nuffnang

Jumaat, 27 November 2015

Adik Accident!

Assalamualaikum..

Hari  ni jumaat, kiranya hampir seminggu dah saya tak update blog, dan seminggu jugalah adik saya dah terlantar kat hospital akibat eksiden. Susah nak cerita apa perasaan sekarang ni. Rasa masih macam tak percaya, rasa macam terdengar aje lagi bunyi motor dia balik dari kerja  setiap hari.


Kisahnya jumaat lepas, adik saya nak balik dari kerja masa tu tengah hari orang nak pergi sembahyang jumaat. Dari cerita adik, pemandu kereta tu keluar dari simpang tiba-tiba. Tak sempat nak elak, terus aje motor adik saya langgar kereta orang tu, berpusing lah motor tu. Jahanam belakang nya. Adik masa tu dah tak boleh bangun langsung pun, tapi  dia masih sedar. Dia tanya pada mak cik tu kenapa keluar tiba-tiba? Dia kata tak nampak adik saya. Dalam keadaan tak boleh bangun tu, adik saya dah agak yang mesti ada tulang yang patah. Lepas tu dia pengsan.

Saya kat rumah , dah rasa tak sedap hati sebab dah petang tapi adik tak muncul-muncul. Time tu umy saya call bagi tahu yang adik dah kat hospital. Allah... rasa nak tercabut jantung saya! Allah...Berat sungguh rasa. Kat hospital, doktor bagi tahu yang tulang pinggul dah patah. kena ke Kuantan segera, buat pembedahan segera. Petang tu juga dia ke Kuantan, malam tu juga bedah. Settle semua pukul 5 pagi. Saya dengan adik & anak-anak semua termasuk abah & umy saya, cari bilik hotel. Rehat dulu. Hubby , adik ipar & adik saya yang lelaki tunggu sampai adik keluar bilik bedah, sampai masuk wad.

Pagi tu bergilir. umy & abah pergi dulu jenguk adik. Yang dah berjaga malam tadi dah boleh rehat, tidur. Saya dalam pukul 8 lebih macam tu dah tak boleh tunggu. Ajak adik perempuan saya, ajak ke hospital. Anak-anak semua tinggal. Alhamdulillah, dapat juga masuk walau awal pagi. Adik saya dah sedar time ni. Tapi bila doktor terangkan tentang dia, kami tak boleh nak tahan sedih. tapi itulah ujian yang Allah berikan pada kitorang. Nak tak nak kena hadapi juga. Alhamdulillah doktor & nurse semuanya sangat baik. Nak tanya apa pun, diorang layan je. jawab je. Syukur...


Hari ketiga adik kat wad, jantung pulak makin lemah. Paru-paru dia pun bermasalah. Terus kena masuk icu. Saya agak pelik mula-mula kenapa tiba-tiba. Rupanya doktor agak dia dah memang bermasalah dari dulu lagi. Kes nya sebab adik saya ni dulu lahir tak cukup bulan, paru-paru dia ada masalah. Tapi mungkin sebab masalah tu tak besar, so nampak dia sihat aje. Tapi bila dah sakit macam ni barulah nampak kesan sebenar dia. Masa ni kitorang rasa down sangat dah. 

Mujurlah adik saya cuma 3 hari dalam icu, hari khamis semalam dia dah boleh pindah semula ke wad yang dia duduk mula-mula tu. Masa ni dia dah dibenarkan makan & minum. Minum yang manis-manis tu pun dah boleh. Saya dah tanya doktor, dia suggest bagi minum air madu & jus kurma. Bagi juga makan vco. Kata doktor, vco bagus untuk bunuh bakteria, kuman-kuman yang ada dalam badan. Sebab vco ada anti bakteria,anti fungus semua tu. Bagus lah kan, kebetulan saya ni penjual vco. Mudah la nak dapat stok. Tapi hampehnya kakak dia ni, pi hospital, terlupa nak bawa vco tu. Kesian adik saya, sampai hari ni masih tak dapat lagi vco dia.

Adik saya ni mungkin lama lagi dalam wad. tak tahu berapa lama. Dia agak down sebenarnya. Bila orang cakap, jangan sedih, kalau ko dah dapat duit insuran nanti, seronok la dapat duit banyak. Tapi dia  rasa lain, walau berapa banyak duit dia dapat, tak kan sama dengan nikmat kesihatan yang selama ni dia rasa.  Apalah guna duit, kalau dia tak cukup sempurna sama macam sebelum ni. Dia kata, biarlah dia susah bekerja cari duit dari duduk diam ada duit. Tak kan sama rasa nya. Yup....Saya sedih dengar kata-kata tu dari dia. tapi saya tahu, adik saya ni seorang yang tabah, kuat semangat, tak mudah mengalah. Saya sentiasa doakan dia supaya sembuh sama  macam dia yang sebelum eksiden ni.

Kawan-kawan yang tersayang semua, tolonglah doakan untuk kesembuhan adik saya. Juga untuk menguatkan lagi semangat dia yang kadang-kadang hilang ditelan kesedihan. Saya risaukan dia. Takit bila stress tu nanti buatkan dia lambat sembuh..


adik saya masa 1st day kat wad. 


6 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

assalamualaikumsya..kak yan fahamperasaan sya....arap adik sya cepat sembuh dan kuqt semangat ..amin

Aisy Nasiha berkata...

Moga adik cepat baik ya.. alaahai.. benda tak dijangka sampai gini jadinya ya..

Mia Liana berkata...

moga cepat sembuh adiknya...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #20 dan blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2015/11/senarai-url-blog-20.htm

Kim Chaa berkata...

Inalillah .. moga Allah mempermudahkan semuanya. Ujian yang hebat untuk orang yang gagah. :)
brw, first time singgah sini :) salam kenal. http://kimchaa.blogspot.my

Aisy Nasiha berkata...

Alahai..sedihnya baca ni. Moga adik sya dah makin beransur baik ya.. malang tak berbau kan..moga adik tabah menghadapi dugaan ini..

azizah green line berkata...

bahaya kan bawa motor.. kita dah berhati2 org lain pula langgar! moga adik sya cepat sihat dan menjalankan aktvt macam biasa