nuffnang

Khamis, 12 Mac 2015

ragam anak soleh..

Aniq jarang dapat keluar rumah. Setiap hari dok berkepit dengan saya aje la. Sampai jemu dah dia agaknya.Haha. Selalu waktu petang,saya bawa dia keluar.tapi tak ke taman pun.Budak² yang main Kat taman tu semua budak besar. Kalau yang kecil nak main,tak di bagi peluang. Yang Sakit hati nya,diorang ni budak lagi, tapi bab mencarut memang teror. Tu juga sebab saya dah lama tak ke taman.

So,Aniq pun bosan. Apa lah dapat main depan rumah je. Dah tu tak dapat nak main Kat jalan. Kereta banyak. Saya pun sampai dah tak tahu nak ajak dia buat apa lagi. Aniq ni jenis suka berlari, dilepas bebas. Setakat jalan sekangkang kera ni apa yang best.

Tu pasal saya bawa dia pi kedai burger. Dapat la dia keluar. Tapi ni pun dia tak berapa suka. Sebab ramai sangat orang. Aniq ni memang takut orang. Lagi² indon,bangla pekerja hubby. Mulalah anak soleh saya ni merengek. Nak berdukung je. Kita pulak yang geram. So,apa saya buat,bagi je apa yang dia nak main. suka main batu,mainlah batu. Suka main tanah,mainlah tanah. Kalau ada kucing main kucing. Janji dia happy.

Kebetulan je ada kucing. Jadi mangsa Aniq aje la dia..hehe
Ada masa kalau dah penat,saya minta adik jaga Aniq. Saya ganti dia buat burger. Legalah sikit tension. Yela,anak kecil mana faham bahaya. Apa kita tak bagi tu yang dia suka kan. Tapi kadang nak marah tu jadi tergelak pulak. Macam semalam,tak nak bagi main bakul, dia curi² ambil,bawa jauh².lepas tu dia masak dalam tu. Tergelak kitorang semua Kat stall. Siap letak Kat kepala & buat kawan². Konon robot lah tu.. Haha.. tapi tak dapat nak ambil gambar yang tu..

Bakul ni utk isi barang,sekarang utk isi Aniq.

Aniq.. Aniq.. menghiburkan sungguh..

6 ulasan :

Puan Kutu berkata...

anak memang penghibur..yg boy cara boy..yg girl cara girl.pening dia dok susun teddy bear penuh satu rumah.hehe

iryanty ahamad berkata...

:-)) knk2 sbya aniq..mmg suka main bakul..

azizah green line berkata...

sama lah..hakimi suka main bakul..tudung saji tu dia buat sampan..adehh

Pha Is berkata...

besar nnti mesti terrer buat burger.. hehehe

QasehnyaRania berkata...

kan mcm mcm
xsabar nk tunggu rania besar
mcm mna la pulak gelagat dia nnti hihi

Aisy Nasiha berkata...

Orang romantik agaknya Aniq ni.. ada orang kata ciri2 orang suka kucing ialah romantik.. hai.. nk ada adik la tu, nak kawan..hihi