nuffnang

Jumaat, 12 September 2014

Tukar Susu Lagi..

Bismillahirrahmanirrahim…

Aniq dah masuk setahun. Kami dah merancang nak beli rumah. Memandangkan hubby dapat tawaran harga yang murah dari bos dia, kitorang haruslah cepatkan urusan pembelian rumah. Risau pula nanti dah habis jual. Bila dah mula bab kewangan yang besar macam ni, wajiblah susun semula perbelanjaan rumah. Susu Aniq dah patut kena tukar. Lagi pun dulu nak pakai susu ni sebab kata boleh bantu naikkan berat badan baby. Tapi setakat ni berat badan  tak ada perubahan. Graf dia masih kuning macam masa dulu.




Pada mulanya saya cadang nak tukar pada susu jenama lain. Pilihan pertama ialah, s-26. Susu ni agak murah. Seingat saya, murah sikit dari anmum. Kurang 2, 3 ringgit macam tu. Ambil yang setengah kilo je dulu. Cuba2 dulu. Sayangnya susu ni tak serasi dengan Aniq. Dia jadi cirit birit. Kesian sangat tengok dia. Baru habis menyusu, dia dah poo poo. Masa mula2 saya fikir sebab susu baru tukar. Saya tunggu sampai habis sekotak susu. Langsung tak ada perubahan. Nampaknya kami nak kena tukar susu lagi.



Pilihan kali ni, anmum pula.  Sebenarnya dari awal nak cuba yang ni, tapi tak pasti kenapa masa beli tu tertarik dengan S-26. Harganya masih dalam kemampuan kami. Sebab jauh sangat murah dari enfalac. Tapi sayang, yang anmum ni pun tak ok.. cirit birit juga. Rupanya bkan Aniq je, sepupu dia pun sama tak ok dengan anmum ni. Macam biasa, saya tunggu sampai habis sekotak. Tak ada perubahan, saya tukar susu lain.



Pilihan seterusnya, saya pilih dugro yang fruit & veg. Yang ni nampak menarik. Dalam tu ada khasiat buah & sayur. Saya fikir, ni memang bagus. Dah anak kesayangan saya menderita cirit birit memanjang, saya rasa yang ni ok. Bagus untuk gantikan apa yang hilang dari badan dia sebelum  ni. Tapi yang ni pun tak ok… aduhai… kali ni dia sembelit pulak. Agak teruk dia sembelit tau. Tiap kali nak poo poo, memang dia akan merengek. Bila tengok muka meneran tu, sedih sungguh saya. Nak pegang badan dia pun , dia tak bagi.



Sudahnya, saya tukar balik susu enfalac dia. Tapi naik step 3 plak sebab dia dah  setahun. Susu ni saya tak tahu ok ke tak sebab Aniq tak nak susu ni. Langsung tak nak habiskan. Minum Cuma 1 oz lepas tu buang je botol. Geram sangat, habis saya buang susu tu.. haha..



Lepas tu tukar susu lagi, kali ni dutch lady coklat. Alhamdulillah, Aniq nak minum. Poo poo dia ok. Barulah saya perasan, maybe Aniq dah tak nak minum susu plain. Dia nak coklat pulak. Kenapalah saya tak beli je enfalac coklat hari tu. Kan dah membazir.. aduhai… Susu ni ok pada Aniq, tapi doctor nak juga dia minum susu yang lebih banyak kandungan vitamin & nutrient nya. Jadi, minggu lepas, saya beli susu halib’s dari sepupu saya. Harga rm28 untuk setengah kilo. Yang ni susu coklat sama macam dutch lady. Barang tak sampai lagi. Mungkin lusa.


Ikut kata ramai sepupu yang pernah guna, susu  halib’s ni bagus untuk tambah berat badan baby. Anak2 diorang yang tak cukup berat badan, makin elok timbangan berat lepas minum. Yang sorang tu sampai sekarang dia teruskan.  Dapat testimony bagus dari sepupu, kenapa saya tak cuba kan? Aniq tak pernah cun berat badan dia. Kuning aje graf. Jadi saya  nak cuba yang ni. Lagi pun susu ni buatan orang melayu dari kedah. Saya usaha saja, yang lebih tu, Allah yang tentukan. Sesuai ke tak dengan Aniq anak soleh kesayangan saya.. Harap2 ok la kan..

3 ulasan :

Unknown berkata...

Cuba tambahkan kekerapan aniq makan juga. Bagi dia makan makanan yg high nutrition. Selain dari susu, pemakanan contribute juga.. Tapi anak saya semua berat line merah. Ikut mak dia.. Huhu..

Ainim Rashihah berkata...

banyak betul jenama susu ya

Puan Kutu berkata...

alahai kesian aniq kena berkesperimen dengan macam2 susu..masa aiman dulu sy bg anmum dia ok je..tukar dutch lady pun ok..cuma dia tak suka susu coklat,dia nak minum yg plain je..afia dia tak layan susu tepung.huhu..