nuffnang

Isnin, 1 Disember 2014

cubaan untuk tangkap gambar

Biasanya waktu tengah hari my hubby akan balik rumah untuk rehat. sebab rumah dekat dengan tempat kerjakan, boleh nak rehat badan sekejap. sambil tu boleh nak makan -makan tengah hari kat rumah. bila hubby kat rumah, saya pun kenalah buat air & hidangkan makanan

masa saya ke dapur, anak soleh saya si aniq ni pun cepat -cepat capai handphone saya. kebetulan masa tu memang saya tak kunci screen. dapat kat dia apa lagi, swap habislah mana yang dia nak tengok. ntah betul-betul pandai ke main swap aje pun saya tak tahu. hubby saya yang baring sebelah aniq ni biarkan ajelah dia nak buat apa pun. janji jangan dia hempas handphone tu sudah.

lepas je settle kerja saya kat dapur, say ambil semula handphone.. ya Allah.. dia dah tangkap gambar punyalah banyak. ntah apa -apa je gambar yang aniq dah snap. semuanya gambar bergoyang, tak jelas. termasuklah gambar abah dia yang tengah berbaring nak tidur tu.ada lagi gambar jam abah, gambar lantai,bantal.. eh.. banyaklah.. tergelak-gelak saya tengok.

banyak sangat gambar, ada saya dah delete. tapi saya simpan sekeping dua buat kenangan. 1st time aniq try snap gambar. walau pun tak begitu cun, tapi hasil yang boleh dibanggakan..hahaha..


Ha...  Nah..  Aniq belanja 1 gambar..  :)

1 ulasan :

ziezah.com berkata...

hehehe pandainyaa... leh jadi photograper..hehe