nuffnang

Memaparkan catatan dengan label ragam anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ragam anak. Papar semua catatan

Ahad, 8 November 2015

Favourite Spot dalam Kereta..

Assalamualaikum....

Masa kecik-kecik dulu, dengan adik beradik yang agak ramai, satu kereta memang penuh la. asyik bergaduh je tak muat tempat. iyela, kita ada 6 orang, kereta muat berapa je. mujur juga adik bongsu duduk dengan umy kat depan. Ada lagi 5 kat belakang. Kalau nak tidur la paling tension sekali. Semua pakat nak baring. Kalau tidur duduk mestilah tak selesa kan? Apalagi, gaduh la kerjanya. So, penyelesaiannya, saya suka tidur kat tempat kaki. Biasanya umy akan bentangkan toto siap-siap, boleh baring kat situ. Adik saya yang sorang suka tidur kat atas dashboard belakang tu*saya tak tau nama benda alah tu, bantai je sebut*. eh..memang port dia la tu. Jangan sape-sape berani nak duduk situ, mengamuk sakan la dia nanti. Memang bahaya la kan.. tapi dulu-dulu, faham-faham aje la..  :) Bila abah dah start beli kenderaan besar, keadaan ni dah tak wujud. 

Tapi masa bulan lepas, ada sepupu MIL buat majlis sambut menantu ntuk anak dia kat kuantan. Kita naik 1 kenderaan je. Aniq dengan saya, duduk belakang. Masa dah balik tu, dia naik kat atas dashboard belakang tu, buat-buat tidur. Terkejut saya. Darai mana la dia dapat idea ni. Seingat saya la, tak ada pulak anak sedara mana-mana yang mengajar. Mujur dia buat tu bukan dalam keadaan tengah bergerak. Rasanya kalau bergerak tu, jatuh dah dia. And mujur juga MIL tak cakap apa-apa. Hehe..Iyela, kereta dia kot.. :)

Saya ingat perangai tu stop masa t je. Rupanya balik dari kampung, anak soleh saya ni buat lagi.. ish..ish..ish.. Masa tu keluar jalan-jalan, dah sampai rumah sementara nak buka pintu dia naik atas dashboard depan pulak. Buat-buat tidur, siap tiru abah dia berdengkur. haha.. Soleh sungguh anak.. Sempatlah saya snap satu dua gambar.. Layankan aje la..

pura-pura tidur aje ni... :)

Jumaat, 10 April 2015

menggigit dah budak ni

Aniq anak soleh saya ni, bukanlah biasa gigit orang. Kalau ada pun, saya je yang dia gigit. Itu pun dulu masa menyusu badan. Lain pada tu, dia gigit jari orang yang suruh dia gigit. Tapi jarang juga. Selalu dia tak layan pun.

Saya ni pulak, suka gigit orang. Dulu masa study, selalu gigit kawan saya..hahaha.. perangai macam budak².. tapi tak adalah gigit macam nak makan orang tu. Gigit sikit² je..hehe.. dah kawen, saya gigit hubby saya. Lagi² masa mengandung. Nak gigit saje. Habis tangan hubby ada kesan gigi..huahaha.. kesian pun ada. Sampai hubby cakap, nanti tengoklah,anak pun suka gigit orang. Tapi Alhamdulillah, Aniq tak menggigit orang macam Kebanyakan budak yang saya jaga dulu..Alhamdulillah..syukur...syukur..

Berbekas kesan kena gigit. Tp kejap je kesannya.


Tapi ni, kes semalam. Saya tengah tengok telefon, dia datang duduk kat kaki. Ntah apa, terus di gigit nya saya. Mak oiii! Sakit weyh! Boleh tahan budak kecil ni menggigit. Haih,nak marah dah rasa. Tapi sabar.. anak sekecil ni belum faham apa² lagi. Sabar aje la, dia tak bagi saya dengan handphone je agaknya. Suruh tengok dia pulak..hmm... bijak²..

Ada juga dia giGit saya dengan adik Kat bahu masa bawa dia tengok ayam. Agaknya dia takut tengok ayam tu besar sangat, terus digigitnya kita. Adoii.. memang Sakit.. yang adik saya saje nak usik Aniq.. padan muka kena gigit juga.. jangan main² tau...hehe.. menurun perangai mummy ke Aniq? Aduhai....

Jumaat, 5 Disember 2014

Kunyit.... Again...

Hurm..  Ini budak nama Aniq ni memang suka buat mummy dia jadi naga..  Nak sembur² api je memanjang.. Saya ni kalau dah geram, sekali warning tak jalan, 2 kali warning pun tak jalan, memang siaplah.. Naga ni pakai kuasa veto seorang mak la..  Denda sama dia..

Semalam geram betul.. Tengah kita nak masak, dia datang ke dapur.  Kalau dulu, ada pagar yang menghalang dia dari datang dapur,.  Sekarang pagar pun dah tak ada, kena langgar dek gajah² dalam rumah ni.. Jadi, Aniq mudah nak bermaharajalela kat dapur. 


Tengoklah lantai.. Kuning kena kunyit ni bukan senang nak hilang. Berminggu baru hilang. Itu pun lepas dah kena sental berulang- ulang kali.. Baru hilang.. 

Saya punya lah geram.. Angkat si budak kuning ni..  Basuh badan dia, lepas tu tinggal dia dalam bilik. Haa.. Nangis kau.. Tak lama lps tu saya keluarkan dia.. Punya lah suka, dia pergi balik kat tempat kunyit tadi, duduk atas kunyit &  bergembira.. Siap lompat² lagi atas kunyit tu.. 

Adoi.. Saya dah tak tau nak kata apa.  Nak marah pun rasa tak jadi.  Kesian pulak tengok dia. Bukan tak ada mainan,  tapi dapur inilah yang paling dia suka. Sebabkan macam tu lah hubby saya nak belikan dia satu tent untuk dia main dalam tu.  Tapi rumah kami ni kecik, mana muat masuk tent bagai.. 

Selalu macam ni lah keadaan saya kat rumah. Kecoh dengan Aniq saja. Tu belum lagi dengan pakcik² Aniq yang sentiasa nak  dimarah. Mana tak nya, semua akak yang nak kena pantau. Campur dengan  abah Aniq lagi, cukup lah saya jadi ibu beranak 5.. Semua lelaki.. 

Huarrghhh.. Letih badan, letih otak.. So. Macam mana nak update blog? Dah penat, daku tau nak tido je.. Hehhe

Isnin, 1 Disember 2014

cubaan untuk tangkap gambar

Biasanya waktu tengah hari my hubby akan balik rumah untuk rehat. sebab rumah dekat dengan tempat kerjakan, boleh nak rehat badan sekejap. sambil tu boleh nak makan -makan tengah hari kat rumah. bila hubby kat rumah, saya pun kenalah buat air & hidangkan makanan

masa saya ke dapur, anak soleh saya si aniq ni pun cepat -cepat capai handphone saya. kebetulan masa tu memang saya tak kunci screen. dapat kat dia apa lagi, swap habislah mana yang dia nak tengok. ntah betul-betul pandai ke main swap aje pun saya tak tahu. hubby saya yang baring sebelah aniq ni biarkan ajelah dia nak buat apa pun. janji jangan dia hempas handphone tu sudah.

lepas je settle kerja saya kat dapur, say ambil semula handphone.. ya Allah.. dia dah tangkap gambar punyalah banyak. ntah apa -apa je gambar yang aniq dah snap. semuanya gambar bergoyang, tak jelas. termasuklah gambar abah dia yang tengah berbaring nak tidur tu.ada lagi gambar jam abah, gambar lantai,bantal.. eh.. banyaklah.. tergelak-gelak saya tengok.

banyak sangat gambar, ada saya dah delete. tapi saya simpan sekeping dua buat kenangan. 1st time aniq try snap gambar. walau pun tak begitu cun, tapi hasil yang boleh dibanggakan..hahaha..


Ha...  Nah..  Aniq belanja 1 gambar..  :)