nuffnang

Rabu, 11 November 2015

Finally... Dapat tangkap dia..:)

Assalamualaikum...

Dulu masa mengandungkan Aniq, saya tak dapat pun merasa nak tengok video Aniq bergerak - gerak aktif dalam perut. Saya cuma dapat 1 video masa tengah dia bergerak, tapi itupun sekali gerak aje. Lepas pada tu dah tak dapat tengok lagi dah. Aniq anak soleh ni memang sangat soleh dari dalam perut lagi. Dia macam ta-tau je mummy nak buat video bila dia tengah aktif bergerak. On je camera, terus dia senyap. Tak nak gerak dah. Pemalu sungguh. Comel juga macam tu. hehehe

Tapi adik baby yang belum diketahui jantina ni, sangatlah aktifnya. Rasanya hampir sepanjang masa nak bergusti je. Saya yang tengah buat kerja ke, tengah rehat ke jadi tak senang duduk jadinya. Tersentak kuat bila baby sakan bergusti. 

Memandangkan masa anak soleh Aniq dulu sangat anti camera, saya pun dah malas la nak beria bervideo bagai. Depan mata sendiri pun tak pernah nampak baby gerak, just dapat rasa je. Tapi ntah macam mana, kelmarin tu rasa rajin nak rakam. Lantak la dapat ke tak, janji cuba.. Sekali daaa.. dapat juga masa baby sakan menari dalam perut. Lagi kita layan, lagi dia ligat. heheehe.. Excited sungguh rasa. Selama ni dok tengok video orang lain aje. Sekali dapat juga merasa.. TAPI... Sorry la, tak dapat nak sertakan video tu kat sini. Tak kan saya nak tayang perut saya pulak kan...ngjeheheh

Sumber Gambar  Yang ni memang lah sama macam yang saya alami sekarang..
Sumber Gambar  .

10 ulasan :

Aisy Nasiha berkata...

Pengalaman yang cukup manis tu..

Zie Azi berkata...

miss this moment, sgt terindah tak semua merasa,
semoga sihat2 hendaknya

tun_telani berkata...

rindu moment ni.. my son pon aktif sgt2 dlm perot. hehe..

Puan Kutu berkata...

indahnya perasaan tu ye..nti nk cuba rakam jugaklah buat bakal adik aiman afia.hahaha

iryanty ahamad berkata...

beruntungnya dapat merasai semua tu...

sal ya berkata...

ms pregnant suka bg anak2 tgk adik dia bergerak dlm perut. mmg diaorg excited. siap cium2 lg. alhamdulillah dh keluar perut xde nak dengki2. syg adik2 ada la.

azizah green line berkata...

best! kdg duduk saja2 pun berombak2.. malu org tengok..hehee

Murni Alysa berkata...

hehehe..murni dlu masa alysa tiap2 bulan g scan tgk perkembangan..bila mai tang Danish dah jarang..hehehe

Aisya Ahamad berkata...

Baru je hari tu boss tunjuk video dia. Hehe

Eintan Nurfuzie berkata...

bestnya dpt rasa, cik en blom lagi kawen.. apatah lagi dpt rs cmtu