nuffnang

Sabtu, 7 November 2015

Poli Robocar Bawa Mesej yang Baik..

Assalamualaikum...

Dari zaman budak-budak, saya memang peminat kartun. Tapi bukan semua jenis saya tengok, saya agak memilih. Sekarang sampai dah tua ni pun masih suka tengok kartun. Cuma sepanjang lepas bersalin Aniq, saya sangat kurang tengok kartun. Nak tengok tv pun malas. Rasa macam rancangan yang ada ni dah kurang sesuai untuk tontonan family.

Tapi start cerita frozen femes, saya mula tengok kartun semula. Best sangat kan frozen? sampai anak pun boleh hafal lagunya tu.  Saya pun hafal  juga..haha...*tak malu mengaku* . Sejak pada frozen, saya suka cari cerita kartun untuk Aniq, alang-alang tu boleh mummy join sama. Natah macam mana, Aniq terjumpa kartun Poli Robocar ni dalam youtube. Mulanya saya tak galakkan. Risau ada ganas-ganas macam pukul kawan  ke apa. Tapi si anak soleh saya ni tetap la minat nak tengok sampai menangis kalau tak bagi. Saya pun masalah juga, ngape la tak tengok sekali kan, masa tu..Pemalas punya mak!

Sumber gambar


Ada satu kali, saya tengok jugalah cerita ni. Wahh!!! Baru tau yang cerita ni bagus sangat u ntuk anak-anak. Sangat banyak mesej yang boleh kita pelajari especially berkaitan jalan raya. Amboi... suka..suka..sukanya saya.. Hubby pun suka. Sama-sama lah kitorang bertiga layan cerita ni. 

Saya story sikit eh, bagi yang tak tahu. Poli ni kisah tentang sebuah robot berbentuk kereta polis. Dia ada kawan-kawan yang namanya Roy iaitu sebuah lori bomba, Amber sebuah ambulance dan helly iaitu sebuah helikopter. Diorang ni dalam satu team yang dipanggil rescue team dan dibanatu oleh seorang perempuan namanya Jin yang bertugas sebagai rescue operator. Cerita ni bukan je menarik pada budak-budak, tapi jugak pada mak ayah.  Tahniah pada krew yang buat cerita macam ni. Dengar kata cerita ni dari korea.. bagus kan orang korea punya cerita??

Sumber gambar


Aniq sekarang dah melupakan frozen, dah jadi peminat Poli.. Siap dah start hafal lagu. Pantang nampak mainan kereta Poli tu, mesti nak minta beli.. Pengsan abah melayan. Gini jadinya, tokey balak pun bankrup! nak beli je kerjanya.. Kebetulan Aniq si anak soleh ni memang peminat kereta. Asal kereta je dia suka. Asal suka je mesti kereta. Dia tak minat ultraman,upin ipin atau benda-benda lain. Nampaknya, penuh rumah ni dengan kereta aje la..

5 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum sya..kak yan pun minat cite kartun juga..tapi lebih kepada yang aksi...
dah lama tak dengar perkataan "aniq si anak soleh" :-))

QasehnyaRania berkata...

cita kartun cpt pengaruh anak anak kan
tema besday pon lps ni robocar poli la pulakkan

azizah green line berkata...

hakimi pun peminat robocar poli.. asal ada kat TV mmg xkelip2 mata ke tempat lain..panggil pon xjawab..tekun tgk citer ni

Azi Azidah berkata...

Robocar poli ni tgh in skrg ni. Klu jual bju, mainan robocarpoli mmg laku. Frozen dh jatuh nombor dua kot. Hihi

Murni Alysa berkata...

alhamdulillah murni dah beli satu set mainan Robocar Poli ni..share 2 beradik tu..Alysa ambik Amber & Heli, Danish ambik Poli & Roy.. mujur depa nak share..hehehehe