nuffnang

Rabu, 21 Januari 2015

susu baru Aniq..

Aniq si anak soleh saya ni, dari dulu lagi bermasalah dalam berat badan dia. Naik juga tiap bulan, tapi masih belum cukup. Hari ni Aniq timbang lagi kat klinik, naik 300gm je.. belum cukup sampai line putih dalam graf, tapi naik 300gm tu nurse cakap kita banyak la sebab last month naik 100gm je..

Memandangkan Aniq ni berat dia masih belum normal, doktor terpaksa bagi susu. Ikutkan tak perlu sebab Aniq dah ada susu. Kami pun insya Allah mampu nak beli susu, cuma sebab dah jadi macam ni dia terpaksa bagi juga. Walaupun dah naik banyak berbanding sebelum,selagi graf dia belum cun, doktor akan pantau setiap bulan. Kalau ikutkan, kena pergi setiap 2 minggu!

Susu yang Aniq dapat ni biasanya untuk family yang kurang berkemampuan nak beli susu untuk anak bagi anak yang bermasalah berat badan serius.. tapi dah Aniq ni,walau mak ayah dia mampu, doktor bagi juga maybe sebab dah lama sangat masalah dia ni. Saya ni malas nak ambil sebab susu Aniq ada berkotak-kotak lagi yang belum buka. Abes tu ,sape nak minum nanti? Tapi dah kena ambil juga lah.. dah ambil kena minum juga lah. Selang seli aje la dengan susu yg ada ni. Btw,susu ni saya dah tanya, kot² ada jual kat luar. Kata doktor, tak ada. Susu ni free je untuk hospital bagi pada anak² yg bermasalah berat ni. Dah habis, minta lagi kat klinik. Sampai bila Sya tak tau. Maybe sampai berat dia ok la kot..





Susu yang Aniq minum sekarang, susu coklat. Kat klinik tadi tinggal satu tin aje yang coklat. Tapi saya tak ambil sebab Aniq akan sembelit bila minum yang coklat. Walaupun dia x suka yang vanilla ni, saya nak paksa juga dia minum. Kalau tak jalan, campur sikit Milo dalam susu. Doktor kata boleh buat macam tu.. ok la kan..

Btw,masalah Aniq ni bukan sebab susu rasanya. Sebab dah macam- macam susu saya bagi, dia masih macam tu juga berat badan. Dari yang murah sampai lah yang Mahal.. Sikit² je naik. Kata doktor sebab si anak soleh saya ni aktif. Sangat aktif. Jadi, semua makanan tu dah tukar jadi energy je.  Masa tengah saya cakap dengan doktor pun, dia lari keluar. Pulak tu, bila bermain, tak nak makan. Suap la apa pun,kalau dia tak nak buka mulut, payah juga. Kadang² sampai menangis saya paksa dia makan. Dah masuk mulut pun boleh dia luahkan pula.. hurm.. apa la..

Tapi tadi, Alhamdulillah.. nak pula dia makan banyak. Ntah tiba-tiba.. apa pun, tak kisah lah.. harap dia nak la makan banyak lagi. 

5 ulasan :

iryantyismail berkata...

untunglah dapat susu free :-))
terlalu aktif sangat yer anak soleh...fius2 otak tengah berhubung tu sya

Unknown berkata...

jijah pun xpernah tgk lg susu ni..hehehe hakimi pula badan senang naik walaupun mmg xnak makan nasi..minums susu gan air masak..tu berat 11kg 1y4m

QasehnyaRania berkata...

oo ada susu special erk..
in shaa Allah pelan pelan sya
smga berhasil atas usaha ni

Syahida berkata...

mudah2an Aniq terus berselera makan, suka minum susu dan sihat tubuh badan. Amiin :)

Cik Rose berkata...

Baru pertama kali Ros tengok susu ni..