nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Aniq 1y 9m. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aniq 1y 9m. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mac 2015

si kecil yang bergaya

Salam.. hi..

Aniq ni pandai sangat bergaya. Dalam umur dia dah nak 2 tahun ni, dah macam² yang di cubanya. Termasuklah lipstick saya. Wahahaha.. eee.. tak beragak betul sampai lipstick pun nak. Awak tu dah la boy! Hubby punyalah marah. Haha..

Muka penuh sambal, ada hati nak pakai cermin mata abah dia..haha..
Pada apa yang saya perasan,dia bukanlah nak jadi girl ke apa. Tapi dia suka try apa yang mummy & abah dia pakai. Salah satu contoh yang abah dia pakai tu, cermin mata. Aduhai, kalau jumpa cermin mata, bergaya sakanlah dia. Sama juga dengan topi. Suka dia ambil pakai.
Bergaya sakan dia eh?

Kalau barang saya, selain dari lipstick, dia suka sangat pakai tudung. Aduhai.. kadang² ambil tudung saya, suruh pakaikan Kat dia. Yang baru² ni, kasut saya pun dia nak try.. hihihi.. kasut dia tak nak pakai, kasut tinggi saya tu juga yang dia nak. Aih, anak².. pelik pun ada saya tengok...
High heels saya pun dia try..
Lipstick saya, ada 1 yang hilang. Saya ada 3 lipstick. Jarang pakai pulak tu, masa memula hilang, tak perasan pun. Dah terjumpa baru perasan Benda tu selama ni x de dalam almari. Yang lagi best, dah berlubang kena korek dek anak soleh ni. Hurm.. sabor²..

Dah makin besor,makin macam², makin mencabar nak jaga si aktif anak soleh kesayangan saya n hubby ni. Mujur aje, dia ni bukan jenis sepanjang masa buat perangai pelik². Kalau tak, pening lah saya nak kena follow je apa dia buat. Biasalah kan,lagi senyap lagi pelik bila dah ada anak. Melainkan bila diorang tidur. 

Betul tak bonda² sekalian? Hehehe

Selasa, 24 Mac 2015

Aniq & klinik

Esok Aniq nak kena pergi kliNik. Hurm.. macam tu lah rutin setiap bulan sejak dia lahir. Sekarang dah 1y 9m pun masih ke klinik setiap bulan. Sampai jemu dah saya ni. Tapi demi anak, saya gagahkan jugalah walau tak nak..

Setiap bulan, Aniq cuma naik 100gm je tau. Puas dah sumbat makanan Kat dia ni. Tapi dah jenis orang tak berapa nak makan, apa lagi saya boleh buat selain bagi supplement. Vitamin c  la, susu itu ini masih macam tu juga Aniq ni.

Disebab masalah berat badan tak sudah² ni, sekarang nurse datang melawat Kat rumah pulak. Mula² diorang datang, saya ingat dah salah rumah. Kan biasanya nurse datang rumah kalau ada baby baru lahir je. Rupanya tak, baby bermasalah berat pun diorang turun jugak sekarang. Kesian nurse. Kat klinik tengok kitorang, datang lagi kat rumah. Dah la nak tengok ibu² lepas bersalin lagi. Banyak betul kerja diorang.

Esok tak tau lah apa lagi doktor nak pesan. Selama ni.pun apa yang doktor pesan, saya buat tapi setakat ni keadaan masih sama. Cuma Alhamdulillah Aniq ni berat dia tak statik. Ada juga kenaikan walau sikit. Tapi naik pun masih juga dalam kawasan kuning. Tak pernah putih lagi.

Insya Allah, saya akan usaha lagi.jeles tau tengok anak orang berisi. Anak kita ni kurus kering. Bila pegang,rasa tulang je.

Nampak macam ok je badan dia, padahal sebenarnya tulang aje tu..