nuffnang

Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 6 November 2015

Cendawan kukur dimusim hujan..

Assalamualaikum...

sekarang dah nak masuk musim tengkujuh kat kawasan pantai timur ni. setakat sekarang hujan tak selalu sangat. Petang-petang je hujan sampai ke pukul 8-9 malam macam tu. lepas tu sambung lagi esok. sama je setiap hari.

so, bila hujan ni biasalah kan, banyak juga benda yang jarang dapat di musim biasa ni ada. contohnya cendawan tahun  & cendawan kukur. cumanya cendawan tahun sekrang ni dah tak tentu musim. kalau dulu biasanya banyak time hujung tahun, sekarang musim panas tengah tahun pun boleh muncul. banyak pulak tu.. cendawan kukur biasalah, sepanjang tahun ada, cuma time tengkujuh tu la yang paling meriah nya. 

baru-baru ni saya balik ke kampung hubby kat temerloh sebab mak cik dia kawen. tapi kitorang tak sempat datang pun majlis nya. sebab hubby kerja. datang dah habis majlis. Pengantin pun kita tak sempat jumpa. Tapi yang saya nampak, cendawan kulat a.k.a cendawan kukur ni kat dalam kebun nenek hubby. banyak giler lah. Pagi-pagi ahad tu, lepas sarapan terus ajak hubby kutip. bawak plastik sorang satu. Dalam 1 jam dapatlah 2 plastik besar. saya tak tahulah berapa berat semua tu. rasanya lebih sekilo. kalau jual tu rasanya dekat rm100 tu. iyela, cendawan ni mahal sekarang, 1 kg harganya rm60 tau! Dahsyat kan! Mahal..

Dah dapat kumpul tu,time masak la pulak. saya ikut resepi mak mertua. saya lupa nama masakan tu, dia macam masak lemak cili api la sikit-sikit. tapi tak letak la serai, daun kunyit. meh nak share resepi.. resepi campak-campak aje ye.. 

10 biji cili padi * tak suka pedas boleh kurangkan*
1 biji  bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2 kotak santan *nak pakai santan fresh pun boleh dalam 1/2 biji juga* 
cendawan kukur/ cendawan kulat 

caranya: blender cili padi, bawang besar, bawang  putih, halia,kunyit. Dalam periuk, masukkan cendawan kita yang dah di cuci tadi.  masukkan sekali bahan yang dah di blend tadi. cairkan santan dengan setengah cawan air, masukkan sekali dalam periuk cenawan tadi. masak sampai cendawan lembut ye. lepas tu bagi keringkan sikit air dia.  Dah siap.. :)

Sedapnya lahai. makan punyalah banyak. Dah lupa dah kena kurangkan makan benda yang boleh sebabkan angin ni semua. Alhamdulillah tak ada sakit apa-apa. Ada setengah orang sensitif. makan sikit pun dah sakit.Tapi sedap punya pasal, bantai aje la..

now, masa nak tayang cendawan saya. ni tak masak lagi. baru rendam dengan air panas. 


Khamis, 9 April 2015

lempeng berinti daging dengan sos & keju mudah & sedap

tajuk macam hape-hape tah yek..haha.. korang.. jangan main-main tau..sedap nih.. serius! sekali makan, konfirm buat lagi.. anak-anak pun suka.. sebab apa? sebab sedap lah..haha.. tak habis lagi puji diri sendiri nih..

X cun pun x pe..yg penting rasa..

Kalau ikutkan resepi asal, saya buat adunan adunan untuk lempeng tu warna hijau. Sebab blend dengan sayur. Tapi puas saya fikir sayur apa saya guna,tapi dah lupalah..hehe. masa tu buat ikut apa yang ada je. Lepas tu dah lupa. Jadi, buat yang biasa sudah la ye..yang macam ni pun dah sedap.

Bahan nak buat mudah sangat. Mula² korang kena sediakan inti dia dulu. Korang boleh guna apa² je, ayam ke daging ke. Tak kisah ok..

Bahan nak buat inti tu ialah, bawang ,ayam @ daging, sos tiram atau apa saje perasa yang korang nak guna,lepas tu sedikit cili padi (kalau nak
pedas.. tak nak tak payah letak..1 lg,garam..

Cara buat inti, saute kan atau tumiskan bawang. Dah layu layu bawang, masukkan daging @ ayam. Masukkan sos tiram sekali. Masuk cili. Masuk kan garam Masak sampai ayam @ daging tu masak k..

Ok.. sementara tunggu ayam masak, boleh dah buat batter untuk lempeng. Cara sama je macam buat lempeng biasa. Cair macam mana tu, terpulang pada korang. Kalau saya,suka betul² cair.

Cara buat dia senang je. Masukkan adunan lempeng tu tadi dalam kuali, lepas tu cepat² ambil inti tadi, letak atas lempeng tu.. biar inti melekat pada lempeng. Dah masak lempeng tu, balikkan dia .ikutlah nak garing macam mana yang korang nak. Dah siap tu, jangan angkat lagi, letak terus cheese, sekali dengan sos &mayonis. Lipatkan lempeng tu kepada 2 bahagian . Dah boleh hidang.  Senang aje kan?

Petang ni balik kerja korang dah boleh buat kan... Saya tak ambil gambar langkah ke langkah sebab agak payah dengan anak kecil ni..harap mudahlah ye korang nak faham penerangan saya tu.. tak faham Tanya tau...

Selamat mencuba!

Jumaat, 3 April 2015

ais krim goreng.. best..!!

Semalam sibuk nak cari barang nak masak. Dah alang-alang sampai pasaraya , adik nak cari ais krim lama tak makan katanya. Saya pun ok je.boleh lah saya  buat ais krim goreng. Lama dah tak makan . rindu pulak. Nak beli yang dah siap tu, rasa macam mahal pulak. Sekotak ada 6 biji je. Kalau buat sendiri, dapat lah dalam 8 or 9 biji. Walaupun kos buat dengan beli tak jauh beza, tetap juga nak buat. Baki roti boleh buat bread crumb ke bingka ke.. (walau daku tak pandai buat bingka, nak cerita jugak..haha)

Lepas dah pusing-pusing cari barang, cepat-cepat ambil roti, ambi ais krim, p bayar. Lambat nanti ais krim cair. Fuhh..dah tak sabar nk makan ni.. dalam otw balik, Nampak banyak kereta pilos, kereta AADK, ada truk polis, JPJ. Senang cakap semua ada lah. Rupanya ada road block. Nak tahan penagih dadah. Faham-faham ajelah, sini dekat dengan felda kan.. banyak penagih..hurm.. kawan adik, dia nak balik keratong, kena tahan buat urine test. Alhamdulillah lepas. Tapi bebudak ni memang tak de ambil benda haram tu pun..

Ok, balik semula pasal ais krim goring.. eh.. korang.. nak buat sendiri punyalah senang.. boleh buat. Simple sangat. Nanti saya bagi tau k.. ni untuk yang tak tau. Yang dah tau, sila diam..hahaha


Sampai rumah, ambil pinggan 2. Ambil sudu, cawan. Tu je barang nak guna. Cara nak buat, ambil je sekeping roti, letak ais krim atas roti tu. Pastikan ais krim tak banyak sangat eh. Nanti kita tekap dengan cawan, jadi pecah roti.. dah tak boleh nak goring.  Next step, dah letak ais krim, letak 1 lagi lapisan roti atas ais krim tu. Dah letak, ambil cawan, tekapkan mulut cawan atas roti tadi. Pastikan ais krim betul-betul muat dalam cawan eh.. lepas tu, tekan cawan sampai putus roti tu. Kemudian, ambil roti tadi, perhatikan kelim yang kita buat guna cawan tadi. Kalau tak kemas, ada yang terbuka, kelipkan balik guna tangan je.  Dah siap semua, panaskan minyak ye. Dah betul-betul panas, celupak dalam minyak. Bila dah Nampak warna gold tu, silalah angkat. Dah boleh makan.. jangan biar lama-lama eh.. nanti cair ais krim korang tu..terus makan je..best.


Serius sedap tau makan petang-petang. Lepas husband sampai rumah,  terus goreng..makan sama-sama..syok oo..

Rabu, 25 Mac 2015

cendawan organic masak air

Hari tu saya pergi kuantan. Lupa dah buat apa Kat sana. Tapi masa on th6e way balik tu ternampak pasar malam. Apa lagi,singgah lah. Saje nak jalan². Nak tengok ada jual apa, sebab nampak besar pasar malam ni. Tiba² ternampak cendawan tiram longgok. Banyak oo.. saya ni memang penggemar cendawan, mana boleh tengok je. Cepat² beli. Sebab orang dah nak balik, beli rm5 dapat berbakul- bakul cendawan. Syok la saya..hehe.

Balik rumah tu, esoknya cepat² saya masak. iye lah, cendawan ni kan mudah rosak. Jadi tak boleh simpan lama. Saya suka masak air je lepas to ratah..memang menghadap itu je bermangkuk mangkuk tau. Sedapnya lahai.. teringat dah pulak.. nah, belanja 1 gambar.. bio korang pun terliur sama..haha


Masakan  ni boleh je makan dengan nasi, tapi saya leBih suka ratah je. Aniq pun suka. Dia makan juga, tapi dah lama² kunyah, dia rasa tak lumat pun. Dia luah baliklah. Last nya, tak makanan dah..haha..

Selalu korang letak apa eh buat masakan ni? Kalau saya punya resepi, letak bawang merah + bawang putih + serai+ daun kunyit. Perghh.. memang marvelous la..  Rasa dari serai dengan daun kunyit tu yang buatkan masakan yang super simple ni sedap tak ingat..korang kena try (kalau korang peminat cendawan lah)hehe..

Sabtu, 11 Oktober 2014

Cendawan kulat goreng dengan telur



Kat kampung, sebelah rumah MIL, ada kebun getah. Pernah sekali saya dengan hubby masuk situ cari Cendawan kulat. Itulah 1 st time saya masuk kebun getah. Seronok juga tapi banyak nyamuk.

Masa tu baru lepas hujan, agar pulak pokok getah yang tumbang. Dari pangkal sampai ke hujung penuh dengan kulat. Balik rumah, biras saya rendam sekejap dengan air panas sebelum masak. Tujuannya, nak buang pasir2 ke apa2 yang melekat pada kulat. Lepas tu cuci bersih. So, kali ni saya nak share resepi cendawan kulat ni.. Sedap sangat..

Sebelum masak sediakan bahan2 dulu.

Bahan yang kita perlu :

1 biji barang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
2,3 biji cili padi
1biji telur
Garam

*semua bahan ni, di tumbuk. Tak lumat pun tak apa. Kecuali telur.

Cara nak masak,:

1. Panaskan minyak.  Masukkan bahan tumbuk tadi.

2.masukkan Cendawan kulat tadi. Masak sehingga kulat lembut.

3. Buat lubang kat tengah, pecahkan telur kat tengah tu.  Biar masak sikit baru kacau sebatikan dengan kulat. Masuk garam &  rasa.  Kalau dah ok.  Dah boleh angkat.

Kulat ni sedap sangat. Makan dengan nasi,  fuh.. Terangkat.. Hehe.

Korang cuba tau resepi ni.  Simple sangat, tapi sangat3 sedap!!

P/s: kalau hari tu, kulat ni sebekas kecik harganya rm5.biasanya kalau beli 3 bekas yg bersamaan rm15 tu pun tak cukup utk satu family. lepas ni berapa pulak harganya ye. Harga barang dah naik kan? 

Isnin, 15 September 2014

Resepi Salad Mudah,Jimat & Sedap

Hai. Korang makan apa hari ni? Saya makan simple je. Ada pedal & hati goreng kari, sayur campur & salad. Nampak simple, tapi makan dengan nasi panas yang lembik sikit, fuhh~ memang sedap lah. Hubby pun tambah banyak.





Saya nak share resepi salad yang saya buat tadi. Simple sangat tapi sedap. Untuk orang yang kekadang malas nak masak2 sangat, salad ni boleh ratah2 je. Sebenarnya saya simpan resepi ni dah lama. Resepi dari mak mertua tersayang. Tapi selalu tak ada masa nak taip.  So, hari ni ada masa, meh saya share ye. Nanti dah cuba boleh bagi tau saya, sedap tak..



Bahan-bahannya
 2 pokok daun salad ( saya guna kobis yang dicelur sekejap)
1mangkuk kecil  daging yang dah rebus ( ganti dengan udang / sotong pun boleh)
3 biji cili padi
1 ulas bawang merah/bawang besar (terpulang)
1 biji limau nipis
Secubit garam
Gula

Cara membuatnya:
1.    Potong kecil2 daun salad. Kalau guna kobis, celurkan dalam satu minit.
2.    Potong daging, bawang, cili. Campurkan semua dalam kobis /salad tadi.
3.    Perahkan limau dalam salad, masukkan garam & gula.
4.    Gaulkan & rasa. Biar seimbang semua rasa.



Sangat senang kan?? Saya  selalu buat ni kat rumah. Memang kegemaran semua. Sama kalau kat rumah MIL. Salad ni mesti ada atas meja. Setakat ni tak pernah jemu. Korang pun cubalah ye.. J

Rabu, 29 Januari 2014

Resepi Bebola Ayam Mudah & Sedap

Hamboii ang... Tajuk bukan main.. hehe.. Sedap sangat ke? Ehh..mestilah sedap tau. Saya ni seronok tak terkata, sebab 1st time share resepi kat sini. Tapi rasa risau juga. takut orang tak faham pulak nanti. Kalau tak berapa faham boleh komen kat bawah ye. Sebelum tu meh layan dulu gambo yang saya buat..hehe..

Sorry, tak berapa cun..



Bebola ayam ni dah macam jemput pisang pulak..hehe

Saje je saya buat bentuknya tak bulat sangat. Nak makan sendiri aje, lagipun berkejar dengan Aniq yang soleh sangat tu. Asyik nak datang dapur je. Kita dok sibuk menggoreng, dia berdiri kat kaki kita. Bahaya sungguh!

Kat bawah ni bahan-bahan yang nak digunakan ye..

Bahan-bahannya

- isi ayam

- lada sulah / lada hitam

- garam

- serbuk roti

- telur

Cara-caranya


  • Kisar isi ayam dalam blender kering sampai hancur.



  • kemudian, masukkan garam, lada sulah & serbuk roti. Gaulkan sebati.



  • Bila dah sebati, masukkan pula telur. Masuk sikit demi sikit, sekadar untuk jadikan bentuk bulat. 



  • Panaskan minyak, lepas tu goreng..



Mudah kan??  Rasanya pun sedap tau..  Lepas ni kalau anak-anak nak makan, tak payah beli dah. Boleh buat sendiri je. Saya bukan setakat goreng, nak masak sup sayur pun saya letak bebola ni juga. Dah tak payah nak letak isi ayam. Dalam tu semua dah ada.


Semua yang kat atas ni tak ada sukatan. Korang boleh isi seberapa banyak pun yang korang suka. nak masin macam mana, nak pedas macam mana. Itu terpulang.
Lagi satu, kalau korang tak ada serbuk roti tu, korang kisar aje roti yang beli kat kedai tu. Biarkan roti tu kering sikit, kisar je dalam blender kering tu. Buat banyak-banyak boleh simpan.