nuffnang

Rabu, 25 Mac 2015

cendawan organic masak air

Hari tu saya pergi kuantan. Lupa dah buat apa Kat sana. Tapi masa on th6e way balik tu ternampak pasar malam. Apa lagi,singgah lah. Saje nak jalan². Nak tengok ada jual apa, sebab nampak besar pasar malam ni. Tiba² ternampak cendawan tiram longgok. Banyak oo.. saya ni memang penggemar cendawan, mana boleh tengok je. Cepat² beli. Sebab orang dah nak balik, beli rm5 dapat berbakul- bakul cendawan. Syok la saya..hehe.

Balik rumah tu, esoknya cepat² saya masak. iye lah, cendawan ni kan mudah rosak. Jadi tak boleh simpan lama. Saya suka masak air je lepas to ratah..memang menghadap itu je bermangkuk mangkuk tau. Sedapnya lahai.. teringat dah pulak.. nah, belanja 1 gambar.. bio korang pun terliur sama..haha


Masakan  ni boleh je makan dengan nasi, tapi saya leBih suka ratah je. Aniq pun suka. Dia makan juga, tapi dah lama² kunyah, dia rasa tak lumat pun. Dia luah baliklah. Last nya, tak makanan dah..haha..

Selalu korang letak apa eh buat masakan ni? Kalau saya punya resepi, letak bawang merah + bawang putih + serai+ daun kunyit. Perghh.. memang marvelous la..  Rasa dari serai dengan daun kunyit tu yang buatkan masakan yang super simple ni sedap tak ingat..korang kena try (kalau korang peminat cendawan lah)hehe..

6 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

akak selalu goreng je cndawan nie tak pun masak air macam sya..tapi akak letak karot..

azizah green line berkata...

haah selalu masak sup cendawan gini..tak pun udang masak lemak cilipadi campor cendawan..pehh marveless!!

sal ya berkata...

Kalau cendawan akak msk ikt suka je. Ikt sayur apa yg ada, cmpr trs.

Puan Kutu berkata...

akk pun peminat cendawan..tp masak air tak berapa masuk tekak
sangat.buat kuah serupa carbonara Sedap ni.hehe..

QasehnyaRania berkata...

suka suka..
buat cndawan gorng tepung..

Sya Nadia berkata...

Sedap juga tu cik sue.. ya Allah, makan panas² mmg best kan..