nuffnang

Selasa, 20 Januari 2015

ultraman gila..

Semalam kitorang balik kampung tau.. Rutin biasa tiap bulan walau sehari. Biasalah,my hubby kan susah nak cuti panjang. Sehari pun ok la
Sampai Kat kampung,rupanya ada juga family abang ipar saya.. Aniq pun happy la. kalau tak, selalu dia sorang tak ada kawan.

Anak abg ipar ni dah besar. So,budak² ni memang sentiasa dengan gadget. Main laptop wan (MIL), ada yang main tab. Aniq ni tengok orang main tuh, dia pun nak join la juga. Tapi kan Aniq ni kecil sangat lagi berbanding dengan diorang. So, diorang tak nak bagi Aniq usik. Kebetulan masa tu diorang tengah tengok video ultraman gila Kat YouTube. Aniq yang baru datang nak tengok,terkejut, lari² sambil menangis. Lepas berhenti nangis,datang balik tengok. Lepas tu sambung nangis balik.hahaha.. rupanya dia takut tengok rupa ultraman tu..huduh sangat.. Maybe pada Aniq rupa tu menakutkan..haha

Lepas pada tu langsung dah tak nak dekat. Yang abah Aniq ni pun pakat nak mengusik juga. Di buka lagi video tu.. menangis tak sudah Aniq.. haha..kesian, tapi kelakar pun ada.. korang nak tengok rupa ultraman tu??
v
V
V
V
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V
V
V
V
V
V
V
V
.
.
.
.
.



Taraaaaa....


Sumber: google
Haha.. agak² apa nak kata bila tengok ultraman rupa macam ni? geli pun ada saya tengok. Aniq lagi lah, melompat terus. Kat klinik dia tak nak duduk diam,saya bagi je gambar ni. Terus peluk kita kuat².. haha.. berjasa juga gambar ni ada dalam handphone .. ada lagi satu gambar yang Aniq takut.. dia takut hello kitty tau..haha.. hello kitty pun takut ke? Tapi kalau dah rupa celoreng- celoreng, takut jugalah dia..



Sumber: google
Saya dapat gambar ni masa dok cari gambar ultraman gila tu la.. jumpa pulak hello kitty huduh.. hahaha.. boleh la.. takut juga Aniq..Hi Hi.. jahat kan mummy Aniq ni, takut kan anak dia.. korang semua janganlah ikut perangai saya ni. Karang anak jadi penakut. Sesekali mengusik ok la kot.. selalu tu tak bagus.. nanti anak mudah lemah semangat.. kita juga yang susah.. :) lagi pun, biar ajar takut Allah,jangan ajar takut hantu..

7 ulasan :

Mimi Azirah berkata...

Hahahaha..ngeri btul tgk muke otromen tuh

iryanty ahamad berkata...

hahaha...:-)) ibu2 ngandung dilarang tengok ni....mmg lawak..

cian anak soleh...berjurai jurai lah agaknya airmatanya tu... :-))

Azizah Green Line berkata...

alaaa...mummy ni..siann aniq...

Masya berkata...

glupppp tak tahu nak gelak ke hapa tgk gambar ni huhuhuhu

Puan Kutu berkata...

Lawak tau aniq no.takut dengan atomen gila n hello kitty belang.huhu

QasehnyaRania berkata...

La pertama kali tgk kitty belang ni.
otomen tu lagi la.hahaha
betul. tu

ros_reeza berkata...

Hahaha ade je yang edit ek ultraman tu