nuffnang

Khamis, 26 Mac 2015

Akaun Simpanan Aniq

Salam.. hi..


Saya dan hubby dah lama bincang pasal nak buat tabung simpanan untuk aniq. Yela, selain dari saving family yang memang kena buat tu, kena juga buat saving khusus untuk tabungan anak kan.. lagi pulak sekarang macam SSPN tu dah memang kena buat. Lagi lah dah macam wajib je simpanan ni. Dari awal Aniq belum lahir, nak buat akaun untuk dia, tapi baru-baru ni je yang saya dapat buat..hoho.. konon super busy la tu..ekceli, tak busy sangat pun. Tapi sokmolah lupanya..huahahaha


So, masa hari tu, saya dah buat reminder nak keluar buat akaun aniq. Sekali jalan, terus buat 3 akaun sekali. Siapkan awal-awal semua dokumen yang perlu, contohnya sijil kelahiran yang asal. Ala.. tak ada apa pun sangat sebenarnya. Itu aje.. tapi surat beranak ni ada dalam file pada hubby. Tu yang sokmo je lupa nak ambil. Bila dah settle, ajak adik merempit pi Bandar. 1st  saya pergi tabung haji dulu. Sekali rupanya nak buka tabungan untuk anak, pendeposit tu, iaitu saya kena ada akaun tabung haji jugak.. yerr.. memang ada dah dulu, tapi dah lupus sebab lama sangat tak aktif. Jadi, kena buat yang baru. Dapatlah kitorang berdua akaun. Tapi tak dapat lagi nak daftar haji, sebab duit baru sikit. hee


Lepas selesai tabung haji, buat ASB pulak. Ha, pasal ASB ni, saya dah Tanya pada pusat zakat tau. Kalau dividen tu diorang kira tak masa nak bayar zakat. Diorang cakap, kira. So, dengan yakinnya, saya yakin ASB ni boleh buat. So, saya pergi CIMB, buat akaun ASB untuk aniq.saya tak ada ASB, tapi hubby ada. Ok la tu kan.. ingat, saya pun kena ada jugalah. Semua orang kena buat simpanan kan.. manalah tau apa-apa hal nanti..


Lepas siap ASB, pergi pejabat PTPTN pulak, buat akaun SSPN. Kat sini dapatlah, beg, pen dengan tabung. Kat tabung haji pun ada dapat. Tapi tabung ajelah. Masa dah settle, pegawai tu bagi tahu, kad akan dihantar kat rumah.. Alhamdulillah, kad dah sampai pun melalui surat. Dia ada bagi tahu jugak, nanti akan dapat geran sepadan sehinggan rm10000 tau. Geran sepadan ni kira macam tambahan duit la untuk akaun tu. Contohnya dalam akaun ada rm5000, diorang bagi lagi kita rm5000 juga. Itulah yang saya faham dari apa orang tu bagi tau. Kalau salah, maafkan saya ye..hehe.. owh, lagi satu, SSPN ni sama je macam akaun biasa. Boleh je buat keluar masuk duit yang kita dah depositkan tu. Mula-mula saya ingat macam ASB. Payah dah nak keluar.. ala, tapi bukan nak bawak keluar pun. Aniq nak buat apa duit sekarang? Simpan ajelah. Lagi pun payah nak keluar sebenarnya, kena keluarkan Kat office dia je. Kalau macam Kat muadzam ni , kita isi borang nak keluar duit, dia hantar ke kuantan  dulu borang. Leceh, kan.. so, tak payah keluarkan...

Tabung dari tabung haji haji, tabung dari PTPTN, buku akaun ASB


 Yeay! Settle dah akaun-akaun ni. Tercapai sudah hasrat saya. Cuma hasrat arwah abah mertua saya je yang  tak sempat buat. Dulu dia pesan suruh buka akaun BSN untuk Aniq, supaya dia senang masuk duit tiap bulan. Tapi, saya tak buat. Akhirnya abah pergi dalam tahun lepas beberapa hari je sebelum birthday aniq. Sedih saya. Sekarang tak kanlah saya baru nak buat, dah tu siapa nak masukkan duit? Tak kan pulak saya nak minta kat mak tiri hubby saya tu? Haha.. tak mungkin.. so, anggap ajelah tak ada rezeki aniq..sorry ye aniq..  

12 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

alhamdulilah..mudahan bertambah murah rezeki anak soleh ni yer sya....amin

azizah green line berkata...

alhamdulillah..rajin2 simpan duit tau aniq.. nnt mama upkan..hee

nak buatkan akaun sspn la utk hakimi

Puan Kutu berkata...

sekali buat tiga akaun terus.senang!semoga makin bertambah rezeki aniq n makin bertambah la tabungan dia nanti.

sal ya berkata...

Mmg kena menyimpan drpd skg. Kenapa x menyimpan guna emas? Emas x susut nilai tau.

Sya Nadia berkata...

Aminn... ty kak yan, doakan Aniq..

Sya Nadia berkata...

Insya Allah , akan sentiasa tambah duit dalam tu..

Sya Nadia berkata...

Aah kak muni.. senang buat terus semua. Tabung haji dgn SSPN tu mmg kena buat la.. yg ASB tu sj buat..

Sya Nadia berkata...

Tak pernah terfikir pulak nak simpan emas..

ros_reeza berkata...

Bagus dari kecil ada akaun simpanan ni ;)

QasehnyaRania berkata...

setakat ni rania batu ada tabung haji je. tp tu la masa buka akaun hujung tahun lps saya ada juga minta tabung haji tu tapi staff dia kata dah hbs.huhu..

myb sbb dh hjng tahun kan

Sya Nadia berkata...

@ros_reeza aah, rose. Zaman sekarang mmg kecil² kena menyimpan. Kalau x simpan,x tau lah nanti..

Sya Nadia berkata...

Iye la kot cik sue.. ramai org bukak akaun utk anak, habis dah tabung..hehe