nuffnang

Selasa, 24 Mac 2015

Aniq & klinik

Esok Aniq nak kena pergi kliNik. Hurm.. macam tu lah rutin setiap bulan sejak dia lahir. Sekarang dah 1y 9m pun masih ke klinik setiap bulan. Sampai jemu dah saya ni. Tapi demi anak, saya gagahkan jugalah walau tak nak..

Setiap bulan, Aniq cuma naik 100gm je tau. Puas dah sumbat makanan Kat dia ni. Tapi dah jenis orang tak berapa nak makan, apa lagi saya boleh buat selain bagi supplement. Vitamin c  la, susu itu ini masih macam tu juga Aniq ni.

Disebab masalah berat badan tak sudah² ni, sekarang nurse datang melawat Kat rumah pulak. Mula² diorang datang, saya ingat dah salah rumah. Kan biasanya nurse datang rumah kalau ada baby baru lahir je. Rupanya tak, baby bermasalah berat pun diorang turun jugak sekarang. Kesian nurse. Kat klinik tengok kitorang, datang lagi kat rumah. Dah la nak tengok ibu² lepas bersalin lagi. Banyak betul kerja diorang.

Esok tak tau lah apa lagi doktor nak pesan. Selama ni.pun apa yang doktor pesan, saya buat tapi setakat ni keadaan masih sama. Cuma Alhamdulillah Aniq ni berat dia tak statik. Ada juga kenaikan walau sikit. Tapi naik pun masih juga dalam kawasan kuning. Tak pernah putih lagi.

Insya Allah, saya akan usaha lagi.jeles tau tengok anak orang berisi. Anak kita ni kurus kering. Bila pegang,rasa tulang je.

Nampak macam ok je badan dia, padahal sebenarnya tulang aje tu..

7 ulasan :

iryanty ahamad berkata...

asalamualaikum syaz..cian aniq..nmpk dlm gmbar mmg macam berisi si anak soleh nie..bagi makan paha ayam je syaz :-))..kfc kan aniq kan.

Puan Kutu berkata...

mmg problem sikit klu ada anak masalah berat badan ni..padahal aniq sihat n aktif je kan..nti smp besar tau kena jumpa pakar pemakanan segala.bertabahlah..semoga aniq makin bambam lepas ni

azizah green line berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Sya Nadia berkata...

Alamak.. sorry.. ter remove komen Jijah ni..hehe

Sya Nadia berkata...

Itulah, by mkn KFC byk² pulak..x naik.juga berat, x tau nak kata lah

Sya Nadia berkata...

Kak muni, belum jumpa pakar, tapi hari tu dah jumpa la doktor pemakanan.. dah ikut juga cara dia, tp lelemak tak nak duduk dalam.bdn dia agaknya..huhi

sal ya berkata...

Adaxbdk mmg ssh nak naik nrtnya. Mcm ank sulung akak. Nurse smp bising ingt kita x bg mkn kt ank. Gila apa x bg mkn.