nuffnang

Memaparkan catatan dengan label hospital kuantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hospital kuantan. Papar semua catatan

Ahad, 20 Disember 2015

Dah nak bedah..Esok..!

Assalamualaikum..


Maafkan saya ye korang, masih belum ada kesempatan nak blogwalking ke blog korang. Insya Allah, ada kesempatan, saya akan buat kunjungan balas ye.. Semoga korang memahami..

Ok, esok dah isnin, hubby dah kerja, saya pulak nak bawa adik-adik semua ke hospital sebab adik saya Asyraf tu nak bedah dah. Tarikh dah dapat sejak dari minggu lepas sebenarnya, tapi saya tak berani nak beritahu sesiapa sebab doktor sendiri tak confirm lagi tarikh tu. Alhamdulillah, baru adik saya bagi tau,esok akan bedah. Syukur! Tak terkata rasa happy sebab saya tahu yang adik saya dah tak sanggup duduk wad lagi dah. 

Tapi ada pulak benda yang memeningkan saya sekarang ni. Adik saya minta izin nak pindah kelas wad. Nak masuk wad kelas dua. Sebabnya, ada nurse yang suka berkasar yang buat dia dah tak tahan. Bukan aje dengan dia, tapi dengan orang lain pun sama. Lagi tambah stress, baru-baru ni handphone dia kena curi. Iyela, wad tu kan dah macam tempat public, dalam ramai-ramai manusia yang datang tu, ada  pulak yang sempat buat hal. kebetulan masa hari tu, adik saya tak ada pelawat, dia pun tidur. Umy saya tunggu kat luar, orang ni ambil kesempatan duduk kat katil adik saya. Orang katil sebelah sangkakan, dia ni kawan adik, sebab duduk kat situ. Rupanya nak mencuri. hurm,.. ujian sungguh!

Tak apalah, dah bukan rezeki. Tapi itulah antara punca kenapa adik nak tukar kelas wad tu.  Pada fikiran kitorang, kalau naik kelas tu nanti, layanan akan baik la sikit.Maaf la ye, ni bukan saya yang kata, memang di akui nurse sendiri. Sepupu hubby saya, sister, dia pun bagi tahu macam tu. Nak buat macam mana, ada orang memang layan kita berdasarkan duit aje. Pelik saya, bukan pesakit bayar cash pada nurse pun sampai nak lain-lain cara layanan. Satu lagi sebab nak pindah ialah, kalau kelas dua tu, dah tentu bukan semua orang dapat masuk kan? Orang yang kan family mestilah tak berani nak masuk. Lain la wad yang terbuka macam kelas 3. Jadi, kemungkinan kes-kes kecurian ni akan kurang la. kita pun akan rasa lebih tenang.

Tapi lepas saya rujuk pada yang berkenaan, rasanya macam berat rasa hati saya nak bagi adik saya pindah tu. Banyak benda yang nak kena fikir. Antaranya, nanti segala kos hospital yang adik saya nak tuntut dari pihak insurans cuma akan dibayar 1/3 je. So, rugi la. Alasan biasa yang insurans akan bagi adalah sebab tu kehendak sendiri, bukan keperluan. Jadi, tak perlulah insurans tanggung. Korang bayangkan lah, kalau kos tu nanti makan ribu-ribu, siapa nak bayar yang baki yang insurans tak nak tanggung tu? Kan dah rugi. So,mungkin tak jadi lah la nak pindah kelas. 

Apapun yang penting, harapannya esok pembedahan akan berjalan lancar. Ikut pada kata doktor, mungkin masa pembedahan tu sangat lama. Berjam-jam la masanya. Dan paling takut sebab berisiko. Kes adik saya ni kes besar, doktor dah standby 1 katil untuk dia dalam wad ICU. Bimbang apa-apa berlaku semasa bedah tu nanti. Allah, risau sangat saya. Tolong ye kawan-kawan, minta doakan pembedahan ni berjalan lancar tanpa ada komplikasi pun. 

ok la, next time saya story lagi ye. dari masa ke semasa, saya akan update cerita adik saya ni. Insya Allah, kalau ada rezeki, saya akan attach sekali gambar x-ray adik and terangkan apa masalah yang tengah adik saya hadapi skarang ni. Manalah tau, ada sesiapa yang terkena sama macam adik saya, and sangat perlukan rujukan..

Saje la nak hiburkan hati, nah! tengoklah gambar anak soleh saya ni cuba buat senaman kuatkan paru-paru..😃😃😃


Sabtu, 12 Disember 2015

Pembedahan Ditangguh..

Assalamualikum..

Semalam satu hari suntuk saya di hospital, tunggu adik saya Asyraf yang menunggu turn untuk masuk ke dewan bedah. Dia dah start  puasa dari tengah malam, sampai ke petang tapi dewan masih belum panggil sebab mulanya doktor pakar belum sampai. Ada 2 orang doktor, seorang dari Kuantan, seorang lagi dari Seremban. Jadi, sementara menunggu, dah ada pesakit yang dah masuk.

Ahkirnya lebih kurang pukul 2 petang, nurse datang, tukarkan pakaian dan terus ke wad bedah. Fuhh..penat saya kejar-kejar time ni. Dengan dukung anak soleh ,Aniq,sambil jalan laju-laju nak kejar nurse. Laju betul diorang jalan.. 😊.. Semuanya kena cepat kan..Biasalah tu.. Saya memahami..

masa persediaan nak ke dewan bedah


Tapi lebih kurang setengah jam, adik saya kat dalam, dah kena keluar. Rupanya salah panggil. Orang yang masuk mula-mula tu, belum keluar lagi.. Allahu Akbar.. Sedihnya rasa hati saya.  Nak buat macam mana, kenalah ikut. Kata nurse, mungkin kena tunggu 2 atau 3 jam lagi. 



Masuk semula ke wad, adik saya ni dah mengadu kelaparan sangat. Puncanya, semalam tu dia tak ada selera makan, Dia tak makan, kiranya dah lebih 24 jam dia tak makan. Si abang yang tak tahu tak boleh makan, suapkan adik saya ni buah anggur dgn delima. Tak banyak, tapi kan dah memang tak boleh. Dia makan 3 biji tak silap saya. Delima pun makan 3,4 butir aje gitu.

Tapi rupanya itulah punca tangguh pembedahan. Allah... Benda dah jadi, tak boleh nak buat apa. Sedih sangat saya. Masa tu barulah saya tahu, rupanya sebab makanan tu, bius yang nak dimasukkan tu tak lepas. Dah banyak kali cuba pun, tak lepas. Last doktor tanya ada makan ke?  Bila dah tau punca, terpaksalah tangguh bedah ke satu tarikh yang belum pasti lagi. 

Masalahnya, doktor yang nak buat bedah ni sangatlah busy. Nak dapat tarikh yang kosong bukanlah senang. Allah...Besar sungguh ujian. Tak apalah, kami redha + belajar dari kesilapan.  

Harapan saya, dapatlah adik saya ni bedah sebelum habis tahun ni. Tak sanggup tengok dia terbaring tak boleh buat apa-apa tu. Besi yang terpasang tu pun dah start menanah. Nurse terlampau sibuk, nurse pelatih dah bercuti, kadang-kadang diorang terlupa nak cuci. Jadi, sebagai nak memudahkan, saya cadangkan pada umy saya untuk belajar cara cuci dari nurse. Lepas ni, kami dah boleh buat sendiri. Bila dalam keadaan macam ni, pentingnya family untuk belajar buat sesuatu, jangan harapkan nurse. Hospital besar macam Kuantan ni, ramai pesakit. Kadang tak terlayan.

Sebelum balik, saya cuma pesan pada adik yang dia kena banyak sabar, istighfar banyak-banyak, selawat banyak-banyak. Doa tu penting, supaya Allah permudahkan segala urusan. Tak ada apa boleh buat pun sekarang ni, selain dari menunggu.. Semoga Allah kurniakan setinggi-tinggi kesabaran buat family saya dalam menghadapi ujian ni.. Amiinn..

Jumaat, 11 Disember 2015

Dah dapat tarikh bedah...

Assalamualaikum..


Alhamdulillah, Terima Kasih Allah.. Atas kasih & rahmat-Nya yang tak pernah putus buat hamba-Nya. Sebelum ni kan saya pernah bcerita pasal adik bongsu saya yang accident kena langgar dengan kereta tu kan. Dah 3 minggu lebih dia kat hospital. Syukur, dalam minggu ni kitorang dah dapat tarikh untuk pembedahan adik saya. Bedah kali ni untuk masukkan 4 keping besi ke pinggul dia yang patah tu. Kos semua besi ni lebih kurang 10k. Tak termasuk kos untuk pembedahan.

Ikut pada kata doktor, pembedahan ni agak susah, hanya sesetengah pakar aje kat Kuantan yang sanggup nak buat. Ada seorang pakar aje yang sanggup buat untuk adik saya, tapi dia sangatlah sibuk. Alhamdulillah, walaupun sangat sibuk, dapatlah juga tarikh untuk adik saya menyelit. kami dapat tarikh 10/12/2015. Syukur juga duit dah dibayar dari pihak peguam yang menguruskan kes adik saya ni.

So, sepatutnya bedah tu semalam la kan,. hari ni kan dah 11 hari bulan, rupanya dah ditukar tarikh nya. Lewatkan 1 hari je. Makanya, hari ni lah adik saya akan dibedah. Pembedahan ni agak besar, jadi kami semua amatlah risau. Doa memang tak putus untuk adik semoga dapat kembali macam sebelum dia accident. Mungkin dia dah tak ada kemampuan sama macam dari sebelum accident, tapi kami harapkan sekurang-kurangnya dia boleh berjalan sendiri & mampu mengurus segalanya sendiri. 

Minta doa dari kawan-kawan sama ye.. Besar sangat harapan saya agar dapatlah kawan-kawan semua hadiahkan 1 kali Al-Fatehah untuk adik bongsu saya ni, Muhammad Al- Asyraf agar diberi kekuatan untuk melawan sakit & terus sihat.. 

Jumaat, 27 November 2015

Adik Accident!

Assalamualaikum..

Hari  ni jumaat, kiranya hampir seminggu dah saya tak update blog, dan seminggu jugalah adik saya dah terlantar kat hospital akibat eksiden. Susah nak cerita apa perasaan sekarang ni. Rasa masih macam tak percaya, rasa macam terdengar aje lagi bunyi motor dia balik dari kerja  setiap hari.


Kisahnya jumaat lepas, adik saya nak balik dari kerja masa tu tengah hari orang nak pergi sembahyang jumaat. Dari cerita adik, pemandu kereta tu keluar dari simpang tiba-tiba. Tak sempat nak elak, terus aje motor adik saya langgar kereta orang tu, berpusing lah motor tu. Jahanam belakang nya. Adik masa tu dah tak boleh bangun langsung pun, tapi  dia masih sedar. Dia tanya pada mak cik tu kenapa keluar tiba-tiba? Dia kata tak nampak adik saya. Dalam keadaan tak boleh bangun tu, adik saya dah agak yang mesti ada tulang yang patah. Lepas tu dia pengsan.

Saya kat rumah , dah rasa tak sedap hati sebab dah petang tapi adik tak muncul-muncul. Time tu umy saya call bagi tahu yang adik dah kat hospital. Allah... rasa nak tercabut jantung saya! Allah...Berat sungguh rasa. Kat hospital, doktor bagi tahu yang tulang pinggul dah patah. kena ke Kuantan segera, buat pembedahan segera. Petang tu juga dia ke Kuantan, malam tu juga bedah. Settle semua pukul 5 pagi. Saya dengan adik & anak-anak semua termasuk abah & umy saya, cari bilik hotel. Rehat dulu. Hubby , adik ipar & adik saya yang lelaki tunggu sampai adik keluar bilik bedah, sampai masuk wad.

Pagi tu bergilir. umy & abah pergi dulu jenguk adik. Yang dah berjaga malam tadi dah boleh rehat, tidur. Saya dalam pukul 8 lebih macam tu dah tak boleh tunggu. Ajak adik perempuan saya, ajak ke hospital. Anak-anak semua tinggal. Alhamdulillah, dapat juga masuk walau awal pagi. Adik saya dah sedar time ni. Tapi bila doktor terangkan tentang dia, kami tak boleh nak tahan sedih. tapi itulah ujian yang Allah berikan pada kitorang. Nak tak nak kena hadapi juga. Alhamdulillah doktor & nurse semuanya sangat baik. Nak tanya apa pun, diorang layan je. jawab je. Syukur...


Hari ketiga adik kat wad, jantung pulak makin lemah. Paru-paru dia pun bermasalah. Terus kena masuk icu. Saya agak pelik mula-mula kenapa tiba-tiba. Rupanya doktor agak dia dah memang bermasalah dari dulu lagi. Kes nya sebab adik saya ni dulu lahir tak cukup bulan, paru-paru dia ada masalah. Tapi mungkin sebab masalah tu tak besar, so nampak dia sihat aje. Tapi bila dah sakit macam ni barulah nampak kesan sebenar dia. Masa ni kitorang rasa down sangat dah. 

Mujurlah adik saya cuma 3 hari dalam icu, hari khamis semalam dia dah boleh pindah semula ke wad yang dia duduk mula-mula tu. Masa ni dia dah dibenarkan makan & minum. Minum yang manis-manis tu pun dah boleh. Saya dah tanya doktor, dia suggest bagi minum air madu & jus kurma. Bagi juga makan vco. Kata doktor, vco bagus untuk bunuh bakteria, kuman-kuman yang ada dalam badan. Sebab vco ada anti bakteria,anti fungus semua tu. Bagus lah kan, kebetulan saya ni penjual vco. Mudah la nak dapat stok. Tapi hampehnya kakak dia ni, pi hospital, terlupa nak bawa vco tu. Kesian adik saya, sampai hari ni masih tak dapat lagi vco dia.

Adik saya ni mungkin lama lagi dalam wad. tak tahu berapa lama. Dia agak down sebenarnya. Bila orang cakap, jangan sedih, kalau ko dah dapat duit insuran nanti, seronok la dapat duit banyak. Tapi dia  rasa lain, walau berapa banyak duit dia dapat, tak kan sama dengan nikmat kesihatan yang selama ni dia rasa.  Apalah guna duit, kalau dia tak cukup sempurna sama macam sebelum ni. Dia kata, biarlah dia susah bekerja cari duit dari duduk diam ada duit. Tak kan sama rasa nya. Yup....Saya sedih dengar kata-kata tu dari dia. tapi saya tahu, adik saya ni seorang yang tabah, kuat semangat, tak mudah mengalah. Saya sentiasa doakan dia supaya sembuh sama  macam dia yang sebelum eksiden ni.

Kawan-kawan yang tersayang semua, tolonglah doakan untuk kesembuhan adik saya. Juga untuk menguatkan lagi semangat dia yang kadang-kadang hilang ditelan kesedihan. Saya risaukan dia. Takit bila stress tu nanti buatkan dia lambat sembuh..


adik saya masa 1st day kat wad.