nuffnang

Ahad, 4 Januari 2015

Dah potong rambut

Aniq ni sebenarnya tak pernah potong rambut. Dari lahir rambut tu aje lah. Puncanya, masa lahir saya malas nak buat majlis potong jambul bagai. Sebabnya hubby saya masa tu sibuk. Tak ada siapa nak uruskan majlis. Jadi, Mil saya minta abang ipar saya tolong cukurkan. Tapi dia pun sibuk, sampai ke sudah tak bercukur rambut Aniq.

Dah besar pulak, tak ada orang yang nak potong rambut baby umur 1 tahun. Katanya tak berani. Sama lah macam saya pun. Saya lagi takut. Kang tersalah cukur, luka kepala. Tunggu punya tunggu, dah setahun lebih baru dapat potong rambut. Kesian Aniq.. Sorry ye sayang..  :(

Aniq nak potong rambut..  :)


Tapi Aniq ni memang lah anak soleh. Baik sangat dia. Saya letak aje dia atas kerusi, terus aje dia diam. Tukang gunting tu pun seronok tengok dia. Mudah sangat. Ikut je cakap. Suruh pandang depan, dia pandang. Suruh tunduk dia tunduk. Saya memang happy sangat, tengok dia. Sebelum tu risau dia menangis ke apa. Tapi matang lah Aniq. Bangga mummy dengan Aniq. :)

Dah lepas potong rambut, dia jadi happy semacam. Berlari- lari dalam kedai. Rupanya hubby yang potong rambut sebelah dia cakap,  Aniq takut sikit. Sampai sedu-sedu dia. Tapi tak nangis. Duduk diam² je walau takut. Wah.. Bagus sangat Aniq.

Nampak lain muka dia bila dah potong rambut. Jelas dah muka baby boy. Selama ni orang selalu confuse, lelaki ke perempuan. Kalau orang yang dah tau, memang boleh tau lah. Yang tak kenal, selalu ingat baby girl. Hehe..  Sekarang dah nampak boy nya dia. Cuma masih nampak lah kecomelan dia tu. Sikit² tak apa lah Aniq. Janji dah besar jangan jambu sangat sudah. Nanti kena mengorat macam abah time sekolah. Gay pun minat.. Hahaha.. Kesian abah.. 

10 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Sama macam anak2 saya ni. Kalau bawah dua tahun lambat betul panjang rambut. Nazif potong kali kedua baru masa cuti hari tu, dah umor dua tahun lbh. Naim pun sama, dah masuk 3 ke 5 tahun ni baru rambutnya cepat memanjang...kena selalu ke kedai gunting pulak..

Azizah Green Line berkata...

hakimi sejak lahir dah 3x gunting rambut..rambut cepat panjang..kemain menangis mcm org kena pukul..bagus aniq diam2 je

Sya Nadia berkata...

Dah boleh simpan mesin potong rambut kat rumah ni kak.. Jimat.. Haha

Sya Nadia berkata...

Biasanya org rambut lebat mmg cepat panjang rambutnya kan.. Aniq ni mewarisi rambut mummy dia.. Nipis je.. Tak. Ikut rambut abah dia..

babYpose berkata...

Alhamdulillah Aniq cool je masa gunting rambut, anak2 kak belum pernah ke kedai, tak tahu reaksi mereka nanti.

Maria Firdz berkata...

Alhamdulillah... good boy...

iryanty ahamad berkata...

baiknya aniq..kalau budak lain dah melalak tu..padahal nak potong rambut je..bukan sakit pun..hehehe

Sya Nadia berkata...

Harap² ok la kan.. Kalau X, mak nya la risau..

Sya Nadia berkata...

Syukur..

Sya Nadia berkata...

Harap kekal sampai besar lah baik ni.. Amiinn