nuffnang

Rabu, 7 Januari 2015

Aniq shopping barang dapur

Aniq ni buka lah jenis anak yang suka meragam. Kadang² datang manja dia tu ada juga. Tapi selalu dia ni lone ranger. Bawa diri sorang². Main seorang, makan seorang. Berdikari betul dia. Saya cuma pantau dia dari jauh.

Tapi dia ni juga jenis lasak. Semua benda nak cuba. Semua benda nak touch. Kadang sampai saya naik angin juga. Kita tak bagi dia nak juga buat. Macam baru ² ni saya kat dapur. Datang anak soleh ni, terus buka laci almari. Saya tengah cuci ikan, terpaksalah biarkan dia nak cari benda dalam tu. Dah dapat, dia masukkan dalam bakul &  baldi yang dia seret kat dapur.


Tengoklah tu, mujur dia sempat sambar serbuk kari je. Dia nak ambil sekali bekas kunyit tu. Mujur sempat saya simpan semula. Masa anak soleh ni ralit buat benda lain, cepat² saya ambil balik kari tu. Kalau tak, agaknya ber kari lah lantai ruang tamu rumah.



Tengok, sampai dua bekas dia bawa. Bakul baju &  baldi sekali. Tak tahu apa lagi yang Aniq si anak soleh ni nak shopping.  Kalau tak nampak, mau dia sapu semua barang dapur tu masuk bakul dia. Lepas tu tinggalkan kat depan, biarkan mummy kemas.. 

9 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

hehe..anak mak..tak pe..sel sel otak tengan bersambung tu

Aisya A. berkata...

dia nak praktis ni.. dah besar boleh teman mummy dia g shopping btol2 plak.

Puan Kutu berkata...

alahai comel betul aniq..afia pun lebih kurang perangai aniq je..kadang2 fening jugak..tp nasib baiklah ada abang jadi mangsa kemas.hahaha..

Sya Nadia berkata...

Ye.. Sel² otak sedang berhubung.. :)

Sya Nadia berkata...

Alhamdulillah, insya Allah dia nak tolong mummy shopping. Jangan shopping barang dia saje dah la kan?

Sya Nadia berkata...

Haha.. Kesian aiman.. Kena buli dengan afia ye.. :)

Maria Firdz berkata...

kreatif ni namanya...

Azi Azidah berkata...

nasib xtumpah lari tu. klu x adoi

Azizah Green Line berkata...

Mummy rajin tu yg aniq main. Hehee