nuffnang

Ahad, 8 November 2015

Favourite Spot dalam Kereta..

Assalamualaikum....

Masa kecik-kecik dulu, dengan adik beradik yang agak ramai, satu kereta memang penuh la. asyik bergaduh je tak muat tempat. iyela, kita ada 6 orang, kereta muat berapa je. mujur juga adik bongsu duduk dengan umy kat depan. Ada lagi 5 kat belakang. Kalau nak tidur la paling tension sekali. Semua pakat nak baring. Kalau tidur duduk mestilah tak selesa kan? Apalagi, gaduh la kerjanya. So, penyelesaiannya, saya suka tidur kat tempat kaki. Biasanya umy akan bentangkan toto siap-siap, boleh baring kat situ. Adik saya yang sorang suka tidur kat atas dashboard belakang tu*saya tak tau nama benda alah tu, bantai je sebut*. eh..memang port dia la tu. Jangan sape-sape berani nak duduk situ, mengamuk sakan la dia nanti. Memang bahaya la kan.. tapi dulu-dulu, faham-faham aje la..  :) Bila abah dah start beli kenderaan besar, keadaan ni dah tak wujud. 

Tapi masa bulan lepas, ada sepupu MIL buat majlis sambut menantu ntuk anak dia kat kuantan. Kita naik 1 kenderaan je. Aniq dengan saya, duduk belakang. Masa dah balik tu, dia naik kat atas dashboard belakang tu, buat-buat tidur. Terkejut saya. Darai mana la dia dapat idea ni. Seingat saya la, tak ada pulak anak sedara mana-mana yang mengajar. Mujur dia buat tu bukan dalam keadaan tengah bergerak. Rasanya kalau bergerak tu, jatuh dah dia. And mujur juga MIL tak cakap apa-apa. Hehe..Iyela, kereta dia kot.. :)

Saya ingat perangai tu stop masa t je. Rupanya balik dari kampung, anak soleh saya ni buat lagi.. ish..ish..ish.. Masa tu keluar jalan-jalan, dah sampai rumah sementara nak buka pintu dia naik atas dashboard depan pulak. Buat-buat tidur, siap tiru abah dia berdengkur. haha.. Soleh sungguh anak.. Sempatlah saya snap satu dua gambar.. Layankan aje la..

pura-pura tidur aje ni... :)

5 ulasan :

Abak Lorong Cinta berkata...

Macam sepupu saya.. tido macm ni

QasehnyaRania berkata...

ni kalau dicerita pak sedara nya (adik sya) mesti senyum simpul nengok gaya aniq ni kan..
tersama pulakk..

ppsstt: sya pregnant erk ? tahniah ^_^
take care tau

iryanty ahamad berkata...

:-)) makin berisi anak soleh...

azizah green line berkata...

mak aii!

Murni Alysa berkata...

nampak macam tidur btul..hehehe..mujur alysa & danish xpndai lg buat cmni..tp alysa sampai loni 5thn pon klu msk kereta mesti nak dok dlm car seat..tapi danish xmau langsung pulak...heheheeh