nuffnang

Ahad, 11 Januari 2015

Lesen kereta Sya Nadia

Sebenarnya segan nak mengaku tak ada lesen kereta. Padahal dah nak masuk umur 26 tahun..  * tua nya sya* Dah 26 tahun ni masih belum ada lesen kereta, memang ramai yang terkejut beruk!  Haha..  Berani² bawa kereta dengan tak ada lesen memandu.

Ala, sebenarnya tak ada lah bawa kenderaan sangat pun. Saya dah lama tak bawa kenderaan since adik saya excident. Dia tak ada apa², tapi kereta Total lost. Budak perempuan yang dengan dia tu agak teruk.. Saya memang trauma sejak tu. Masa mula² nak naik kereta pun takut.

Sekarang dalam takut, trauma ni saya kena fikir kan yang mana lebih utama. Risau kalau apa² jadi, sya masih belum ada lesen memandu. Kang lain pulak jadinya. So, masa hujung tahun lepas, saya dah daftar untuk ambil lesen kat Segamat.

1st day dah lambat, adoi.. Tunggu adik² lelaki yang bersiap macam perempuan. Sakit hati betoi..  Dengan sistem yang dah lain sekarang, jadi pening pulak. Menyesal tak ambil lesen awal²..

Adik yang berdua.. Muka tak cukup tidur..


Kitorang sampai pukul 9. Kelas mula pukul 8.30 pagi. Iye la, Dr muadzam makan masa sejam lebih nak ke Segamat ni. Nak buat macam mana, muadzam tak ada tempat ambil lesen. Terpaksa keluar lah.  So, dalam kelas, di bagi 2 buah buku. 1 buku soalan berserta jawapan. Yang buku ni tak sama macam buku dulu tau. Buku dulu kita kena jawab sendiri kan, sekarang tak payah, dia bagi jawapan terus. Kita kena hafal je. Stress betul saya nak hafal² ni.. Tengok buku pun jadi serabut. Tu belum lagi buku besar giler yang wajib beli tapi macam tak berguna sangat. Harga rm18 satu buku. Besar pulak, berat. Tapi dah jpj wajibkan beli, kita kena beli juga.


Ni buku soalan yang dah disertakan jawapan. Langsung tak sama dengan buku lama. 

Masa kelas hari tu, dua² sesi membosankan. Saya ntah merapu je dengan adik². Mengantuk pun ada. Pasal sejuk macam duduk dalam ais. Punya lah kuat pasang air cond. Dah tengah hari, dia tutup pulak. Jadi panas membahang pulak.  Apa la..

Kat sini pun disediakan tempat untuk ambil gambar.. Kira one stop centre la. Katanya lebih murah dari kat luar sebab nak mudahkan student. So, saya dengan adik² pun ambil kat sini. Tapi orang tu salah tulis nama. Semua orang dalam kelas tu salah dia tulis. Haha


Nama saya bukan setakat salah eja, tapi nama pun jadi lain.. Hahaha

Habis kelas kedua, kitorang dah boleh balik.. Lega betul rasa dapat keluar masa tu. Dah tak sanggup nak duduk lama².. Oh, lupa nak tulis, masa saya kat kelas, my hubby kerja. Aniq duduk dengan dia. Sekali bos nampak Aniq da. Terus Aniq kena hantar duduk dengan wife  dia. Nanti saya story lain pasal ni..

Balik dari kelas, hubby datang lepas kerja. Saya dapat hadiah masa ni. Ntah kenapa hubby nak bagi. Maybe sebab saya sanggup singkirkan trauma untuk bawa kereta kot.. Hehe..

Hadiah apa, nanti cerita lain K.. Panjang berjela dah ni.. Hahaha

6 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Takpe dik. Kuatkan semangat ya.. insya Allah boleh atasi trauma tu.. akak pun penah ada trauma tak nak drive lepas kemalangan kecil.. lama2 atasi ok je.. insyaAllah tak ada apa2.. kuatkan semangat..

iryanty ahamad berkata...

oo sya dok muadzam ke...dekat juga lah kira ye...sya tukang tulis tu bangsa apa..sampai banyak sangat kesalahan..tulis nama je kot...yan pu masih lom ada lesen kereta..takut :'-C

Azizah Green Line berkata...

Hihihi janji ada kemahuan nak belajar tu sya.

ros_reeza berkata...

Owh amik lesen.. Moga berjaya yer.. Ros pun nak ambik jugak

Mimi Azirah berkata...

Semoga berjaya tau..in shaa Allah kamu boleh

Maria Firdz berkata...

semoga dipermudahkan urusan...