nuffnang

Khamis, 8 Januari 2015

Aktiviti kat Sepang

Sabtu &  ahad lepas kitorang ke Sepang. Nak jumpa my MIL, BIL &  family. Tapi masa kitorang sampai pagi Sabtu tu, rupanya abang izam (BIL saya)  kena pergi Sabah untuk temuduga orang untuk kpdnkk. Ceh, dia ada keje pulak. Tak apalah, mujur kak wati (biras saya)  ada dengan MIL &  anak² dia.

Bosan tak buat apa, kitorang cari lah aktiviti nak buat. My hubby &  MIL  ni kongsi minat yang sama. Suka berkebun, bercucuk tanam. Apa lagi, aktiviti pertama kitorang adalah ke nursery bunga. Hahaha..  Kesian budak².. Bosan menunggu. Dalam bosan tu, semua benda di orang nak usik. Air pancut dalam mini kolam pun di orang main,  termasuklah anak soleh kami, si Aniq. Herm,  tak dapat ambil gambar masa ni.. Risau Aniq jatuh dalam air je.

Lepas balik dari nursery, anak² semua dah keletihan. Lapar &  mengantuk. Dah lewat tu, memang tak masak lah. Beli je lauk. Singgah kat restoran pelangi senja. Sedap oo lauk² dia. Tak hairan lah memang ramai orang makan kat situ..

Petang tu, hubby &  MIL  operasi menanam pokok kat rumah abang ipar saya ni. Dia ada pokok, tapi tak berjaga pun. Layu aje pokoknya. Masa ni bincang² nak bawa anak² pergi main taman ke apa² lah malam, lepas maghrib.


Saya pelumba professional tau..  :)  kata Aniq


Kitorang pergi giant je. Kat sana ada tempat main untuk budak. Saya dah target dah nak bagi Aniq main taman puas². Tapi bila sampai, dia nampak kereta mainan pulak. Terus dia lari &  masuk dalam kereta mainan tu. kereta ni jenis yang boleh parent control guna remote.. so senang lah.. Kereta ni kalau nak main, kena bayar rm2 untuk 4 minit. Agak mahal lah juga. Tapi demi anak, bagi lah juga. Bukan selalu. Lagi pun Aniq minat sangat dengan kereta.


Alaudin, cousin Aniq. 
Bukan sekali anak soleh ni nak main. Tak silap saya 3x dia main kereta ni dengan hubby sebagai tukang control kereta. *kereta ni pakai remote* 1x lagi saya bagi anak sedara main. Yg besar ² dapat belon je sebiji seorang. Aniq dah tak heran kat belon. Janji dapat naik kereta. Gaya dah macam pelumba profesional pulak.

time  nak balik tu, Aniq tak nak turun dari kereta. Kesian pula tengok. Kakak² ni nak makan sweet corn. Masa ni Aniq ambil kesempatan masuk semula dalam giant nak main kereta. Padahal jauh tau tempat kereta dengan pintu keluar tu. Tapi dia ingat. Laju je dia lari. Sayu je abah dia kejar. Rasa time tu juga nak belikan 1 kereta untuk Aniq main hari ²..

Tak apalah sayang, abah belikan ye nanti.. Boleh main puas²..

5 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

cian dia nangis...nanti suruh abah beli yer aniq...dapat main puas2..sabar yer aniq anak soleh

Maria Firdz berkata...

anak sy pun pnh main dan tak puas main.. hehe... biasa la tu kan.. dia rasa seronok..

Mimi Azirah berkata...

alolo sian aniq tak puas main ye...:)

Azi Azidah berkata...

giant kt rumah sy ni pn sama ada benda benda ni semua. klu pi sendiri tnpa hubby risau je snk mintak nk main. xreti nk control.

Azizah Green Line berkata...

Bestnya aniq main kereta...