nuffnang

Rabu, 11 Mac 2015

boss kedai burger..

Malam ni tak berapa busy. Dah balik rumah awal sikit,boleh lah nak tidurkan Aniq & sambung melipat baju. Kalau buat masa Aniq bangun,jawapannya tak kan siap melipat. Baru lipat suku bakul, dia tarik semua yang dah berlipat tu. Haih, memang naik angin la saya. Kecil besar je menengok perangai dia ni.

Oh,lupa nak cerita, hubby saya sekarang dah super duper busy. Siang malam kerja. Kali ni dah buka kedai burger pula. Alhamdulillah,dah lebih 2 minggu bermula. So far, jualan ok. Sebab tempatnya strategic..dekat dengan perumahan & kongsi budak site kerja. Saya dengan Aniq tak adalah bantu apa sangat pun. Tapi seronok bila sama² tunggu Kat sana.

Kiranya sepanjang buka ni memang lewat Aniq tidur.. hurmm.. salah saya. Sekarang ni nak mula tidur macam biasa semula. Tu yang saya balik awal hari ni. Kalau Aniq ni boleh tidur dalam stroller tak apa. Ni tak nak. Jadi kenalah balik juga. Tak apa lah,bukan jauh pun dari rumah. Nanti rumah baru siap,lagi lah dekat. Boleh jalan kaki je.

Bila tengok kedai burger ni dah nampak ok.. saya pun dah pasang angan² nak buka kedai sendiri. Apa nak buat tu dah ada. Cuma masa sekarang ni saya masih belum yakin. Oh,lupa lagi nak cerita. Kedai burger ni,hubby kongsi dengan kawan dia.sebab modal my hubby yang keluarkan.dia pulak ada tapak. So, share aje la.. sebab diorang dah berdua tu la saya dapat balik ni..Haha..kebetulan adik saya pun ada sama,sebab hubby nak ajar dia handle kedai. Nanti stall yg ni insya Allah dia yang akan jaga. Hubby akan buka Kat tempat lain pulak.

Ok la.. boss kecil Kat rumah ni dah tidur pun. Nak sambung melipat baju pulak. Nah, saya belanja gambar boss kecil depan kedai burger..  hehehe


7 ulasan :

Rai OurKizuna berkata...

bestnya.. kat mana ni..? kalau dekat boleh kami terjah bila bila teringin makan burger..

tahniah.. semoga bertambah maju..

Syahida berkata...

wahh..gigih! semoga murah rezki sya nadia & keluarga :)
bos kecik tu comel, pelariss tu! hehe

Puan Kutu berkata...

Alhamdulilah bertambah lagi cabang rezeki. semoga terus murah rezeki.klu dekat nak jugak merasa bege boss kecik aniq

iryanty ahamad berkata...

alhamdulilah...murah rezeki ank soleh ni..wah leh belanja cik yan burger ni aniq

azizah green line berkata...

untung kedai burger ni..semoga maju jaya bisness hubby sya

QasehnyaRania berkata...

alhamdulillah
smga terus bjaya
aamiin

lagi sula.burgergini.dr beli dkt kfc atau mcd

Aisy Nasiha berkata...

Wah.. langkah pertama dah nampak peluang cerah tu. Moga makin murah rezeki keluarga Syaz ya.. lepas 2 akan jadi 3 jadi 4 jadi 5 seterusnya..