buru. Kalau ikutkan hati, nak aje tambah family sekarang. Dah rindu masa mengandung dulu.. Tapi sabarlah, tunggu rumah baru au siap dulu. Lebih kurang 2 tahun lagi untuk settle.

Sementara ni, Aniq main dengan mummy aje lah..  Adik belum ada.. Tak apa lambat sikit, nanti dah sampai masa kita bagi dapat twin terus lah.. Seorang lelaki Seorang perempuan macam acik Wan, atau pun dua² perempuan macam acik wana & acik  mila.. Terus jadi ramai kawan Aniq.. Hehe..

Doa.. Doa.. Doa.. Usaha lebih.. Chayok Ahm &  Sya!

My love.. Muhammad Danial Aniq.. 

Rabu, 3 Disember 2014

Aniq & motor

Aniq ni kalau nampak pak cik dia keluar rumah mesti nak ikut.  Ala, kalau mummy atau abah keluar pun sibuk juga dia nak mengikut. Saya selalu bila keluar depan rumah, ada hal sekejap² pun memang tak bagi Aniq keluar sama. Nanti dia lari sampai kat jalan, kadang² kita langsung tak perasan.

So apa saya buat, saya ajak hubby saya bawa kitorang naik motor jalan² round perumahan kitorang ni untuk pujuk dia. Ikutkan saya ni sebenarnya penakut naik motor. Trauma sangat jatuh motor dengan umy dulu tu. Tapi demi anak, gagahkan jugalah diri ni.

Aniq ni, kalau bawa dia jalan kaki mesti nak jalan sendiri. Tak nak bagi pegang dia langsung. Bila lepas, menonong je jalan tinggalkan mummy &  abah kat belakang. So, cara terbaik kita naik motor. Aniq suka sangat naik motor. Kalau orang baru naik, tak start lagi dia dah panjat. Tak kiralah cara apa pun, nak naik juga..

Aniq &  pak teh nya.. Jangan merempit tau!  


Bila dapat jalan² naik motor, dia diam je. Seronok sangat sampai terdiam kot!  Hehe.. Insya Allah, lepas balik tu dia akan jadi anak soleh.. Sebab dah layan dia kan.. Seronok tengok..  :)