nuffnang

Jumaat, 9 Januari 2015

Danial Aniq pun berkebun juga..

Biasanya, tiap² hari kecuali hari Jumaat, ada pak cik jual ikan bawa motor, jalan kat kawasan perumahan saya ni. Bila dengar bunyi hon tu,  cepat² saya angkut Aniq nak pergi beli ikan. Sambil saya membeli,  dapatlah Aniq main² dengan budak² ke, kucing ke.

Tapi masa saya membeli ikan ni, Aniq baru bangun tidur. Mood nak main tu tak ada sangat. So,  dia tak layan lah budak nak ajak dia bermain tu.  Sampai kat rumah je saya teringat hubby saya minta tolong jirus kan pokok dia. 2 hari tinggal, tak ada orang siram. Layu dah. 

Aniq pun nak tanam pokok
Kita tengah siram pokok,  dia cabut pokok. Habis tanah dalam pasu tu dia keluar kan. Cepat² saya ambil gambar,  wasap kat abah Aniq.  Hahaha.. 

Menangis hubby tengok pokok kesayangan kena cabut dek Aniq.. Ni belum habis lagi kerja dia sebenarnya. Yang gambar bawah ni baru betul. 

Taraa..  Comel x Aniq.. Hehehe

Agaknya ini lah yang dia nak sangat kot . Sapu tanah tu kat muka buat facial. Aduhai.. Terus buka baju seluar semua,  mandi terus kat situ.  Punya lah comot si anak soleh ni.

P/s: agak² nya rasa geram ke rasa kelakar.. 

4 ulasan :

Azi Azidah berkata...

rajinnya bertanam. . allahuakbar habis comot muka di mainnya tanah. hihi

iryanty ahamad berkata...

kelakar campur geram...aniq aniq..budak bertuah..

Puan Kutu berkata...

bagus dedahkan aniq dengan persekitaran luar..m,ana tahu nti aniq boleh jadi pekebun berjaya macam ayah dia.boleh tanam lada.hehe

Azizah Green Line berkata...

Rajinnya aniq bkebun.. ikut mcm ayah ye