nuffnang

Selasa, 23 Disember 2014

1st time Daiso

Masa ahad baru² ni, kitorang ke Kuantan, ada urusan nak daftar company. Ye la, sekarang dah wajib kan.. Tak buat nanti kena saman, susah pulak. Sekejap je urusan daftar ni. Lepas siap, kita jalan².

Asalnya nak pergi ke ECM (East coast mall)  dulu, tp sesak teruk. So, pergi mega mall dulu. Bagi Aniq main² permainan, baru gerak ke ECM balik. Nak sangat ke ECM ni bukan apa, hubby nak cari gitar ataupun drum. Dah lama sangat dia teringin.

Masuk je dari pintu ECM tu ( tak ingat tingkat berapa)  terus nampak Daiso. Sebenarnya kitorang tak pernah pergi Daiso ni. Ntah, sebelum ni ada banyak kali perasan, tapi tak pernah rasa nak masuk. Kali ni mesti masuk. Itulah, my BIL tu dok beli benda² best je dari Daiso ni. Haruslah kitorang pun jenguk² apa yang best kan..

Masa masuk tu kitorang ni sebenarnya dah kepenatan berjalan sana sini. So, tak excited sangat lah kat dalam tu.  Lagi pun ramai giler orang. Apa pun, sempat jugalah grab 8 item.




Ni je antara barang yang sempat ambil. Orang ramai sibuk shopping untuk Krismas kan.. Tak daya lah nak bersesak sambil anak sibuk nak jalan sendiri + tangan dia nak capai macam² dari rak.

So, 8 pun cukup. Asalnya nak cari lagi. Tapi tak apalah, tunggu rumah baru nanti, baru kita shopping sakan. Lagi pun hubby kata rumah nak renovate dulu. Tak boleh beli lagilah sebab nampak gaya lambat lagi kita nak masuk rumah. Lepas 2 tahun kita datang lagi Daiso ni ye.. Hahaha

5 ulasan :

QasehnyaRania berkata...

lama lagi la kalau dua tahun nk dtg balik ke daiso yu.hihi..
tumah baru area pahang juga ke syaz?

Maria Firdz berkata...

mcm pernah dgr je nama kedai tu... tapi x pernah masuk...

Aisya A. berkata...

sy tak boleh jejak kaki masuk daiso. kalau masuk confirm ade je yg diborong.

ziezah.com berkata...

tak leh masuk daiso pulang xpernah tgk kosong...

Puan Kutu berkata...

kt sini takde daiso,so tak pernah jejak jugak..:)