nuffnang

Sabtu, 17 Januari 2015

kak long Aida ke tadika..

Dah hari sabtu baru lah nak cerita pasal anak masuk sekolah. Ketinggalan sikit lah saya ni kan.. tapi tak apa lah,nak cerita juga..hehe .. semua ni bukan setakat untuk tatapan sekarang semata, cerita ni untuk kenangan masa depan kan.. senang nanti budak²  ni nak throw back.. :)


puteri nur syahidah hananiah

 Ni la anak saudara saya. Anak adik perempuan  saya yang duduk kat Kemaman,Terengganu. Dah 5 tahun dah si Aida ni.. Ibu dia pilih nak hantar ke tadika kemas je sebab dekat dengan rumah.

Masa 1st day Aida pergi sekolah, saya Tanya adik macam mana dia ,ok ke tak? Iye la, walaupun dah ada anak sendiri , tapi Aida ni cucu sulung dalam family . Semua pakat menyibuk nak tahu pasal dia.. haha.. untunglah... :D


Adik saya cerita dia ni ok sangat masa pergi sekolah. Excited sangat nak belajar,sampai sekolah je terus masuk kelas, langsung tak.salam ibu dengan abi dia. Balik dari sekolah, dia cerita best la kat sekolah. Ada kawan semua. Bagus lah kan.. saya pun tumpang bangga..haha

Dia dah seronok nak sekolah dah lama, tapi ibu & abi dia tak nak hantar lagi. Nanti adik dia tak ada kawan Kat rumah. Tapi ni dah terpaksa juga hantar sebab dah sampai masa untuk dia bersekolah. Terus ibu & abi dia rasa sunyi rumah.. adik saya dengan adik ipar memang tak tunggu Aida kat sekolah. Sebab dia nampak ok sangat.

Mummy pun bangga juga dengan kak long Aida. Matang dah dia. Dah boleh berdikari,bawa diri sendiri.. Alhamdulillah .. rasa sebak pulak..hehe.. semoga terus rajin belajar sampai bila- bila ye Aida..

4 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

beraninya kak long aida...kalau yan dulu masa tadika dah nangis2 sedih dah..kata mak..mak kena tunggu dekat seminggu juga..hehe..

Azi Azidah berkata...

nmpk dewasa mcm dh sek rendah dah.

Azizah Green Line berkata...

suka tgk budak2 masuk sekolah

Puan Kutu berkata...

bagus aida..molek je perangai 1st day at school..

bukan kemas mmg tak bley tunggu ke?anak nangis macam mana pun cikgu halau jugak mak bapak balik.hehe