nuffnang

Sabtu, 3 Januari 2015

Aniq Tumbuh gigi

Dalam masa saya demam seminggu lepas. Aniq pun demam juga. Kebetulan hari sebelum tu saya dah bawa dia jumpa doktor untuk cucuk setahun setengah. Masa tu tak ada pulak demam. Tapi esok nya demam.

Mulanya saya rasa sebab dia selesema. Malam tu hujan tak berhenti, saya dah off kipas pun masih sejuk lagi. Sampai ke tulang sejuk. Aniq pulak jenis yang tak suka berselimut. Lagi lah senang nak dapat selesema.

Esoknya saya bagi dia makan &  ubat. Alhamdulillah, surut panas dia sepanjang hari. Tapi malam dia start demam balik. Siang pun demam tapi dah makan ubat dia ok.

Ini ha budak demam


Masa gambar ni, Aniq ajak keluar. Selagi tak keluar dia menangis merengek - rengek. So, dengan dahi bertampal tu, bawa juga lah dia keluar. Seronok dia lari sana sini.  Masa hari tu lah saya perasan gigi geraham Aniq dah tumbuh. Bukan sebatang, tapi dua batang sekaligus!  Mula nampak putih je. Saya ingat sebab Aniq makan kacang. Rupanya gigi. 

Hari ni saya cek lagi gigi dia. Eh,, ada lagi gigi geraham baru. Tapi kali no belah atas pulak. Oh.. Mujur dia tak gigit saya. Dia ni boleh tahan jugalah menggigit. Tapi bukan semua orang, dia gigit saya je. Abah dia tak nak pulak gigit. Sabo aje lah anak seorang ni.. 

Nampak tak yang putih tu.. Itulah geraham pertama Aniq

Dulu selalu saya risau dia ni tak tumbuh² gigi dia. Last tumbuh gigi masa dia umur berapa bulan tah, lupa dah saya. Kiranya sekarang Aniq dah ada 11 batang gigi termasuk 3 batang geraham yang baru tumbuh ni.. Chayok ² Aniq..  Kena jaga gigi elok²..:)

7 ulasan :

ros_reeza berkata...

Owh demam tumbuh gigi la ni yer..
Sakit tu kena gigit..hikhik

Azizah Green Line berkata...

ooo patutlah aniq demam...hakimi POn still xymbuh2 gg..maintain 7batang depan..

Maria Firdz berkata...

alhamdulillah...

QasehnyaRania berkata...

yeay dh ada gg geraham baru

Sya Nadia berkata...

Itu la.. Kalau menggigit, sekuat hati di gigit..

Sya Nadia berkata...

Lambat sikit lah kot mcm Aniq. Sya sebenarnya X sure umur mcm ni tumbuh gigi tu lambat ke mcm mna. Tp selalu nampak budak baya Aniq banyak dah gigi

Sya Nadia berkata...

Aah.. Mudah la nak mengunyah.. Kalau X, dia makan guna gigi depan je..