Salam.. hi..
Saya dan hubby dah lama bincang pasal nak buat tabung
simpanan untuk aniq. Yela, selain dari saving family yang memang kena buat tu,
kena juga buat saving khusus untuk tabungan anak kan.. lagi pulak sekarang
macam SSPN tu dah memang kena buat. Lagi lah dah macam wajib je simpanan ni. Dari
awal Aniq belum lahir, nak buat akaun untuk dia, tapi baru-baru ni je yang saya
dapat buat..hoho.. konon super busy la tu..ekceli, tak busy sangat pun. Tapi
sokmolah lupanya..huahahaha
So, masa hari tu, saya dah buat reminder nak keluar buat
akaun aniq. Sekali jalan, terus buat 3 akaun sekali. Siapkan awal-awal semua
dokumen yang perlu, contohnya sijil kelahiran yang asal. Ala.. tak ada apa pun
sangat sebenarnya. Itu aje.. tapi surat beranak ni ada dalam file pada hubby. Tu
yang sokmo je lupa nak ambil. Bila dah settle, ajak adik merempit pi Bandar. 1st saya pergi tabung haji dulu. Sekali rupanya
nak buka tabungan untuk anak, pendeposit tu, iaitu saya kena ada akaun tabung
haji jugak.. yerr.. memang ada dah dulu, tapi dah lupus sebab lama sangat tak
aktif. Jadi, kena buat yang baru. Dapatlah kitorang berdua akaun. Tapi tak
dapat lagi nak daftar haji, sebab duit baru sikit. hee
Lepas selesai tabung haji, buat ASB pulak. Ha, pasal ASB ni,
saya dah Tanya pada pusat zakat tau. Kalau dividen tu diorang kira tak masa nak bayar zakat. Diorang cakap, kira. So, dengan yakinnya, saya yakin ASB ni boleh
buat. So, saya pergi CIMB, buat akaun ASB untuk aniq.saya tak ada ASB, tapi hubby
ada. Ok la tu kan.. ingat, saya pun kena ada jugalah. Semua orang kena buat
simpanan kan.. manalah tau apa-apa hal nanti..
Lepas siap ASB, pergi pejabat PTPTN pulak, buat akaun SSPN. Kat
sini dapatlah, beg, pen dengan tabung. Kat tabung haji pun ada dapat. Tapi tabung
ajelah. Masa dah settle, pegawai tu bagi tahu, kad akan dihantar kat rumah..
Alhamdulillah, kad dah sampai pun melalui surat. Dia ada bagi tahu jugak, nanti
akan dapat geran sepadan sehinggan rm10000 tau. Geran sepadan ni kira macam
tambahan duit la untuk akaun tu. Contohnya dalam akaun ada rm5000, diorang bagi
lagi kita rm5000 juga. Itulah yang saya faham dari apa orang tu bagi tau. Kalau
salah, maafkan saya ye..hehe.. owh, lagi satu, SSPN ni sama je macam akaun biasa.
Boleh je buat keluar masuk duit yang kita dah depositkan tu. Mula-mula saya
ingat macam ASB. Payah dah nak keluar.. ala, tapi bukan nak bawak keluar pun. Aniq
nak buat apa duit sekarang? Simpan ajelah. Lagi pun payah nak keluar sebenarnya, kena keluarkan Kat office dia je. Kalau macam Kat muadzam ni , kita isi borang nak keluar duit, dia hantar ke kuantan dulu borang. Leceh, kan.. so, tak payah keluarkan...
Yeay! Settle dah
akaun-akaun ni. Tercapai sudah hasrat saya. Cuma hasrat arwah abah mertua saya
je yang tak sempat buat. Dulu dia pesan
suruh buka akaun BSN untuk Aniq, supaya dia senang masuk duit tiap bulan. Tapi,
saya tak buat. Akhirnya abah pergi dalam tahun lepas beberapa hari je sebelum
birthday aniq. Sedih saya. Sekarang tak kanlah saya baru nak buat, dah tu siapa
nak masukkan duit? Tak kan pulak saya nak minta kat mak tiri hubby saya tu? Haha..
tak mungkin.. so, anggap ajelah tak ada rezeki aniq..sorry ye aniq..
12 ulasan :
alhamdulilah..mudahan bertambah murah rezeki anak soleh ni yer sya....amin
alhamdulillah..rajin2 simpan duit tau aniq.. nnt mama upkan..hee
nak buatkan akaun sspn la utk hakimi
sekali buat tiga akaun terus.senang!semoga makin bertambah rezeki aniq n makin bertambah la tabungan dia nanti.
Mmg kena menyimpan drpd skg. Kenapa x menyimpan guna emas? Emas x susut nilai tau.
Aminn... ty kak yan, doakan Aniq..
Insya Allah , akan sentiasa tambah duit dalam tu..
Aah kak muni.. senang buat terus semua. Tabung haji dgn SSPN tu mmg kena buat la.. yg ASB tu sj buat..
Tak pernah terfikir pulak nak simpan emas..
Bagus dari kecil ada akaun simpanan ni ;)
setakat ni rania batu ada tabung haji je. tp tu la masa buka akaun hujung tahun lps saya ada juga minta tabung haji tu tapi staff dia kata dah hbs.huhu..
myb sbb dh hjng tahun kan
@ros_reeza aah, rose. Zaman sekarang mmg kecil² kena menyimpan. Kalau x simpan,x tau lah nanti..
Iye la kot cik sue.. ramai org bukak akaun utk anak, habis dah tabung..hehe
Catat Ulasan