nuffnang

Isnin, 9 November 2015

mengidam yang manis-manis. :)

Assalamualikum...

Tekak ibu mengandung ni memanglah macam macam. Kekadang tu suka minta benda yang diluar musim, yang payah nak jumpa and selalu juga yang suka makan benda yang tak pernah disukai sebelum mengandung. Betul tak wahai ibu-ibu sekalian?

Kalau cerita pasal tekak saya pulak,  dari bujang, sampai dah kawen sampai dah bersalin kan anak soleh Aniq ni, tak pernah berubah, Saya tak memilih makan, *err... sikit-sikit tu ada la kan* Saya suka makan makanan pedas, suka makan daging,ayam seafood. Senang cakap, banyak benda masuk aje dalam perut janji sedap. Tapi satu je, saya tak suka manis. 

tapi pregnant kali ni agak lain. Saya yang bukan peminat manis ni asyik nak makan benda manis aje. Bayangkan lah, tengah malam boleh terasa nak makan kitkat lah, nak tafu fah la, nak ice cream la, nak kek.. Tengoklah semua benda yang manis-manis ni. Punyalah dahsyat sampai terpaksa pesan selalu kat diri sendiri supaya kurangkan manis. Masalahnya saya cuma nak makan yang manis je. Yang pedas tak berapa nak masuk. Loya tekak. 

Sekarang saya siap buat stok makanan manis dalam bilik. Tapi simpan jugak stok air masak banyak dalam bilik. Kononnya lepas makan manis kita bilas pulak dengan air masak. Konon aje la..  hahaha..

Buat sementara ni stok dalam bilik dah kehabisan, so, tak dapatlah jamu mata korang dengan stok makanan saya. hehe .. Tak apalah ye, saya jamu korang dengan gambar pinjam dari pak cik Google aje la ye.. CREDIT PADA TUAN PUNYA GAMBAR..

Sumber Gambar

5 ulasan :

azizah green line berkata...

haa samalah kita sya.. jijah pun suka manis2 skrg ni! penangan baby girl kot..hehee

Zie Azi berkata...

sy pulak tak suka benda manis, hihii
tapi kek sy favorite, apa jenis kek lah..

Amy Jung berkata...

hi sis ☺
I'm newbie and please support me
hv a nice day~♥~
smartiesmoo.blogspot.kr

iryanty ahamad berkata...

teringin pulak makan kek coklat memalam ni

Murni Alysa berkata...

Murni masa mgandung memang selera jadi pelik..yg tak suka masa xmgandung jadi suka masa mgandung..heheheeh