nuffnang

Jumaat, 6 November 2015

Cendawan kukur dimusim hujan..

Assalamualaikum...

sekarang dah nak masuk musim tengkujuh kat kawasan pantai timur ni. setakat sekarang hujan tak selalu sangat. Petang-petang je hujan sampai ke pukul 8-9 malam macam tu. lepas tu sambung lagi esok. sama je setiap hari.

so, bila hujan ni biasalah kan, banyak juga benda yang jarang dapat di musim biasa ni ada. contohnya cendawan tahun  & cendawan kukur. cumanya cendawan tahun sekrang ni dah tak tentu musim. kalau dulu biasanya banyak time hujung tahun, sekarang musim panas tengah tahun pun boleh muncul. banyak pulak tu.. cendawan kukur biasalah, sepanjang tahun ada, cuma time tengkujuh tu la yang paling meriah nya. 

baru-baru ni saya balik ke kampung hubby kat temerloh sebab mak cik dia kawen. tapi kitorang tak sempat datang pun majlis nya. sebab hubby kerja. datang dah habis majlis. Pengantin pun kita tak sempat jumpa. Tapi yang saya nampak, cendawan kulat a.k.a cendawan kukur ni kat dalam kebun nenek hubby. banyak giler lah. Pagi-pagi ahad tu, lepas sarapan terus ajak hubby kutip. bawak plastik sorang satu. Dalam 1 jam dapatlah 2 plastik besar. saya tak tahulah berapa berat semua tu. rasanya lebih sekilo. kalau jual tu rasanya dekat rm100 tu. iyela, cendawan ni mahal sekarang, 1 kg harganya rm60 tau! Dahsyat kan! Mahal..

Dah dapat kumpul tu,time masak la pulak. saya ikut resepi mak mertua. saya lupa nama masakan tu, dia macam masak lemak cili api la sikit-sikit. tapi tak letak la serai, daun kunyit. meh nak share resepi.. resepi campak-campak aje ye.. 

10 biji cili padi * tak suka pedas boleh kurangkan*
1 biji  bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 kotak santan *nak pakai santan fresh pun boleh dalam 1/2 biji juga* 
cendawan kukur/ cendawan kulat 

caranya: blender cili padi, bawang besar, bawang  putih, halia,kunyit. Dalam periuk, masukkan cendawan kita yang dah di cuci tadi.  masukkan sekali bahan yang dah di blend tadi. cairkan santan dengan setengah cawan air, masukkan sekali dalam periuk cenawan tadi. masak sampai cendawan lembut ye. lepas tu bagi keringkan sikit air dia.  Dah siap.. :)

Sedapnya lahai. makan punyalah banyak. Dah lupa dah kena kurangkan makan benda yang boleh sebabkan angin ni semua. Alhamdulillah tak ada sakit apa-apa. Ada setengah orang sensitif. makan sikit pun dah sakit.Tapi sedap punya pasal, bantai aje la..

now, masa nak tayang cendawan saya. ni tak masak lagi. baru rendam dengan air panas. 


6 ulasan :

Abak Lorong Cinta berkata...

Ya Allah.. sedapnya.. kalau blik kg kena musimnya mmg meratah je.. greng dngan tlur dadar sdap giler.. tliurnya

ros_reeza berkata...

Tak pernah rasa lagi.. nampak sedap... macam susah nak dapat cendawan ni...

QasehnyaRania berkata...

lama dh tak makan ni
saya panggil kulat sisir

iryanty ahamad berkata...

payah nak cari cendawan ni zaman sekarang

azizah green line berkata...

xpernah makan lagi..

Murni Alysa berkata...

Alahai dah lama tak makan..masa kat kg dlu selalu laa juga dpt makan..mmm sedapnya