nuffnang

Selasa, 10 November 2015

Berlapang Dadalah kawan...

Assalamualaikum...

Setiap orang ada pendapat. Ada orang suka share pendapat dia dan ada juga orang yang simpan saje walau pada pendapat dia berbeza dengan pendapat orang lain. Biasalah, kita ni cara hidup berbeza, cara kita menilai juga berbeza. Dah tau kan beza, rai kan aje lah perbezaan. Janganlah sibuk berbalah semata nak menangkan pendapat kita.

Lagi haru kalau pendapat tu di kongsikan kat media sosial. Dah tentu ramai pembaca nya. Bagi yang sokong pendapat kita, ok lah. Tapi yang tak sokong tu, macam mana? Patut ke kita cakap pada dia. Eh, ni aku punya pasal la nak cakap apa pun, orang lain jangan menyibuk.

Yes! ramai yang buat macam ni kan? Tak semua, tapi ramai. Kalaulah rasa tak nak dengar pendapat orang lain, tulis kat situ siap-siap , jangan bagi pendapat lain Saya nak dengar pendapat yang menyokong aje. Jadi yang lain tak sependapat ni tadi janganlah menyibuk.. Tuan tanah dah warning siap-siap. Kalau tuan tanah marah, memang patutlah. 

Cumanya, tuan tanah oii... Kena ingatlah..Berlapang dadalah dalam menilai pendapat orang. Kita tak setuju tu lain kisahnya. tapi janganlah kutuk pulak orang tu. Di kata tak ada adab la dan sebagainya. Habis, adab kita pulak macam mana?

Renung - renungkan ye kawan-kawan.. 

P/s: Saya tak tujukan pesanan ni untk orang-orang tertentu. Ini cuma nasihat kepada umum, juga kepada saya juga yang selal juga nak menang..hehehe... RENDAHKAN EGO.. Kita tak rugi.... :)

Sumber

7 ulasan :

Putri berkata...

Ada masanya kita kena dengar pendapat org lain juga..mungkin ada betul pendapat org lain
tp apapun...cara nk suarakn pendapat perlu betul supaya org boleh terima dgn hati yg terbuka

Aisya Ahamad berkata...

Kdg2 kita ingat apa yg kita buat selama ni betul tp tidak pun. Itu yg penting nya terima pendapat org kan. :-)

Puan Kutu berkata...

klu kt liar tak setuju boasa juga berdebat..tp klu dilamam sosial selalunya memang ambik pendekatan diamkan diri walaupun tak setuju..macam tak guna je layan pendapat org yg tak boleh terima pendapat org lain.huhu

iryanty ahamad berkata...

bagi kak yan . jangan luahka.di media sosial..sebab banyak buruk dari baik

sal ya berkata...

jrg nak bg pendapat sbb nnt disalah anggp kita plk ssh snd.

azizah green line berkata...

betul.. tp kdg2 kita kena dengar pendapat org lain gakk

Murni Alysa berkata...

tengok keadaan juga..kadang2 mls juga nak layan org yang EGO ni..hihihihi