nuffnang

Memaparkan catatan dengan label Udang galah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Udang galah. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2015

udang Rompin dah pupus ke?

Salam jumaat kawan²..  :-)

Saya ni malas nak update blog sebenarnya. Penat oo.. nak kemas barang, kemas rumah,masak. Ahh.. tak nak masaklah. Pak cik jual ikan tak datang pun hari ni..hmm..

Hari ni patutnya my hubby dah bercuti. Tapi sebab ada Hal Kat site,tambah pulak nak bayar gaji pekerja, terpaksalah dia kerja juga. Ntah pukul berapa siap. Rasanya pukul 9 malam la baru balik. Macam tu la rutinnya bila hari gaji pekerja. 

Patutnya waktu ni kitorang dah dalam perjalanan nak ke melaka. Keluarga hubby ada buat family day. Ala, keluarga kecil je. Cuma ada 2,3 org sepupu hubby. Lepas tu yg lain semua adik beradik dia. Saje berkumpul sebab kebetulan abang abot balik bercuti.

Warghh.. tolong.. ada sesape nak tolong saya kemas? Ni hubby minta tolong cari udang galah. Katanya nanti diorang nak buat bbq. Udang pulak dah pupus pupus katanya.. hahha. Ni acu saya yang cakap..  merata saya call kata udang Rompin tak ada. Yang ada udang import je. Tak best lah kan.. kita nak jamu mat saleh ni dari produk kita. Tak nak la import ni. Mat saleh tu housemate abang abot,Peter namanya. Dia ni memang akan ikut kalau abang balik kampung. Time raya pun dia ada..

Aih.. mana lah nak cari udang ye.. muncullah udang weyh.. kitorang nak makan ko ni... heh heh heh heh.... *gelak jahat!*

Yang ada udang ni je. Kalau teringin sangat,p la kokak udang batu ni.. hahahaa


Isnin, 30 Mac 2015

Udang Galah Rompin

Salam.. hi.

Minggu lepas, mak mertua acu saya meninggal.  Acu ni adik bongsu umy saya.  Arwah ni orang perlis, tapi balik rompin, ikut anak dia. Iaitu husband acu saya . Masa sampai sana, jenazah dah dikebumikan pun. Kat sana acu saya pengsan. Yela, dia yang banyak menguruskan arwah. Dari sakit sampailah dah meninggal ni.

Selesai semua, kitorang ni ingat nak balik. Tapi tak jadi, dah alang-alang sampai rompin, nak bawa hubby makan udang galah rompin. Tak pernah makan katanya.  Apa lagi, bolehlah kita tumpang sekaki kan..heh.. (itu tujuan sebenar) hewhewhew.

Tapi niat saya bukan nak makan, saje nak bawa balik kampung, bagi MIL saya.
Sebelum dapat udang galah, haruslah mandi pantai dulu. Saje bawa Aniq main pantai, tak pernah lagi anak soleh saya ni ke pantai. Ni 1st time dalam hidup. Tapi story pasal pantai ni, len kalilah ceita. Nak cerita pasal udang galah dulu..ngehhehe

Plan asalnya kitorang nak cari udang galah hidup sebenarnya, tapi dok jalan tu tak jumpa pulak orang yang biasa abah saya beli tu. Last dah sampai kat leban condong, hubby ajak makan dulu. Dah sampai sana, mestilah makan udang galah jugak kan.. ok lah, bagi huby rasa dulu. Dia nak yang gred A punya. Harga dah siap masak, rm80 sekilo. Hubby kata ok. Kita ambik 2kg. 1 kg buat masak lemak cili api. 1kg lagi buat sambal petai. Saya pernah makan yang lebih sedap lagi pada tu, so pada saya, ok ajer masakan dia. Tapi pada hubby, kata dia sedap. Saya makan 1 ekor je. Tu pun dah tak larat nak makan. Sebelum tu dah makan sikit ikan tenggiri masak kari.. yang ni serius sedap.  Punyalah sedap, sampai lupa nak ambik gambor.. wahahaha

Dah siap makan baru nak.snap gambar..hehe

Balik dari makan, kita cari lagi udang galah hidup. Alhamdulillah, ada jumpa. Orang tu jual, rm78 sekilo. Mahal sebenarnya.  Tapi dah tak ada pilihan. Kitorang dah nak balik dah. Malam tu nak buka kedai burger lagi. Manalah sempat nak merayap. So, beli juga. Hubby nak 3kg. pak cik tu garu kepala. Katanya tak boleh, dah ada orang tempah untuk makan pengantin. Kita ok je. Sekalinya, pak cik tu bagi jugalah 3kg. tak tahulah kenapa. So, 1 kg untuk umy &abah saya. 2 kg lagi nak bawa blik kampong. Kebetulan family abang ipar ada kat sana. Rezeki diorang.

Kalau ikutkan, udang gred A ni kurang sedap. Gred B dah cukup dah sebenarnya. Tapi hari tu hubby nak sangat rasa. Saya ok je. Saya ni dah tak heran makan udang. Tak dapat pun tak kisah. Lain kalau udang hidup. Tu excited sikitlah. Tapi yang kiorang bawa balik tu dah mati.


Next time kalau nak cari udang, beli je yang gred B atau C je. Itu dah memadai.  Teringat kawan hubby dari US tanya saya , pandai tak masak udang galah lemak cili api..wahaha.. tokojot saya memula. Mana orang putih ni tau udang galah lemak cili api nih? Rupanya pernah datang KL, orang suruh try, dah balik US teringat-ingat dia. Bila tengok udang ni, teringat pulak saya kat dia.. haha.. KRILIAN…