Hai. Korang makan apa hari ni? Saya makan simple je. Ada
pedal & hati goreng kari, sayur campur & salad. Nampak simple, tapi
makan dengan nasi panas yang lembik sikit, fuhh~ memang sedap lah. Hubby pun
tambah banyak.
Saya nak share resepi salad yang saya buat tadi. Simple
sangat tapi sedap. Untuk orang yang kekadang malas nak masak2 sangat, salad ni
boleh ratah2 je. Sebenarnya saya simpan resepi ni dah lama. Resepi dari mak
mertua tersayang. Tapi selalu tak ada masa nak taip. So, hari ni ada masa, meh saya share ye.
Nanti dah cuba boleh bagi tau saya, sedap tak..
Bahan-bahannya
2 pokok daun salad (
saya guna kobis yang dicelur sekejap)
1mangkuk kecil daging
yang dah rebus ( ganti dengan udang / sotong pun boleh)
3 biji cili padi
1 ulas bawang merah/bawang besar (terpulang)
1 biji limau nipis
Secubit garam
Gula
Cara membuatnya:
1.
Potong kecil2 daun salad. Kalau guna kobis,
celurkan dalam satu minit.
2.
Potong daging, bawang, cili. Campurkan semua
dalam kobis /salad tadi.
3.
Perahkan limau dalam salad, masukkan garam &
gula.
4.
Gaulkan & rasa. Biar seimbang semua rasa.
Sangat senang kan?? Saya
selalu buat ni kat rumah. Memang kegemaran semua. Sama kalau kat rumah
MIL. Salad ni mesti ada atas meja. Setakat ni tak pernah jemu. Korang pun
cubalah ye.. J
2 ulasan :
terliur pulak tengok ni ha. huhu
Kena cuba ni.. Mmg sedap sangat.. Hurmm.. Sya pulak terliur lagi.
Catat Ulasan