nuffnang

Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2015. Papar semua catatan

Jumaat, 11 Disember 2015

Dah dapat tarikh bedah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.. Atas kasih & rahmat-Nya yang tak pernah putus buat hamba-Nya. Sebelum ni kan saya pernah bcerita pasal adik bongsu saya yang accident kena langgar dengan kereta tu kan. Dah 3 minggu lebih dia kat hospital. Syukur, dalam minggu ni kitorang dah dapat tarikh untuk pembedahan adik saya. Bedah kali ni untuk masukkan 4 keping besi ke pinggul dia yang patah tu. Kos semua besi ni lebih kurang 10k. Tak termasuk kos untuk pembedahan.

Ikut pada kata doktor, pembedahan ni agak susah, hanya sesetengah pakar aje kat Kuantan yang sanggup nak buat. Ada seorang pakar aje yang sanggup buat untuk adik saya, tapi dia sangatlah sibuk. Alhamdulillah, walaupun sangat sibuk, dapatlah juga tarikh untuk adik saya menyelit. kami dapat tarikh 10/12/2015. Syukur juga duit dah dibayar dari pihak peguam yang menguruskan kes adik saya ni.

So, sepatutnya bedah tu semalam la kan,. hari ni kan dah 11 hari bulan, rupanya dah ditukar tarikh nya. Lewatkan 1 hari je. Makanya, hari ni lah adik saya akan dibedah. Pembedahan ni agak besar, jadi kami semua amatlah risau. Doa memang tak putus untuk adik semoga dapat kembali macam sebelum dia accident. Mungkin dia dah tak ada kemampuan sama macam dari sebelum accident, tapi kami harapkan sekurang-kurangnya dia boleh berjalan sendiri & mampu mengurus segalanya sendiri. 

Minta doa dari kawan-kawan sama ye.. Besar sangat harapan saya agar dapatlah kawan-kawan semua hadiahkan 1 kali Al-Fatehah untuk adik bongsu saya ni, Muhammad Al- Asyraf agar diberi kekuatan untuk melawan sakit & terus sihat.. 

Isnin, 7 Disember 2015

Segmen 12 jam Bloglist #18 Mialiana.com

Assalamualaikum..



Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Disember 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #18 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Isnin, 2 November 2015

Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015



Selasa, 21 April 2015

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015


 salam.. hi..
saya dah join Mega Civeaway Intan Berlian.. Jom semua,kita join give away ni ye.. 


Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2015 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 30 APRIL 2015
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA & AQILAH YANG AKAN CABUT UNDI (",)

Isnin, 6 April 2015

Datuk JJ dalam kenangan..

Hari ni hari isnin, bermakna 2 hari sudah berlakunya tragedi helicopter yg terhempas baru- baru ni. Salah sekarang mangsa adalah ahli parlimen rompin iaitu Tan Sri Jamaludin Jarjis atau lebih dikenali dengan nama Datuk Jj.

Masa petang lebih kurang pukul 6 sabtu hari tu, sepupu saya ada wassap bagi tahu pasal tragedi tu. Tapi, dalam hati rasa tak percaya. Baru je hubby bagi tau yang heli dia naik tu lalu atas kawasan site tempat hubby kerja.

Saya buka FB,memang semua tengah berserta tentang tu. Allah.. tak tahu nak kata apa lagi. Sedih, sayu. Saya masih mengharapkan semua ni masih tak betul.

Mesti korang pelik kan.. kenapa bersungguh saya sedih.. dia family ke? Dia orang yang saya kenal rapat ke? Jawapan nya tak..tapi  arwah datuk jj adalah ahli parlimen kawasan rompin. Dan tempat saya,muadzam adalah dalam parlimen Rompin. Jadi, semua orang sekitar sini amat kenal dengan beliau. Malah, rumah dia ada Kat sini, di desa pinggir pelangi.

Arwah ni memang disayangi ramai orang. Sebab, arwah banyak membantu orang kampung, orang felda. Saya sendiri pernah jumpa arwah satu masa dulu. Lupa dah Kat mana, rasanya Kat tanjung gemuk. Memang baik orangnya.

Kehilangan dia adalah kesedihan buat warga Rompin yang sayangkan arwah. Macam saya, walaupun cuma beberapa kali je  pernah jumpa, tapi sedih sangat dengar berita macam arwah tu orang yang rapat.

Apa pun,dari Allah kita datang kepadanya kita kembali. Sekarang dah sampai masa untuk datuk jj kembali pada-Nya. Esok lusa mungkin kita pulak. Kawan² , marilah sedekahkan Al-fatehah untuk arwah..

Datuk JJ, ahli parlimen Rompin dalam kenangan... al-fatehah....


Khamis, 1 Januari 2015

Tahun baru 2015!

Salam semua!   Selamat tahun baru 2015!






Dah tengah malam sekarang ni.. Tepat pukul 12.01 at masa saya menulis ni.  Jadi dah secara rasminya dah masuk tahun baru.. Alhamdulillah..

1/1 ni tarikh special every year.. Bukan sebab sambut tahun baru,  tapi sambut ulang tahun kelahiran my MIL.  Every year biasanya adik beradik belah hubby akan balik &  berkumpul. Tapi tahun ni ramai yang tak ada termasuklah kita orang. Apa nak buat, tak ada rezeki. Cek yang patut clear hari ni, tak clear lagi..  Tundalah nak balik, lusa pun hubby kerja.

Setiap kali tahun baru, mesti teringat kenangan masa bujang dulu. Masa tu saya kat rumah mak sedara kat Bangi. Dengar je bunyi bunga api, saya dengan cousin perempuan melompat-lompat dalam bilik. Bukan sebab happy,  tapi sebab sedih. Makin tua dah kita!  Hahaha. Masa tu saya baru umur 23 tahun. Tak sangka langsung yang tahun tu juga saya kawen. Padahal sembang dengan cousin macam lambat lagi nak kawen. Partner pun tak ada masa tu.. Haha.. Cerita bujang² dulu memang seronok.

Btw, kesihatan saya dah makin ok. Lepas ni  *tak pasti bila* saya akan tukar nama blog. Saya akan guna nama sendiri. Lepas pada tu saya akan buat giveaway.. Insya Allah.. Saya tak bagi hadiah ghost cili tu.. Jangan risau.. Hehe.. Hari tu saya gurau je.. Tapi kalau betul ada yg nak, saya tengoklah kalau ada lagi buahnya yang dah masak. Boleh share bijinya tu untuk tanam.

Akhir kata, selamat maju jaya semua untuk tahun 2015..insya Allah tahun ni akan jadi tahun yang paling sibuk dalam hidup saya. Harap masih ada masa lah nak update blog. Banyak sangat lagi nak cerita,  saya akan slow² berjalan.. Amiinn.. 

Isnin, 1 Disember 2014

Kemaskini BR1M

Siapa ada mohon untuk BR1M? hari tu kan dah keluar yang kena update sebelum 31 Disember kan..  Ramai yang cepat² nak update. Tapi masalahnya sebelum 1 Disember, kita tak boleh nak update pun. Ramai yang marah² pasal tak boleh nak kemaskini borang BR1M.. Tu pasal tak baca betul ² lah..

Ok, sekarang dah 1 Disember, dah boleh dah nak update.. Cepatlah update sementara ada masa lagi. Jangan lengah ². Sebab yang kali ni memang sekejap aje masa dia bagi untuk kemaskini.. Kalau terlepas rasanya tak dapat dah. Tak tahulah kalau boleh buat rayuan.


Credit to e-br1m

Bagi yang nak update tu boleh klik Sini.. BR1M kali ni untuk 2015 ni pembayaran dia pun dah lain. Pembayaran BR1M kali ni ada 3 kali. Ada diorang bagi tahu bulan berapa nak buat pembayaran, cuma saya dah lupa.. Jangan lupa semak betul² alamat, nombor telefon. Dan isi sekali maklumat waris untuk khairat kematian.. Lagi satu, rasanya agak susah nak update menggunakan handphone. Jadi, nasihat saya, guna lah pc ye.. Saya dah try dah guna handphone, tapi tak keluar apa pun. Tapi kalau yang guna handphone canggih tu bolehlah cuba. Mana tau handphone cap ayam macam saya ni je yang tak boleh... Hehehe

Ok lah..  Ohh.. Sebelum terlupa, hari ini birthday cousin saya.  Apis namanya.  Kitorang sebaya. Tapi dia ni lahir kemudian, so, dia adik.. Hahaha.. Wish sikit untuk mamat ni.. Semoga diberkati &  dipermudah rezeki, keberkatan ilmu, umur.  Di beri jodoh yang baik juga.. Insya Allah.. Amiinn...


Happy birthday Apis!