nuffnang

Selasa, 31 Mac 2015

L... Lulus!

Salam..Hi..

Penatnya,penat sangat.. 2 jam merempit ke segamat dari muadzam.. Sakit badan ni. Turun motor tadi pun rasa tak jejak kaki sebab kebas  ok..

Hehe.. tu dia mukaddimah hari ni.. biasalah, orang tak biasa naik motor. Bila naik sekali,habislah nak canang 1 Malaysia..Hahaha

Memang pecah rekod hari ni.. 1St time dalam hidup, naik motor sejauh tu. Saya dah la penakut nak naik motor. Ada sekali tu, lalu sebelah lori, rasa angin dari lori tu menakutkan betul sampai saya menangis..haha.. sambil dalam hati cakap, saya tabik lah pada sesiapa yang selalu pergi balik kerja naik motor hari². Berulang alik dari keratong- muadzam. Kuat betullah semangat. Berani demi nak cari rezeki..serius, saya kagum. Especially Kat pak cik mak cik yg dah tua tu.. selamba je naik motor p kerja. Hebatlah!

Oh, nak cerita ni kan.. saya dah lulus ujian computer..yeay! Seronoknya.. dah boleh prepare utk ujian lain pulak. . Habislah, lepas ni nak kena hafal part kereta pulak. Katanya ada kena repair sikit juga depan cikgu.. banyak oo  dia punya ujian utk yang sekarang ni. Untunglah korang yang dah ada lesen tu.. jeles i...hihihi

Masa dalam perjalanan balik, kitorang singgah jenguk anak sedara baru. Dah 2 minggu dah dia. Muhammad Zaim Naufal. Comel, sangat. Seronok pegang dia. Tidur je keje dia.. nak buka mata pun malas.. sekarang saya dah Kat rumah, dok teringat je Kat dia. Nak p,x de sape nak hantar.

Rindu kat zaim.. 
Dah settle lesen ni, dah boleh rehat sebulan. Nanti lepas tu dah boleh start p kelas belajar repair kereta sikit and belajar memandu. Part ni saya takut, sebab saya ada pengalaman kereta hampir jatuh parit sebab laju..Hehe.. dulu kan nakal.lepas tu trauma..Hahaha..

Angan² saya, lepas dapat lesen, saya nak bawa Aniq jalan². Mana tau, saya nak p jenguk rumah korang yang blogger ni. Saje nak berkenalan. Selalu sembang Kat blog je. Nanti nak jumpa depan² pulak. Kalau saya datang,jangan lupa masak sesedap ye..wahahaha

8 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum
..selamat pagi sya...alhamdulilah...semog sya lulus dapat P....:-))

hah kalau dah ada lesen leh lah datang rumah akak bulan 6 nie...hehehe.

azizah green line berkata...

ehh kena repair kereta ke nanti??
moga lulus Lesen P leh bawa kereta nanti..hehe

Azi Azidah berkata...

sy bwk moto selama 8tahun. dulu keke berulang dr umah ke kl setiap hari sejam dri umah pagi sejam balik. skrg dh ada ank xberani bwk moto lg dh.

QasehnyaRania berkata...

yeay.x lama dah..
smga lulus peringkat seterusnya
sebelah sana ambil lesen keta berapa ye sya ?

Sya Nadia berkata...

@iryanty ahamad insya Allah kak Yan..kalau dpt kad jemputan nya..hehe

Sya Nadia berkata...

@azizah green line aah Jijah..cikgu kata kena repair..tp x banyak lah..sikit² je

Sya Nadia berkata...

@Azi Azidah beraninya kak.. takutlah..lagi² Kat kL tu..

Sya Nadia berkata...

@QasehnyaRania aah..tak lama dah..Seronoknya...Hi Hi.. Kat sini kereta saje rm1300..kalau dengan motor x silap rm700 paling murah