nuffnang

Khamis, 1 Januari 2015

Tahun baru 2015!

Salam semua!   Selamat tahun baru 2015!






Dah tengah malam sekarang ni.. Tepat pukul 12.01 at masa saya menulis ni.  Jadi dah secara rasminya dah masuk tahun baru.. Alhamdulillah..

1/1 ni tarikh special every year.. Bukan sebab sambut tahun baru,  tapi sambut ulang tahun kelahiran my MIL.  Every year biasanya adik beradik belah hubby akan balik &  berkumpul. Tapi tahun ni ramai yang tak ada termasuklah kita orang. Apa nak buat, tak ada rezeki. Cek yang patut clear hari ni, tak clear lagi..  Tundalah nak balik, lusa pun hubby kerja.

Setiap kali tahun baru, mesti teringat kenangan masa bujang dulu. Masa tu saya kat rumah mak sedara kat Bangi. Dengar je bunyi bunga api, saya dengan cousin perempuan melompat-lompat dalam bilik. Bukan sebab happy,  tapi sebab sedih. Makin tua dah kita!  Hahaha. Masa tu saya baru umur 23 tahun. Tak sangka langsung yang tahun tu juga saya kawen. Padahal sembang dengan cousin macam lambat lagi nak kawen. Partner pun tak ada masa tu.. Haha.. Cerita bujang² dulu memang seronok.

Btw, kesihatan saya dah makin ok. Lepas ni  *tak pasti bila* saya akan tukar nama blog. Saya akan guna nama sendiri. Lepas pada tu saya akan buat giveaway.. Insya Allah.. Saya tak bagi hadiah ghost cili tu.. Jangan risau.. Hehe.. Hari tu saya gurau je.. Tapi kalau betul ada yg nak, saya tengoklah kalau ada lagi buahnya yang dah masak. Boleh share bijinya tu untuk tanam.

Akhir kata, selamat maju jaya semua untuk tahun 2015..insya Allah tahun ni akan jadi tahun yang paling sibuk dalam hidup saya. Harap masih ada masa lah nak update blog. Banyak sangat lagi nak cerita,  saya akan slow² berjalan.. Amiinn.. 

5 ulasan :

Azizah Green Line berkata...

selamat tahun baru sya... moga azam baru tercapai...
bestnya MIL lahir 1/1...

Puan Kutu berkata...

selamat tahun baru syaz..nmpknya byk improvement akan berlaku dengan blog ni.hehe..ada masa Insyaallah akan join GAnya..

CintaHati Lina berkata...

Selamat TAHUN BARU juga.. .dan happy beleted besday pada MIL ...Alhamdulillah..akan terus follow dengn blog ni.. dan semoga ukhwah bloggers sini kita kekal sesama kita walaupun hanya dalam blogger...

Maria Firdz berkata...

selamat tahun baru... and good luck...

QasehnyaRania berkata...

srlamat tahun baru jga buat syaz