nuffnang

Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mengandung. Papar semua catatan

Rabu, 11 November 2015

Finally... Dapat tangkap dia..:)

Assalamualaikum...

Dulu masa mengandungkan Aniq, saya tak dapat pun merasa nak tengok video Aniq bergerak - gerak aktif dalam perut. Saya cuma dapat 1 video masa tengah dia bergerak, tapi itupun sekali gerak aje. Lepas pada tu dah tak dapat tengok lagi dah. Aniq anak soleh ni memang sangat soleh dari dalam perut lagi. Dia macam ta-tau je mummy nak buat video bila dia tengah aktif bergerak. On je camera, terus dia senyap. Tak nak gerak dah. Pemalu sungguh. Comel juga macam tu. hehehe

Tapi adik baby yang belum diketahui jantina ni, sangatlah aktifnya. Rasanya hampir sepanjang masa nak bergusti je. Saya yang tengah buat kerja ke, tengah rehat ke jadi tak senang duduk jadinya. Tersentak kuat bila baby sakan bergusti. 

Memandangkan masa anak soleh Aniq dulu sangat anti camera, saya pun dah malas la nak beria bervideo bagai. Depan mata sendiri pun tak pernah nampak baby gerak, just dapat rasa je. Tapi ntah macam mana, kelmarin tu rasa rajin nak rakam. Lantak la dapat ke tak, janji cuba.. Sekali daaa.. dapat juga masa baby sakan menari dalam perut. Lagi kita layan, lagi dia ligat. heheehe.. Excited sungguh rasa. Selama ni dok tengok video orang lain aje. Sekali dapat juga merasa.. TAPI... Sorry la, tak dapat nak sertakan video tu kat sini. Tak kan saya nak tayang perut saya pulak kan...ngjeheheh

Sumber Gambar  Yang ni memang lah sama macam yang saya alami sekarang..
Sumber Gambar  .

Isnin, 9 November 2015

mengidam yang manis-manis. :)

Assalamualikum...

Tekak ibu mengandung ni memanglah macam macam. Kekadang tu suka minta benda yang diluar musim, yang payah nak jumpa and selalu juga yang suka makan benda yang tak pernah disukai sebelum mengandung. Betul tak wahai ibu-ibu sekalian?

Kalau cerita pasal tekak saya pulak,  dari bujang, sampai dah kawen sampai dah bersalin kan anak soleh Aniq ni, tak pernah berubah, Saya tak memilih makan, *err... sikit-sikit tu ada la kan* Saya suka makan makanan pedas, suka makan daging,ayam seafood. Senang cakap, banyak benda masuk aje dalam perut janji sedap. Tapi satu je, saya tak suka manis. 

tapi pregnant kali ni agak lain. Saya yang bukan peminat manis ni asyik nak makan benda manis aje. Bayangkan lah, tengah malam boleh terasa nak makan kitkat lah, nak tafu fah la, nak ice cream la, nak kek.. Tengoklah semua benda yang manis-manis ni. Punyalah dahsyat sampai terpaksa pesan selalu kat diri sendiri supaya kurangkan manis. Masalahnya saya cuma nak makan yang manis je. Yang pedas tak berapa nak masuk. Loya tekak. 

Sekarang saya siap buat stok makanan manis dalam bilik. Tapi simpan jugak stok air masak banyak dalam bilik. Kononnya lepas makan manis kita bilas pulak dengan air masak. Konon aje la..  hahaha..

Buat sementara ni stok dalam bilik dah kehabisan, so, tak dapatlah jamu mata korang dengan stok makanan saya. hehe .. Tak apalah ye, saya jamu korang dengan gambar pinjam dari pak cik Google aje la ye.. CREDIT PADA TUAN PUNYA GAMBAR..

Sumber Gambar

Sabtu, 6 Disember 2014

Denyut pada rahim..

Semalam masa tengah tengok cerita dengan hubby &  adik², tetiba je rasa sakit kat bahagian ari².. Rasa macam cramp tapi tak la kuat sangat. Masa tu tak tahu nak buat apa dah masuk bilik terus baring.

Sambil baring dok tekan² la kat bahagian sakit tu.. Rasa kurang lah sikit. Tapi terperasan macam ada denyut pulak.  Ermm.. Pelik.. Denyut apa..  Masa tu fikiran dah merawang jauh fikir Last period bulan lepas. Tarikhnya dah lupa.. Nak buka handphone, malas.

Yang denyut tu rasa sebelah kiri.  Rasa pulak belah kanan.. Ada juga, tapi slow je banding dengan belah kiri.. Aduhai.. Terasa takut tiba².. Nak period ke?  Selalunya tak adalah macam ni.  Satu benda je yang dirisaukan, takut ada sakit apa²..

Faham² aje lah, rahim ni banyak bekerja. Manalah tahu kalau ada sakit pulak... Memang takut sangat.  Apa pun setakat hari ni, ada juga rasa sakit sikit² &  sesekali. Tapi tak berani lah nak picit² ke apa..

Saya ada try Google, tapi banyak yang kata tanda macam tu biasanya pregnant.. Kalau pregnant tak apalah. Risaukan banda lain je..  Kalau ikutkan abah Aniq ni, dia dah ready nak tambah anak. Saya pun ok je kalau ada pun. Cuma kalau ikut saya, boleh tunggu lah sikit lagi. Sekurang -  kurangnya Aniq dah 2 tahun lebih atau 3 tahun.. Saya pun memang dah rindu masa mengandung dulu. Cuma kalau boleh nak tunggu dah pindah rumah baru baru nak ada anak lagi. Sebab kang payah nak pindah bila dah start ramai ni..

Apa² pun harap tak ada apalah..  Bukan sakit.  Risau sangat saya ni. Hukhuk.. Nanti kalau ada lagi sakit tu datang &  dah lepas pada tarikh patut period, saya akan ke klinik.. Nak tengok dah kenapa sakit.. Tunggu lama² kang bahaya pulak..

P/s: saya teringin nak baby kembar.. Kembar sepasang macam adik tiri saya atau kembar dua perempuan.. Harap² makbul doa saya.. Amiinn... *berharap ni.. Hehe*