nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Alahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alahan. Papar semua catatan

Isnin, 9 November 2015

mengidam yang manis-manis. :)

Assalamualikum...

Tekak ibu mengandung ni memanglah macam macam. Kekadang tu suka minta benda yang diluar musim, yang payah nak jumpa and selalu juga yang suka makan benda yang tak pernah disukai sebelum mengandung. Betul tak wahai ibu-ibu sekalian?

Kalau cerita pasal tekak saya pulak,  dari bujang, sampai dah kawen sampai dah bersalin kan anak soleh Aniq ni, tak pernah berubah, Saya tak memilih makan, *err... sikit-sikit tu ada la kan* Saya suka makan makanan pedas, suka makan daging,ayam seafood. Senang cakap, banyak benda masuk aje dalam perut janji sedap. Tapi satu je, saya tak suka manis. 

tapi pregnant kali ni agak lain. Saya yang bukan peminat manis ni asyik nak makan benda manis aje. Bayangkan lah, tengah malam boleh terasa nak makan kitkat lah, nak tafu fah la, nak ice cream la, nak kek.. Tengoklah semua benda yang manis-manis ni. Punyalah dahsyat sampai terpaksa pesan selalu kat diri sendiri supaya kurangkan manis. Masalahnya saya cuma nak makan yang manis je. Yang pedas tak berapa nak masuk. Loya tekak. 

Sekarang saya siap buat stok makanan manis dalam bilik. Tapi simpan jugak stok air masak banyak dalam bilik. Kononnya lepas makan manis kita bilas pulak dengan air masak. Konon aje la..  hahaha..

Buat sementara ni stok dalam bilik dah kehabisan, so, tak dapatlah jamu mata korang dengan stok makanan saya. hehe .. Tak apalah ye, saya jamu korang dengan gambar pinjam dari pak cik Google aje la ye.. CREDIT PADA TUAN PUNYA GAMBAR..

Sumber Gambar

Sabtu, 31 Januari 2015

Alahan Sya Nadia..

                    

                           بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Salam semua.. lama saya menyepi kan? Apa pun terima kasih pada korang yang still singgah blog saya ni, drop komen semua.. Allah, happy sangat.. Thank you korang.. Love banyak, banyak,banyak banyak macam bintang Kat langit..hehehe

Actually, saya lama tak update  blog ni sebab saya Sakit.. eh? Ada yang nak tau ke? Haha.. tak apa lah,nak cerita jugak. Korang silalah Baca ye.. :) Saya sebenarnya terkena alahan. Alahan yang teruk. 1 St time dalam hidup saya kena alahan teruk macam ni. Ya Allah, memang teruk sampai terpaksa berulang ke klinik,hospital, klinik. Aniq pun terpaksa abah dia bawa masuk site sebab tak ada orang jaga. Mujur bos hubby faham keadaan kitorang.

Punca alahan saya ni,langsung saya tak tahu apa sebabnya. Tapi doktor agak, mungkin alahan makanan. Punyalah kan,selama ni boleh makan apa saje ,tetibe kena alahan? Saya pelik betul.. Tak boleh nak fikir saya alah pada apa. Teruk tau alahan saya tu. Bengkak habis satu badan. Dari kulit kepala sampai ke tapak kaki. Ambik tu,punyalah teruk. 1St dah kena tu, ingatkan gegata je. Menggaru tahap apa dah. Tak berhenti. Malam tu pergilah kecemasan. Dapatlah injection 1 dos. Tapi sebab dah bengkak sangat,nurse salah cucuk, kenalah 3 Kali cucuk. Menangis meraung dalam tu. Sakit sangat! 2 Kali cucuk dah salah saya minta nurse tu stop. Bagi saya rest dulu. Alhamdulillah nurse tu ok.

1st cucuk Kat yg kapas atas,2nd Kat kapas tepi belah sini. Yg ke3, jangan sebelah lagi

Masa Kat kecemasan doktor agak saya kena gegata. So, dapat cucuk untuk gegata lah. Esok tu yang macam gegata dah tak ada. Tapi saya demam. Bengkak teruk muka saya. Sampai mata pun bengkak. Tangan, kaki bengkak, panas. Masa ni saya masih boleh bangun, buat susu Aniq, mandikan Aniq. So, Aniq tinggal je Kat rumah.

Mata pun dah bengkak




Tapi esok nya tu, jangan kata bengkak, mulut pun dah jadi mulut itik. Gelabah la hubby. Tapi saya tengok muka sendiri Kat cermin,rasa nak gelak pun ada. Macam dah buat pembedahan bibir dah ni! Macam Angelina jolie pulak.. ahak!  So,masa p klinik tu, tak la rasa segan sangat..Haha.. (sempat lagi perasan)

Masa Kat klinik la doktor bagi tau kemungkinan saya ni alahan makanan. Disebabkan sepanjang sebelum saya sakit, saya cuma makan benda yang biasa saya makan selalu,doktor suspek saya alah pada perasa makanan,contoh nya kiub and perencah makanan. Buat sementara saya kena elak benda alah ni. Err.. sebenarnya saya memang perasan, kebelakangan ni banyak pulak benda² tu saya guna. Tidak lah maksud saya banyak sekali guna, tapi banyak kali. Hampir semua masakan saya letak cukup rasa. Dalam sup,letak kiub. Padahal sebelum ni ada juga,tapi jarang²lah. Tak kisah lah,sebab apa pun. Yang saya tau,saya kena alahan yang paling teruk dalam life saya. Sampai lah ke hari ni, saya masih belum betul² ok. Dah berulang klinik pun. Pagi ni,waktu saya menaip ni,saya perasan muka bengkak sebelah  kiri. Hidung pun tersumbat sebelah kiri. Tapi tak adalah teruk sangat bengkak. Kalau nampak teruk sikit kang, saya pergi lah lagi hospital. Buat cek darah terus. Nak tau jugakan, apa masalah saya ni.

Ok lah.. dah panjang lebar bercerita. Apa pun, moral of the story, walaupun kita ni nampak sihat, tak bermakna kita boleh makan ikut suka hati. Karang dah Sakit,barulah sibuk nak cari sebab apa sakit. Kan dah susah! Waktu Allah bagi kesihatan,tak nak jaga. Tu tak bersyukur bersyukurlah tu! Padan muka saya. Korang janganlah ikut ye. Jaga kesihatan baik².. bye korang.. doakan kesihatan saya ye. Nanti saya balas jejak satu² tau.