nuffnang

Jumaat, 27 Mac 2015

si kecil yang bergaya

Salam.. hi..

Aniq ni pandai sangat bergaya. Dalam umur dia dah nak 2 tahun ni, dah macam² yang di cubanya. Termasuklah lipstick saya. Wahahaha.. eee.. tak beragak betul sampai lipstick pun nak. Awak tu dah la boy! Hubby punyalah marah. Haha..

Muka penuh sambal, ada hati nak pakai cermin mata abah dia..haha..
Pada apa yang saya perasan,dia bukanlah nak jadi girl ke apa. Tapi dia suka try apa yang mummy & abah dia pakai. Salah satu contoh yang abah dia pakai tu, cermin mata. Aduhai, kalau jumpa cermin mata, bergaya sakanlah dia. Sama juga dengan topi. Suka dia ambil pakai.
Bergaya sakan dia eh?

Kalau barang saya, selain dari lipstick, dia suka sangat pakai tudung. Aduhai.. kadang² ambil tudung saya, suruh pakaikan Kat dia. Yang baru² ni, kasut saya pun dia nak try.. hihihi.. kasut dia tak nak pakai, kasut tinggi saya tu juga yang dia nak. Aih, anak².. pelik pun ada saya tengok...
High heels saya pun dia try..
Lipstick saya, ada 1 yang hilang. Saya ada 3 lipstick. Jarang pakai pulak tu, masa memula hilang, tak perasan pun. Dah terjumpa baru perasan Benda tu selama ni x de dalam almari. Yang lagi best, dah berlubang kena korek dek anak soleh ni. Hurm.. sabor²..

Dah makin besor,makin macam², makin mencabar nak jaga si aktif anak soleh kesayangan saya n hubby ni. Mujur aje, dia ni bukan jenis sepanjang masa buat perangai pelik². Kalau tak, pening lah saya nak kena follow je apa dia buat. Biasalah kan,lagi senyap lagi pelik bila dah ada anak. Melainkan bila diorang tidur. 

Betul tak bonda² sekalian? Hehehe

19 ulasan :

Ainim Suju berkata...

wah..dah besar nanti pandai dia bergaya ni

Sya Nadia berkata...

@Ainim Suju haha.. iye la tu kot..

Puan Kutu berkata...

budak besar aniq ni mmg suka meniru..apa yg kita pakai dia pun nak pakai jugak.gambar dalam car tu hensem betul aniq

Sya Nadia berkata...

@Puan Kutu aah la kak.. jgn kata benda yg kita pakai, yg kita ckp pun dia nak tiru..

iryanty ahamad berkata...

aniq awatlah pi main gincu....huhuhu....jarang ada kanak2 sekecil aniq tahan pedas...

Sya Nadia berkata...

@iryanty ahamad aniq mmg tahan pedas. Yg pedas tu lah yg dia suka..

azizah green line berkata...

hakimi pun suka meniru apa kita buat..otak tengah bergeliga sekarang

ros_reeza berkata...

Suka mencuba yer ;) segak aih Aniq pakai cermin mata ;(

nurfadilah suardi berkata...

Biasa tu. Tgk nak explore dan ikut apa yg dilihat

Sya Nadia berkata...

@azizah green line Haa.. itulah pasal.. semua dia nak tiru.

Sya Nadia berkata...

@ros_reeza kuat berangan agaknya dia ni.hehe

Pha Is berkata...

teddia.. kejap spek hipster, kejap spek aviator.. bergaya sungguh..

QasehnyaRania berkata...

hihi.dah pandai meniru ye..
yg penting gaya mesti ada kan. hihi

Aisya A. berkata...

gaya sambal pun dia balun. ini mmg betul2 bergaya. hikhik

Sya Nadia berkata...

@Pha Is kehkehkeh.. semua dia nak try..

Sya Nadia berkata...

@Aisya A. Aniq peminat sambal tau..pedas² tu dia suka..

Maria Firdz berkata...

mengikut ibu dia kot ni.. hihi

Sya Nadia berkata...

@Maria Firdz hahaha.. agaknyalah tu kak Maria..

Sya Nadia berkata...

Haha.. betul tu cik sue..