nuffnang

Selasa, 6 Januari 2015

Penapis air coway

Minggu lepas,rumah MIL saya hampir banjir. Abang² ipar saya ambil MIL bawa ke rumah Abang Izam (BIL)  kat sepang. Masa 1/1 hari  tu saya dengan hubby tak dapat celebrate birthday MIL kat sini sebab duit belum ada. So, baru ni lah dapat jenguk mertua saya.

Masa dok sibuk kat dapur, saya perasan  yang biras saya ni dah ada penapis air baru.. Hehe.. Perasan aje mata tu kan.. Iyela, nampak cun pulak. Kebetulan hubby saya ada minta saya survey penapis air yang elok. Nak letak kat office katanya. Puas dah saya cari, semua dia X berkenan. 

Alih², penapis yang ni dia nak pulak. Tapi bukan letak kat office, nak letak kat rumah. Saya bab² benda tak penting ni memang saya kurang suka. Bukan jenis saya nak itu ini. Buat penuh dapur je. Tapi hubby dah semangat ni. Bila dia nak juga, saya ok kan aje. Iye la, yang mudahnya nanti saya juga. 



Ni penapis air jenama coway.  Ok juga penapis air ni. Ada hot yang memang panas lah, ada yang room.  Yang room ni utk air suhu bilik lah. Lepas tu ad yang cool. Ha, yang ni best. Dah tak payah nak letak air dalam peti sejuk. Tekan je yang cool, rasa macam air dari peti ais. Wah, memang syok la. Tapi part yang tak syok ialah, harganya. Sampai 4k tu. Malas lah saya mahal² sangat ni.. Tak kuasa nak bazir duit gitu je. Kalau dapat free tu lain lah kan? Hehe

Dari awal berminat, lastnya tak jadi pulak. Harga mahal Punya pasal. Lagi pun saya duduk rumah sewa lagi. Rumah pun pesen rumah lama.socket Plug tak banyak. Mana saya nak tarik wayar lagi?  Cukuplah serabut yang ada sekarang. Kalau nak sangat, kita tunggu rumah baru.. 

9 ulasan :

nur anis berkata...

Bestttt..tapi harga pergi..huhu

Sya Nadia berkata...

Itu lah.. Mahal Sgt la sampai 4k kan.. Kalau hias rumah tu, cantik Sgt dah..

Mar Mansor berkata...

memang mahal harganya..saya dah lama berkenan tapi tang harganya buat saya tutup mata..hehe..
kalo hutang..bulan2 rm120..phewww..gigit jari tiap bulan..5 tahun pula tu

Sya Nadia berkata...

Rm120 tiap bulan selama 5 tahun?. Kalau mampu pun, sy x ambil la kot.. Mahal Sgt kan..

ros_reeza berkata...

Mahalllllll..hihi. Ros tak mampu.. Tapi kalau ada yang nak hadiahkan, ok jer;) hihu

Azizah Green Line berkata...

menarik ni..tp bila mahal terus xjadi beli kann

Sya Nadia berkata...

Betul.. Kalai ada nak bagi hadiah sya pun nak.. Hehe

Sya Nadia berkata...

Itu lah.. Terkejut dengar harganya..

Maria Firdz berkata...

best ni... tapi tak thn dgn hrganya je la...