nuffnang

Isnin, 30 Mac 2015

Udang Galah Rompin

Salam.. hi.

Minggu lepas, mak mertua acu saya meninggal.  Acu ni adik bongsu umy saya.  Arwah ni orang perlis, tapi balik rompin, ikut anak dia. Iaitu husband acu saya . Masa sampai sana, jenazah dah dikebumikan pun. Kat sana acu saya pengsan. Yela, dia yang banyak menguruskan arwah. Dari sakit sampailah dah meninggal ni.

Selesai semua, kitorang ni ingat nak balik. Tapi tak jadi, dah alang-alang sampai rompin, nak bawa hubby makan udang galah rompin. Tak pernah makan katanya.  Apa lagi, bolehlah kita tumpang sekaki kan..heh.. (itu tujuan sebenar) hewhewhew.

Tapi niat saya bukan nak makan, saje nak bawa balik kampung, bagi MIL saya.
Sebelum dapat udang galah, haruslah mandi pantai dulu. Saje bawa Aniq main pantai, tak pernah lagi anak soleh saya ni ke pantai. Ni 1st time dalam hidup. Tapi story pasal pantai ni, len kalilah ceita. Nak cerita pasal udang galah dulu..ngehhehe

Plan asalnya kitorang nak cari udang galah hidup sebenarnya, tapi dok jalan tu tak jumpa pulak orang yang biasa abah saya beli tu. Last dah sampai kat leban condong, hubby ajak makan dulu. Dah sampai sana, mestilah makan udang galah jugak kan.. ok lah, bagi huby rasa dulu. Dia nak yang gred A punya. Harga dah siap masak, rm80 sekilo. Hubby kata ok. Kita ambik 2kg. 1 kg buat masak lemak cili api. 1kg lagi buat sambal petai. Saya pernah makan yang lebih sedap lagi pada tu, so pada saya, ok ajer masakan dia. Tapi pada hubby, kata dia sedap. Saya makan 1 ekor je. Tu pun dah tak larat nak makan. Sebelum tu dah makan sikit ikan tenggiri masak kari.. yang ni serius sedap.  Punyalah sedap, sampai lupa nak ambik gambor.. wahahaha

Dah siap makan baru nak.snap gambar..hehe

Balik dari makan, kita cari lagi udang galah hidup. Alhamdulillah, ada jumpa. Orang tu jual, rm78 sekilo. Mahal sebenarnya.  Tapi dah tak ada pilihan. Kitorang dah nak balik dah. Malam tu nak buka kedai burger lagi. Manalah sempat nak merayap. So, beli juga. Hubby nak 3kg. pak cik tu garu kepala. Katanya tak boleh, dah ada orang tempah untuk makan pengantin. Kita ok je. Sekalinya, pak cik tu bagi jugalah 3kg. tak tahulah kenapa. So, 1 kg untuk umy &abah saya. 2 kg lagi nak bawa blik kampong. Kebetulan family abang ipar ada kat sana. Rezeki diorang.

Kalau ikutkan, udang gred A ni kurang sedap. Gred B dah cukup dah sebenarnya. Tapi hari tu hubby nak sangat rasa. Saya ok je. Saya ni dah tak heran makan udang. Tak dapat pun tak kisah. Lain kalau udang hidup. Tu excited sikitlah. Tapi yang kiorang bawa balik tu dah mati.


Next time kalau nak cari udang, beli je yang gred B atau C je. Itu dah memadai.  Teringat kawan hubby dari US tanya saya , pandai tak masak udang galah lemak cili api..wahaha.. tokojot saya memula. Mana orang putih ni tau udang galah lemak cili api nih? Rupanya pernah datang KL, orang suruh try, dah balik US teringat-ingat dia. Bila tengok udang ni, teringat pulak saya kat dia.. haha.. KRILIAN… 

16 ulasan :

Maria Firdz berkata...

teruja tgk udang galah tu..

Siti Rohaida Yusof berkata...

besar udang...

Sya Nadia berkata...

@Maria Firdz tp gred A ni kak.. kurang best nak mkn byk²..

Sya Nadia berkata...

@Siti Rohaida Yusof aah.. mmg besar..

siti natrah berkata...

rm78 sekilo wowwww??memng fikir 3-4-10 kalilah nak beli berkilo2...sekor pun jadilah boleh rasa..huhu..bestnyerr..mujur xmengidam..

Sya Nadia berkata...

@siti natrah sesekali je nak rasa.. hehe

iryanty ahamad berkata...

udang galah memang sedap kan...walaupun harga mahal tapi berbaloi....akak suka udang galah goreng kunyit.

Cik Rina berkata...

Sedapnya udang!!

Sya Nadia berkata...

@iryanty ahamad kalau Sya, suka bakar mcm tu je.. sedap juga..

Sya Nadia berkata...

@Cik Rina mmg sedap, meh jemput datang Rompin ...kita makan udang galah..

azizah green line berkata...

wahh udang tu..besarnya! puas makan..

Sya Nadia berkata...

@azizah green line kenyang makan ni jijah.. jom la Jijah,datang rompin,makan udang galah...

Puan Kutu berkata...

ehh syaz akak penah mkn udang galah kt leban condong ni..dulu masa dok johor mmg lalu sini klu Ke rumah adik ipar yg dok kat pekan.so2 ja udangnya tak fresh mana.lg pulak udang klu besar sgt mmg tak berasa sedap pun kan.yg kt situ udang Bela kot ekk..klu udang laut lg Sedap..n lagi mahal

Sya Nadia berkata...

@Puan Kutu yg sya beli ni bela agaknya. Tp ntah la.. mcm acu sya, mmg dia dari sungai. X bela pun..

QasehnyaRania berkata...

peberet ciksu udang galah.ciksu suka buat tempoyak udang galah
manis udng gabung dgn durian cili alahai.dapnya

Sya Nadia berkata...

@QasehnyaRania Sedapkan... mujur bukan mengidam kalau x kena cari segera..haha