nuffnang

Jumaat, 16 Januari 2015

Handphone baru Sya Nadia!

Salam sayang semua! Susahnya nak menaip dengan handphone ni. Typo saje. Dok ulang nak tulis sampai 10x.  Saya tengah berusaha membiasakan diri dengan handphone baru.. Ini lah benda paling tak best bila kena pakai handphone baru. Pening kepala, rasa nak marah pun ada.. ( amboi, nak marah saje)

Saya tukar handphone ni bukan apa,handphone lama dah jahanam anak soleh saya si Aniq dah celup dalam minyak masak! Saya tengah memasak, gunting je plastic minyak tu sikit, lepas tu letak sekejap dalam jug sementara nak transfer ke dalam botol.. rupanya, anak soleh ni ambil handphone saya, dia tekan² Kat plastic tu.
 Keluar lah minyak, dia celup lagi dalam minyak. Lepas tu bagi kat saya. Nak marah pun tak boleh weyh! Salah sendiri biarkan anak datang dapur.. huhuhu..  sayang handphone, dah la handphone tu baru beli. Baru beberapa bulan pakai. Tapi, ok la, dapat beli handphone lagi..hehe

Alhamdulillah, dah mula menjejak kawan² yang sudi jenguk sini.. korang memang best.. sayang korang.. btw, korang nak tau saya dapat handphone apa kan? Rugi je excited korang tu sebab saya pakai handphone biasa je.. jenama Asus.. Zenfone 6 je.. bukan iPhone6  pun..hehe.. (saya bukan peminat iPhone) ok la, kira best sikit dari handphone sebelum ni..

So far, handphone ni ok pada saya walaupun bukan handphone pilihan saya masa awal².  Tapi ok, function dia sama juga macam yang saya cari. Camera 13 megapixel, storage pun besar 18GB (kena cari yg besar sebab saya pakai banyak apps).. yang lain² benda, saya tak kisah sangat. Nak tau tak,sebenarnya my hubby yang nak sangat Zenfone 6 ni dulu. Dari masa awal² yang 6 ni keluar,tapi banyak AP je,yang ori belum ada. So, dia ambil yg 5 je. Akhirnya, saya juga yang pakai Zenfone 6 ni.hehe

Sumber: google


Sekarang dah ada handphone, mudah la saya nak update blog, nak blogwalking. Bukan tak nak pakai laptop or computer, tapi leceh sikit nak duduk setempat. Saya ni nak menaip, kadang duduk,kadang baring,kadang tergolek. Tu yang ada PC, ada laptop, tapi dua² saya tak guna. Mujur lappy hubby pakai bawa pergi kerja. Kalau x dulu, lappy tu duduk dalam beg je memanjang. Apa pun, handphone sekarang banyak dah canggih. Buat semua benda dengan handphone pun dah mudah. Janji ada internet. Ye tak?

8 ulasan :

Maria Firdz berkata...

menarik juga hndphone tu... mmg rncak la berblog lepas ni...

Aisy Nasiha berkata...

betul, dgn hp mudah sikit.. sambil2 menunggu tu boleh jap nak bw atau nk buat entry pendek.. lagipun kat mana2 skrg ada internet..

Azizah Green Line berkata...

menarik juga henpon sya ni..function pon best

iryanty ahamad berkata...

wah betul2 canggih ni...anak soleh punya gambar terbaru mana.

Azi Azidah berkata...

sy pn tepon dh jahanam ank buat. nk kena beli baru. best x asus ni. berapa rm tu?

Sya Nadia berkata...

Asus ni ok juga.. yg Zenfone6 ni Sya beli siap accessories semua rm850 mcm tu...

QasehnyaRania berkata...

laju le bw nanti.hihi
alahai x dpt bygkan hp kna celup dlm minyak msak tu

Puan Kutu berkata...

betul dengan hp kita mudah.haha makin aktif la berblog pasni..akk kt rumah apa pun tak bley buat.pegang hp afia nak,pegang tab afia nak.ssh betul dengan dia sekarang ni.kt opis ada masa terluang tp takkan nak belek hp je tak buat kerja.huhu